Kita membeli saham dalam syarikat. Bukannya beli nombor dari kedai judi. Syarikat berniaga. Keuntungan pelaburan berkait rapat dengan keuntungan operasi syarikat. Maka, cara untuk mengetahui sama ada sesuatu syarikat ada buat untung atau tidak ialah dengan membaca penyata kewangan yang disediakan.
Penyata kewangan public listed company (PLC) disertakan dalam laporan tahunan syarikat. Penyata kewangan dibuat mengikut standard perakaunan yang ditetapkan supaya laporannya ialah true and fair view. Walaupun begitu, irregularities dan fraud masih tetap dapat berlaku.
Akta Syarikat 2016 menetapkan penyata kewangan ini wajib diaudit. Laporan audit ini adalah berharga kerana dibuat oleh external auditor iaitu pihak ketiga yang tidak mempunyai kepentingan dalam kejayaan sesebuah syarikat.
Jika penyata kewangan itu kata syarikat buat untung, auditor perlu mengesahkannya. Jika, tidak buat untung sekalipun, masih kerja auditor untuk mengesahkan laporan kewangan tersebut ialah true and fair view. Sama ada pandangannya menyebabkan harga saham naik atau jatuh, itu bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan pihak auditor.
Maka, laporan penyata kewangan yang diaudit inilah yang dipegang oleh pelabur. Ini kerana pelabur tidak mempunyai akses untuk menilai sendiri management account yang hanya terhad kepada internal user.
Pengarah syarikat mempunyai fiduciary duty untuk memastikan maklumat-maklumat kewangan syarikat mempunyai integriti. PLC mempunyai dua komposisi pelabur. Pelabur besar lazimnya dapat mempunyai wakil dalam board of director (BOD) yang dikenali disebut non-independent director. Oleh itu ada keperluan melantik independent director sebagai mekanisma semak dan imbang dan melindungi kepentingan pelabur lain.
Bagi memastikan mekanisma semak dan imbang ini berlaku, independent director akan menjadi pengerusi audit committee serta menjadi ahli majoriti di dalamnya supaya dapat meneliti laporan kewangan yang disediakan oleh pihak pengurusan, meneliti sebarang possible conflict of interest dan juga related party transaction, memastikan wujud internal control seterusnya melihat proses audit dalaman dan luaran.
Ketika nota ini disediakan, investment community sudah pun maklum isu yang melibatkan Serba Dinamik Berhad. Pada 25 Mei 2021, satu pengumuman telah dibuat mengenai adanya isu yang melibatkan statutory audit yang melibatkan KPMG. Melibatkan nilai sekitar 4 bilion ringgit.
Harus diingat, external auditor yang melibatkan PLC adalah dipandu oleh Capital Markets and Services Act (CMSA) 2007. Laporan The Edge menyebutkan:
Under Section 320 of the Act, auditors are required to report to the Securities Commission Malaysia (SC) and the exchange any cases that adversely affect to a material extent the financial position of the public listed company (PLC), or any breach of securities laws and rules of the exchange.
Disagreement antara pengurusan syarikat dan external auditor sudah tentu boleh berlaku. Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak ialah tindakan seorang non-independent director yang mempunyai 15.96% kepentingan pada ketika itu mengusulkan supaya external auditor digugurkan dan diganti dengan external auditor yang baru ketika proses audit tengah berjalan.
Menjawab query dari pihak Bursa Malaysia, Serba Dinamik mencadangkan special independent review. Pada masa yang sama nilai saham Serba Dinamik telah jatuh dari sekitar RM1.60 sesaham menjadi RM0.80 sesaham. Dan ketika nota ini ditulis, sudah pun menjadi sekitar RM0.50 sesaham.
Pelabur institusi seperti KWSP telah menzahirkan kerisauan tentang isu ini manakala KWAP telah pun menjual sebahagian besar sahamnya sehingga tidak lagi menjadi substantial shareholder. Pada masa yang sama, insiders pula membeli saham-saham tersebut.
Kita dikejutkan lagi pada 2 Jun, apabila notis usul untuk menggantikan KPMG telah ditarik balik.
Berikut ialah pandangan-pandangan profesional tentang isu berkaitan:
Serba Dinamik's board should not 'side-step' issues raised by auditors, says ICDM chairman
Silence of Serba Dinamik's audit committee against audit issues raises concerns: MICG
Serba Dinamik minority shareholders express concern on external audit findings
Segalanya nampak reda sedikit apabila Serba Dinamik mengumumkan pada 14 Jun melantik Ernst & Young sebagai independent reviewer. Sepatutnya kekecohan ini dapat dihentikan di sini sementara menunggu laporan tentangnya dikeluarkan pula walaupun ini mengambil masa.
Namun, pelantikan pengarah syarikat baru berlaku. Perlantikan pengerusi baru dibuat. Dan KWSP pun meneruskan aktiviti jualan.
Isu ini semakin komplikated apabila 22 Jun 2021, syarikat mengumumkan menyaman KPMG. Pada masa yang sama pertukaran pengerusi audit committee juga dilakukan. Sudah tentu KPMG menyatakan tidak ada legal basis untuk Serba Dinamik memulakan tindakan undang-undang kerana tugas auditor memang untuk menunjukkan red flag dan keperluannya membuat sedemikian mengikut undang-undang sedia ada. Suruhanjaya Sekuriti yang sebelum ini telah turut membuat siasatan juga menyatakan external auditor perlu melakukan kerja mereka without fear & favour kerana peranan mereka memastikan kesahihan laporan kewangan untuk rujukan semua pihak adalah sangat penting.
24 Jun 2021, KPMG mengumumkan untuk resign dari menjadi auditor. Kisah ini masih belum tamat dan sudah tentu ini dapat menjadi inspirasi pembikin drama jam 7 untuk menceritakan kehebatan dan liku-liku dunia korporat selain Megah Holdings.
Pelabur runcit kelihatan ada dua kumpulan. Satu, yang cenderung dengan eksekutif syarikat dan pemegang saham majoriti. Kedua, yang cenderung dengan pelabur institusi dan pengurus dana. Bagi yang cenderung dengan eksekutif syarikat sudah tentu membuat keputusan untuk membeli pada harga rendah sebegini.
Berdasarkan laporan kewangan yang belum diaudit, Serba Dinamik mempunyai RM887 juta tunai dan short term debt berjumlah RM807. Pada Februari 2021, sejumlah RM508.6 juta diperoleh dari private placement sejumlah RM100 juta dari Islamic commercial paper (ICP). Ini mendorong kepada persoalan baru tentang tahap liqudity Serba Dinamik.
Menurut Malaysia Rating Corporation Bhd (MARC) Serba Dinamik mempunyai:
RM500.0 million multi-currency Islamic Commercial Papers Programme and RM1.5 billion Islamic Medium-Term Notes Programme with a combined limit of RM1.5 billion
Seterusnya mendorong credit rating agency melakukan downgrade dan meletakkan Serba Dinamik dalam negative watch:
i. MARC Places Serba Dinamik’s Ratings On MARCWATCH Negative
ii. S&P Global Ratings downgrades Serba Dinamik’s credit rating
iii. Fitch Downgrades Serba Dinamik to 'B-' on Rating Watch Negative
Serba Dinamik tersenarai menerusi Initial Public Offering (IPO) pada 8 Februari 2017. Sebagai sebuah PLC, maka pengarah syarikat mempunyai fiduciary duty untuk menyediakan dan melaporkan laporan kewangan yang true dan fair view. Integriti laporan kewangan ini dikuatkan dengan wujudnya pengesahan audit bebas yang disediakan pihak ketiga. Peranan pengarah syarikat bebas juga sangat penting bagi memastikan internal control berlaku dengan baik seterusnya memastikan kepentingan pelabur minoriti terjaga. PLC bukan syarikat bermodal 2 ringgit.
Segala penilaian pelaburan (investment valuation) adalah tidak berguna sekiranya laporan kewangan adalah misleading. Peranan audit adalah bebas dan auditor tidak perlu mengikut apa yang eksekutif syarikat mahu. Jika tidak, dapat berlaku semula kes seperti yang pernah berlaku terhadap United U-Li Berhad yang mana auditor bersubahat menyediakan laporan kewangan yang misleading - inflated 26% in company reported profit.
Maka, lebih baik untuk pelabur membaca laporan auditor yang memberikan qualified opinion misalnya dari membaca laporan yang menyatakan auditor bersubahat menyediakan laporan kewangan yang misleading bukan?
Kisah ini masih panjang dan belum nampak kesudahannya.