

Discover more from Nota Pakdi
Ada satu video yang menarik untuk ditonton. Wawancara dengan Tun Daim:

Maka sudah tentu persoalannya - betul ke boleh hidup dengan dividen saham ni? Jawapan pendek, boleh.
Saya ada memberikan ilustrasi menerusi Facebook:
Tentang Dividen Saham
Dividen saham tak macam dividen ASB dan Tabung Haji. Iaitu bila umum dapat 4% semua dapat percentage return yang sama.
Dividen saham bergantung kepada berapa harga yang kita beli. Ini kerana saham tidak berharga tetap macam ASB dan Tabung Haji.
Formula mengira keuntungan dividen (dividend yield) ialah dividen / harga.
Maka berdasarkan formula ini, berdasarkan harga belian saham Bank Islam (5258) RM 2.64 dan dividen sebanyak 11 sen, maka dividend yield ialah 4.16%
Untuk tempoh 1 tahun, harga tertinggi dan terendah saham Bank Islam ialah RM 3.27 dan RM 2.40. Berdasarkan jumlah dividen yang sama, dividend yield yang diterima adalah berbeza-beza mengikut harga belian masing-masing. Jika beli pada harga-harga yang disebutkan, maka dividend yield adalah 3.36% dan 4.58%.
Bank Islam ni contoh sahaja. Saya tak suruh beli pun. Jangan pula lepas baca ni terus beli pula. Cuma untuk bagi faham. (Saya tak ada personal position dan merancang untuk beli saham Bank Islam dalam masa terdekat)
Dividen Tidak Datang Dari Langit
Dividen lain.
Harga saham lain.
Beli saham yang beri dividen yang tinggi tidak menjamin harga saham itu akan sentiasa naik.
Malah tidak ada jaminan dividen yang diumumkan oleh syarikat itu akan terus kekal sampai bila-bila. Boleh jadi naik dari tahun ke tahun. Boleh jadi turun dari tahun ke tahun.
Ini contoh syarikat yang dividennya sudah tidak macam dulu:
Ini pula contoh syarikat yang dividennya konsisten naik:
Maka melabur saham berasaskan dividen pun perlu ada strategi yang betul.
Secara umumnya perlu kembali kepada sustainability perniagaan dan penilaian (valuation) saham itu sendiri. Ini kerana pelaburan saham adalah tentang masa depan. Kalau sekadar tengok data yang lepas, semua orang dah pencen dengan dividen saham. Walaupun begitu, ini bukanlah perkara mustahil.
Sedutan ringkas wawancara dengan Tun Daim itu dapat memberikan idea dan gambaran kepada kita bagaimana nak pencen dengan duit yang cukup di tangan.
Simpan duit dalam aset produktif. (Aset produktif ini ada pelbagai) Kemudian, hasilnya dituai selepas kita sudah tidak mahu bekerja lagi.
Penulis
Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan licensed financial planner. Beliau menguruskan portfolio klien yang tidak dapat melabur secara DIY. Klik sini untuk info lanjut.