Ramai orang terlupa bila dia memiliki saham bermaksud dia memiliki ownership claim in the company. Sama ada pemilikan itu dengan jumlah yang besar, sehingga menjadi majority atau substantial shareholder mahupun sekadar 1,2 lot saham sahaja, prinsip asasnya tetap sama. Semua pemilik saham syarikat berhak mendapat dividen seterusnya hadir ke annual general meeting (AGM) untuk mengundi.
Sebagai pemegang saham sudah tentu kita mahu melihat syarikat yang kita miliki itu tadi membuat keuntungan operasi. Ini disebabkan prestasi saham syarikat banyak dipengaruhi oleh keuntungan mahupun potensi keuntungan syarikat.
Sekiranya kenaikan harga saham berlaku dengan banyak dan kita tidak dapat membuat justifikasi dengan nilai aset mahupun pendapatan syarikat, maka itu adalah antara red flag yang perlu diketahui.
“In the short run, the market is a voting machine but in the long run, it is a weighing machine.” - Benjamin Graham
Pasaran saham harganya berubah setiap hari. Ini dipanggil sebagai volatility. Ramai menyebutnya sebagai market risk. Volatility ialah part and parcel apabila kita membeli saham di bursa. Perkara ini tidak dapat dielakkan sama sekali.
Apa yang lebih utama ialah business risk. Adakah saham yang kita beli, syarikatnya berpotensi untuk terus buat untung dari masa ke masa? Maka inilah keutamaan kita semasa membuat kajian sesuatu saham.
Menurut Peter Lynch:
Five ways in which a company can increase earnings: It can reduce costs; raise prices; expand into new markets; sell more in old markets; or revitalize, close, or sell a losing operation. The company’s plan to increase earnings and its ability to fulfill that plan are its "story," and the more familiar you are with the firm or industry, the better edge you have in evaluating the company’s plan, abilities, and any potential pitfalls.
The Peter Lynch Approach to Investing in "Understandable" Stocks, AAII Journal - January 1997
Maka semasa kita membaca research report maka pastikan kita dapat. mengenal pasti perancangan syarikat untuk menambah keuntungan seperti:
Kurangkan kos
Naikkan harga
Masuk ke pasaran baru
Tingkatkan jualan di pasaran lama
Memulihkan atau tutup operasi perniagaan yang rugi
Barangkali membaca hanya satu research report mungkin tidak mencukupi. Malah membaca research report sahaja pun tak memadai. Maklumat sebegini juga boleh didapati dari sumber lain khususnya seperti majalah serta akhbar berkaitan ekonomi dan perniagaan.
Misalnya berita tentang - New COVID-19 outbreaks in Asia could exacerbate the global chip shortage atau Rising costs may dilute SST exemptions benefits for car buyers dan juga Palm oil falls to seven-week low on tepid June exports
Membuat analisa penyata kewangan adalah langkah pertama. Kita juga tak seharusnya berhenti di research report sahaja. Ini kerana pelaburan ialah tentang masa hadapan. Kita bermula dengan menganalisa past data. Kita perlu titik A untuk bermula.
Apa yang penting melalui data yang dianalisa, kita mempunyai lebih keyakinan yang syarikat dapat terus menambah keuntungan pada masa hadapan, sudah tentu dengan sedikit doubt kerana …