Tuan puan yang dihormati,
Dalam satu discovery pernah ada seseorang - saya namakan dia akak N - yang mahu tahu sama ada dia mampu untuk retire awal atau tidak.
“Akak hubungi Pakdi ni sebab nak tahu sama ada boleh retire awal atau tidak?”
Saya pun beritahu akak N, “Sebelum saya dapat jawab soalan tu, saya kena tahu dulu sama ada akak boleh retire atau tidak pada usia 55 tahun. Jika sudah on track maka barulah saya dapat jawab sama ada boleh retire early atau tidak.”
Maka saya pun menerangkan proses-proses yang perlu dilaluinya.
Perlu buat financial planning engagement supaya analisa kewangan yang lebih menyeluruh dapat dibuat.
Begitulah perancangan kewangan. Soalannya cuma satu dua baris, tapi untuk menjawabnya perlu melalui satu proses. Bukan sembang bulan dan bintang.
Selepas selesai proses engagement, maka saya pun mula mengumpulkan data-data kewangan yang asas iaitu pendapatan, perbelanjaan, harta dan juga hutang yang ada.
Setelah data-data kewangan itu dikumpulkan, barulah saya dapat membuat analisa kewangan.
Bermula dengan analisa aliran tunai.
Akak N mempunyai pendapatan yang konsisten. Syarikatnya ada memberikan bonus tahunan.
Nisbah hutangnya cuma 22%. Bermaksud setiap bulan akak N hanya membelanjakan 22 peratus dari gaji yang diterima untuk bayar hutang.
Sudah pun mempunyai rumah sendiri dan kereta yang sudah habis bayar.
Dari sudut gaya hidup, dapat pergi bercuti setiap tahun ke luar negara.
Pada masa yang sama memiliki takaful hayat, sakit kritikal dan juga kad medikal dengan perlindungan melebihi 6 angka setiap satu.
Setelah selesai membuat analisa kewangan untuk aliran tunai, maka saya pun meneruskan analisa kewangan seterusnya bertujuan antaranya untuk mengira keperluan tabung persaraan pula.
Nilai aset-aset pelaburannya telah pun melebihi 7 angka. Termasuklah aset dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Aset pelaburan tidak termasuk rumah kediaman, kereta. Selain itu aset peribadi seperti barang kemas juga tidak diambil kira.
Persoalannya sekarang adakah aset pelaburan yang sedia ada itu membolehkan akak N dapat retire dengan lebih awal dari usia 55 tahun?
Saya memaklum kepada akak N:
“InsyaAllah, aset pelaburan yang ada ini telah on track untuk ada comfortable retirement pada usia 55 tahun. Cuma sekarang ni plan nak retire early tu bila?”
Akak N pun beritahu sambil tersenyum lebar, ”Kalau by 50 ok tak?”
Saya pun buat sedikit sebanyak adjustment terhadap pengiraan yang telah dibuat.
“Aset pelaburan akak kedudukannya adalah begini sekarang. Tak sampai 10% pun aset akak dilaburkan di tempat yang ada potensi growth. Majoriti besar adalah dalam pelaburan yang konservatif.”
Akak N terus mendengar penerangan saya tentang aset-aset pelaburan yang dimilikinya. Dan juga tentang growth assets. Apa kelebihan dan apa kekuranganya setiap satunya.
Sebelum itu juga, saya telah tunjukkan langkah penjimatan yang dapat dilakukan yang dapat memberikan lebihan aliran tunai sebanyak 15 ribu setahun.
Berdasarkan objektif mahu bersara pada usia 50 tahun beserta dengan kekuatan aliran tunai, saya membuat pengiraan dan susun semula aset pelaburan dan mencadangkan supaya nilai pelaburan dalam growth assets ditingkatkan dari 10% menjadi 30%.
“Menarik. Selama ini akak ingat kena keluarkan duit semua dari ASB dan Tabung Haji. Rupanya cuma tambah lagi 20% dan konsisten tambah pelaburan hasil dari penjimatan tu.”
“Ya, kalau kekal macam sekarang, akak masih dapat retire cuma tak dapatlah nak retire early, itu sahaja,” saya menerangkan.
“Alhamdulillah, dapat juga akak ada option nak retire by 50. Tapi kalau tiba-tiba rasa nak terus kerja OK je kan?” akak N meminta kepastian.
“Akak ada kemampuan kewangan. Lepas penstrukturkan semula ini akak dah nampak jalannya. Dan selepas akak dah capai jumlah tu, dan rasa nak terus kerja pun tiada masalah. Itulah antara maksud financial independence - mempunyai pilihan untuk retire awal.”
Akak N tersenyum puas sambil membelek-belek laporan yang disediakan.
Penulis
Salam. Panggil saya Pakdi. Saya merupakan seorang Licensed Financial Planner.
Kepada tuan puan yang mahu mendapatkan investment plan seperti akak N, sila mulakan dengan hadir ke sesi discovery. Sesi ini adalah percuma. Tiada komitmen diperlukan dalam sesi ini, hanya ruang berbual tentang kewangan. Sila klik » Tempah sesi temujanji