“In the short run, the market is a voting machine but in the long run, it is a weighing machine.” - Benjamin Graham
1. Harga saham naik dan turun disebabkan supply & demand. Ini adalah jawapan ringkas. Namun apa yang mengubah supply & demand?
2. Boleh jadi makro ekonomi, politik, sentimen, persepsi, perubahan kadar faedah dan juga keuntungan syarikat. Dan untuk pasaran kecil seperti Malaysia, faktor pelabur institusi luar memainkan peranan besar.
3. Faktor-faktor ini dapat dipecahkan kepada dua kategori iaitu (i) fundamental (ii) sentimen. Pelabur institusi melabur berdasarkan fundamental. Manakala, pelabur runcit lazimnya melabur mengikut sentimen.
4. Secara fundamental, nilai sesuatu saham itu ditentukan oleh net present value of its future cashflow. Keuntungan dan perkembangan (growth) adalah dua penentu utama semasa mengira net present value itu tadi. Ada analyst yang membuat pengiraan tambahan dengan membuat forecasting.
5. Walaupun begitu, untuk jangka masa pendek faktor fundamental tidak menjadi penentu kenaikan dan kejatuhan harga saham. Ia banyak dipengaruhi oleh sentimen pasaran. Seterusnya, mempengaruhi emosi pelabur. Saham yang mempunyai fundamental yang kukuh sekalipun harganya dapat jatuh sekiranya sentimen adalah negatif.
6. Selain itu, kita juga perlu tahu faktor-faktor teknikal seperti (i) perubahan status Syariah sesuatu saham (ii) penyenaraian atau nyah senarai sesuatu saham dalam indeks (iii) aktiviti korporat seperti bonus, right issues.
7. Ada aktiviti korporat yang dikategorikan sebagai special situation. Lazimnya melibatkan perkara seperti major acquisitions, takeover offers, spin-off, reorganization, stock buybacks dan seterusnya.
8. Malah pemilik saham yang membeli saham secara margin juga dapat mempengaruhi pergerakan harga saham. Apabila sentimen tidak bagus, harga saham jatuh dan berlaku margin call. Maka harga saham tadi akan jatuh dengan lebih teruk.
9. Perkara ini semua adalah biasa dalam pasaran saham. Apa yang luar biasa ialah pelabur menjangka harga sentiasa naik sahaja dan tidak akan turun. Labur saham tidak sama macam melabur di ASB, Tabung Haji, koperasi atau letak duit dalam bank.
10. Apabila kita dapat mengenal pasti punca kejatuhan sesuatu saham yang berada dalam pemerhatian mahupun pegangan, maka kita dapat membuat keputusan pelaburan dengan lebih baik. Bukan asal jatuh 5% sahaja cut-loss.