1. Ramai mahu ada 1 juta ringgit.
2. Sebab mahu membelanjakan duit tersebut.
3. Tapi lepas dibelanjakan maka dia pun tidak lagi bergelar jutawan.
4. Kalau nak passive income 50 ribu setahun, kena simpan 1 juta tadi dan dapat 5% untung setahun.
5. Tapi ada orang rasa tindakan ini tidak make sense.
6. Kenapa mahu belanja 50 ribu sahaja sedangkan ada 1 juta di tangan?
INCOME (PENDAPATAN)
7. Kena kembali kepada asas pengurusan kewangan. Income & asset.
8. Untuk berbelanja pelbagai keperluan harian, kita perlu current income yang cukup. Ramai yang menerima income dalam bentuk gaji.
9. Kena bekerja.
10. Duit gaji setiap bulan itu digunakan untuk beli nasi lemak, belanja duit anak sekolah, bayar bil setiap bulan, beli barang dapur, beli baju baru, bayar hutang rumah dan benda-benda seperti itu.
11. Jadi, orang yang rasa mahu berbelanja 1 juta itu sebenarnya dia ada keperluan untuk tambah income.
12. Nak beli rumah, kena ada income yang cukup dulu.
13. Nanti bank reject house financing application.
14. Nak bercuti ke London, pun kena ada income yang cukup.
15. Bukan pergi bercuti dengan personal loan.
16. Mahu makan wagyu, juga kena ada income.
17. Kita tak dapat berbelanja ikut kehendak jika income masih rendah.
18. Malah, belanja keperluan asas pun tak lepas.
ASET (HARTA)
19. Manakala, untuk tujuan persaraan maka sebahagian dari income itu tadi perlu ditukarkan menjadi aset.
20. Aset yang menjana pendapatan.
21. Income dari aset tidak lagi dipanggil gaji.
22. Namanya sekarang sama ada dividen. Duit sewa. Royalti. Income distribution. Kupon.
23. Bergantung kepada jenis aset yang kita ada.
24. Lebihan (surplus) dari income itu tadi dikumpul sedikit demi sedikit supaya akhirnya dividen yang diterima dari aset itu dapat menggantikan duit gaji.
25. Aset adalah tentang mencipta future income.
26. Supaya bila kita sudah tidak mahu bekerja lagi, kita tidak perlu berfikir banyak untuk menghantar resignation letter kepada majikan.
BERAPA YANG CUKUP?
27. Kalau ikut hadis Nabi, manusia ini sudah ada 1 lembah emas pun dia tetap rasa tidak cukup. Dia mahu lembah emas yang kedua pula.
28. Ikut nafsu begitulah. Mati sahaja yang dapat menghentikannya.
29. Dalam masa yang sama, Nabi juga sebut supaya tidak hidup dalam keadaan sentiasa meminta-minta. Badan sihat tetapi tidak mahu bekerja.
30. Jadi maksudnya apa?
31. Seimbang.
32. Keluar bekerja supaya dapat memenuhi keperluan hari ini. Menyimpan sebahagian pendapatan supaya dapat memenuhi keperluan pada masa depan.
33. Jika simpanan itu nanti melebihi keperluan masa hadapan, maka wakafkan lebihan harta tersebut.
34. Melalui wasiat, seorang Muslim dibenarkan mewakafkan sehingga 1/3 dari harta selepas mati.
35. Pelaburan akhirat.
HIDUP UNTUK AKHIRAT TETAPI TIDAK MENINGGALKAN DUNIA
36. Berbelanjalah.
37. Jangan hidup dengan perangai kedekut. Tetapi tidak sampai menjadi boros.
38. Nikmati kehidupan.
39. Makan dan minum tetapi jangan membazir.
40. Makan makanan yang halal dan baik-baik.
41. Dapat anak buat aqiqah.
42. Setiap tahun disunatkan berkorban kambing, lembu atau unta.
43. Belanja ahli keluarga, kawan dan orang fakir miskin makan yang sedap-sedap.
44. Bukannya hidup dalam keadaan berpuasa sepanjang tahun.
45. Keluar bermusafir.
46. Sekurang-kurangnya kalau tidak berkemampuan healing di London, keluarlah dari kampung untuk pergi Mekah buat haji sekali seumur hidup.
47. Menyimpan dan melabur untuk pergi haji, umrah dan menziarahi makan Rasulullah (berselawatlah)
MELABUR UNTUK MASA DEPAN
48. Setiap bulan dapat gaji maka berbelanjalah.
49. Tetapi pastikan sebahagian gaji itu disimpan untuk masa depan.
50. Inilah formula asas pengurusan kewangan.
Penulis
Salam. Saya Pakdi, seorang Licensed Financial Planner.