Nota Pakdi
Nota Pakdi
Kenapa Labur Saham?
0:00
-3:54

Kenapa Labur Saham?

Pelabur perlu tahu kenapa dia nak melabur saham. Why? Apa tujuan pelabur bersusah payah buka akaun CDS, pergi masuk kelas dan belajar saham dan kemudian merisikokan duit simpanan untuk melabur saham? Sedangkan kalau simpan sahaja duit dalam ASB, duit kita pasti selamat.

Ya, kena pergi kelas saham dan ada kos. Dan bila beli saham ada kos brokerage, stamp duty dan seterusnya. Rugi itu sudah pasti dan untung belum tentu. Apakah yang mendorong tuan puan melabur saham?

Saya kongsikan dua matlamat kenapa seseorang itu melabur saham.

Pertama dia mahu menjana keuntungan setiap bulan. Duit tambahan untuk menampung pendapatan. Ada yang istilahkan sebagai duit geli-geli. Maka dengan modal, contohnya 10 ribu ringgit, dia mahu mendapat untung 10% sebulan. Dalam erti kata lain dapat 1 ribu sebulan. Kalau dapat 500 ringgit sebulan pun dah ok. Duit tambahan yang diperoleh itu untuk dibelanjakan.

Kedua dia mahu menambah nilai aset bersih. Net worth. Iaitu nilai yang tinggal selepas semua nilai aset (harta) tolak nilai liabiliti (hutang-hutang). Apa yang dimaksudkan ialah nilai net worth pada Disember 2020 ialah 500 ribu ringgit. Dan dia mahu nilainya pada Disember 2021 menjadi 550 ribu ringgit. Berlaku kenaikan net worth sebanyak 10% atau 50 ribu ringgit.

Maka tetapkan matlamat ini terlebih dahulu.

Ini penting kerana matlamat yang kita pilih menentukan strategi pelaburan saham yang kita nak pakai. Ibaratnya kita dari Kajang mahu pergi ke pantai Port Dickson. Apa pilihan kenderaan yang ada?

Secara peribadi saya tidak menggalakkan pelabur mempunyai matlamat yang pertama. Ini kerana pasaran tempatan bukanlah pasaran dua hala. Pelabur hanya dapat buat duit ketika pasaran menaik sahaja. Kedua, pasaran saham Malaysia tidak cukup volume dagangan. Tetapi jika mahu juga, bersedia untuk membuat salah satu dari dua perkara ini.

(a) Melabur dalam pasaran luar negara. Sudah banyak syarikat broker menyediakan khidmat cross border trading. Jadi, apabila pasaran Malaysia tidak menjadi bermaya, masih ada pasaran luar negara. Atau,

(b) Membuat dagangan pasaran hadapan (futures market). Malaysia mempunyai pasaran hadapan kelapa sawit mentah - crude palm oil futures (FCPO) yang terbesar di dunia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang FCPO, sila baca tentang penaja podcast ini dan dapatkan ebook Berani Trade. Ada link yang disediakan di situ.

Seterusnya, belajar lah strategi pelaburan saham yang bersesuaian. Majoriti besar kelas saham mengajar cara jual beli saham yang sesuai dengan matlamat pertama.

Saya membeli saham dengan matlamat yang kedua.

Pelabur yang mempunyai net worth 500 ribu ringgit, dan memperoleh pulangan 10% annualised return maka net worth beliau dapat menjadi 1 juta ringgit selepas tempoh 7 tahun.

Ini hanyalah contoh mudah.

Secara spesifik saya perlu membuat pengiraan tertentu terlebih dahulu. Kemudian menentukan berapakah sasaran net worth yang perlu dicapai untuk membolehkan seseorang itu boleh retire atau mempunyai pilihan untuk retire early.

Maka apabila dah tahu kenapa labur saham, maka dapatlah kita melabur saham dengan strategi yang betul. Labur saham untuk persaraan menggunakan strategi yang berbeza dengan berjual beli saham untuk dapat income geli-geli

-Pakdi


Penaja Podcast

Bagi membolehkan podcast ini dibuat secara percuma secara berterusan, sila layari pautan berikut dan buat pembelian:

1. Ebook Berani Trade sesuai untuk tuan puan yang nak belajar trade hari-hari di Bursa Malaysia. Alternatif terbaik untuk pelaburan forex. Kita mempunyai pasaran kelapa sawit mentah yang terbesar di dunia.

2. Wahed Invest membolehkan anda melabur dalam pasaran luar negara tanpa pening kepala. Klik sini untuk pengguna iOS dan klik sini untuk pengguna Android. Kemudian masukkan referral code - suzmau1

3. eUnittrust membolehkan tuan puan melabur dalam unit trust dengan kos rendah. Sila masukkan agent code PMB01976 semasa mendaftar secara online untuk mendapat fund recommendation dari saya selepas proses pembukaan akaun selesai.

Coaching Saham

Sila hubungi saya di sini atau hubungi Zulkhairi

0 Comments
Nota Pakdi
Nota Pakdi
Nota-nota kewangan ini ditulis oleh Suzardi Maulan (Pakdi), licensed financial planner.
Listen on
Substack App
RSS Feed
Appears in episode
Suzardi Maulan