Bergaji besar tak semestinya pandai urus duit. Berdasarkan pengalaman saya sebagai licensed financial planner, mereka yang bergaji besar akan struggle bila income hilang secara tiba-tiba.
Selama ini dapat berbelanja mewah dan selepas itu pun masih berbaki hanya disebabkan gaji. Dan gaji itulah satu-satunya punca income.
Pendapatan seperti gaji sangat berbeza dengan kekayaan. Pandai buat duit, bergaji besar itu adalah satu kemahiran. Namun, untuk mengekalkannya perlu ada kemahiran yang lain.
Bagi tuan puan yang bergaji besar, apabila berjumpa dengan licensed financial planner maka sudah tentu perbincangannya bukanlah tentang bagaimana nak buat emergency fund atau sekadar menyimpan duit dalam ASB.
Perbincangannya ialah tentang merangka strategi bagaimana nak tukar dari luck kepada sustainable wealth.
Ramai orang memperoleh pendapatan besar yang mana majoritinya datang dari sumber gaji dan bulannya pelaburan.
Gross income atau gaji pokok adalah apa yang tuan puan dapat setiap bulan, sebelum ada sebarang penolakan.
Disposable income adalah apa yang berbaki lepas tolak income tax.
Discretionary income adalah apa yang berbaki lepas tolak income tax dan keperluan asas. Apa yang berbaki itulah digunakan untuk melabur, travel, membeli barangan berjenama dan perbelanjaan lain yang bersifat kemahuan dan kemewahan.
Sebagai licensed financial planner, saya tidak dapat membantu tuan puan untuk menambah jumlah gaji kasar. Itu kena berbincang dengan majikan masing-masing.
Kalau ada “penasihat kewangan” yang kata dia ada cara untuk tolong tuan puan tambah income, selalunya itu petanda dia suruh jadi “penasihat kewangan” juga bawah dia untuk sama-sama jual takaful, unit trust, wasiat atau jadi affiliate untuk jualkan program / seminar dia.
Maka financial planning antaranya tentang how to prepare for the worst. Maka sudah tentu masa terbaik membeli payung adalah sebelum turunnya hujan.
Jadi income itu kena ditukar menjadi aset.
Financial planner bukanlah bomoh atau ahli silap mata. Yang mana bila tuan puan ada masalah kewangan, datang berjumpa saya pun membaca jampi mantera. Selepas itu masalah kewangan pun hilang.
Jika tuan puan jenis percaya bomoh dan dukun seperti itu, maka berhenti membaca. Saya tidak dapat membantu. Nota ini bukan untuk tuan puan.
Selain untuk bersedia zaman sukar, perbincangan dengan financial planner ialah tentang membuat keputusan yang bijak tentang hutang, membuat simpanan untuk pendidikan anak-anak, menyediakan duit yang cukup di tangan untuk persaraan, dan memastikan waris dan orang yang tersayang mendapat perlindungan kewangan secukupnya.
Financial planning juga ialah tentang mencari makna kekayaan dalam diri tuan puan. Ini adalah sesuatu yang personalized dan tak perlu ikut orang. Lain orang lain yang mahu dicapainya.
Selain itu kerja saya sebagai financial planner juga ialah tentang menguruskan rasa takut, risau, tak sedap hati bila tuan puan perlu membuat keputusan besar yang membabitkan kewangan.
Sepanjang pengalaman saya, jangankan perkara besar, perkara seperti selalu dihubungi oleh ejen unit trust atau takaful juga dapat menyebabkan seseorang itu stress. Jadi, adalah sebahagian kerja saya juga untuk mengambil alih peranan tersebut dengan bercakap dengan ejen-ejen kewangan yang menghubungi klien saya.
“Terima kasih telefon. Saya dah ada financial planner. Ini nombor beliau, namanya Pakdi. Lepas awak berbincang dengan Pakdi baru kita boleh berjumpa ya.”
Maka klien tak perlu risau lagi untuk bercakap mengenai hal teknikal seumpama ini.
Apa yang paling utama dalam financial planning ialah menetapkan satu tanda ukur (benchmark) yang menunjukkan pencapaian / progress kewangan kita.
Apa yang kita mahu capai? sekarang berapa lama lagi yang diperlukan dan apa yang perlu dibuat untuk mencapainya.
Inilah sebahagian perkara-perkara teknikal yang perlu diambil tahu semasa menguruskan duit gaji. Maka belajarlah kemahiran ini atau sewa otak dan masa orang lain.
Sungguh, bergaji besar itu memang membahagiakan. Namun jika tidak tahu menguruskannya, maka duit gaji itu habis sekelip mata.
Lagi besar periuk, lagi besar keraknya.
Kemahiran yang membolehkan tuan puan bergaji besar itu adalah kemahiran yang berbeza untuk menguruskan kekayaan. Maka jangan lagi keliru.
Bergaji tinggi tidak secara automatik tahu menguruskannya juga.
Penulis
Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang licensed financial planner, penulis dan jurulatih kewangan dan pelaburan secara Islami.