Sebulan yang lalu, Warren Buffett menyatakan tidak satu pun dari 20 syarikat terbesar (mengikut market capitalization) pada 1989 masih kekal menjadi syarikat terbesar hari ini. Lebih separuh dari 20 syarikat tersebut adalah syarikat Jepun.
Syarikat terbesar pada ketika itu ialah Industrial Bank of Japan dengan saiz sebesar 104 billion USD, diikuti Sumitomo Bank (73B), Fuji Bank (69B), Dai-Ichi Kangyo Bank (64B) dan Exxon Corp (63B).
Sehingga Mac 2021, syarikat terbesar ialah Apple (2.05 trillion), Saudi Aramco (1.92T), Microsoft (1.78T), Amazon (1.56T) dan Alphabet (1.39T).
Ini menunjukkan dunia sudah berubah dan menjadi jauh berbeza. Sektor industri yang berbeza. Malah saiz market cap juga berganda dengan sangat banyak.
… tells you some things about equality and inflation, it mainly tells you “that capitalism has worked incredibly well, especially for the capitalists.” (Warren Buffett)
Secara umumnya life cycle perniagaan ada 5 fasa.
Start-up
Growth emerging
Growth established
Mature
Decline
Start Up
Ini ialah tempoh di mana pengasas syarikat memulakan. Menggunakan modal sendiri. Jika ada yang nak melabur atau bagi pinjaman perniagaan,a kebiasaannya terhad kepada keluarga dan rakan terdekat sahaja. Sumber yang sangat terhad dan keuntungan perniagaan sukar diperoleh. Banyak perniagaan tidak melepasi fasa ini.
Growth Emerging
Apabila syarikat berjaya melepasi fasa start-up maka syarikat memasuki fasa growth. Pada ketika ini, syarikat sudah layak mendapatkan pembiayaan perniagaan untuk berkembang. Dapat pilih untuk mendapatkan pembiayaan melalui sistem perbankan atau pasaran modal.
Growth Established
Secara spesifik untuk syarikat yang mendapatkan pembiayaan melalui pasaran modal, maka inilah peringkat tawaran awam permulaan (IPO) dibuat. Inilah yang berlaku ke atas syarikat MR D.I.Y yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada Oktober 2020. Salah satu pihak yang menjadi pelabur awal dalam MR D.I.Y ialah Creador.
Pada fasa ini, syarikat growth dapat dilihat melalui sales yang dijana adalah lebih tinggi berbanding keuntungan dan aliran tunai.
Mature
Apabila sampai ke satu tahap, syarikat akan menjana sales yang konsisten jika dibandingkan pada fasa growth. Keuntungan dapat dilihat dengan lebih jelas. Aliran tunai syarikat juga bertambah baik. Maka syarikat kebiasaannya mengambil inisiatif untuk mengurangkan kos perniagaan dan jika berkemampuan meningkatkan harga jualan produk.
Pada peringkat ini pelabur mendapat kadar pembayaran dividen yang lebih tinggi serta pembayarannya adalah lebih konsisten.
Decline
Fasa ini tidak bermaksud syarikat terus-terus berhenti berniaga atau bankrap. Declining phase ini lazimnya berlaku secara berperingkat. Pelabur perlu lebih peka dengan trend yang berlaku.
Laporan jualan dan keuntungan tidak lagi seperti dahulu. Misalnya Parkson dilaporkan menutup beberapa lagi department store. Sebelum itu lagi kita dah dapat membaca tentang prestasi perniagaan Parkson yang terjejas.
Ada syarikat berjaya membuat turnaround dan bangkit semula. Manakala ada syarikat yang tidak berjaya sehingga dinyah senarai dari Bursa Malaysia.
Di Malaysia pada tahun 1980an, Malaysia Mining Corporation (MMC) merupakan salah satu syarikat terbesar hasil dari aktiviti bijih timah. Pada 2021, syarikat terbesar di Malaysia ialah Maybank. Apakah pula syarikat yang berpotensi menjadi syarikat terbesar di Malaysia satu hari nanti menggantikan Maybank?