Joke aside. Apa yang membezakan seorang pelabur dengan makcik penjual nasi lemak?
Makcik penjual nasi lemak dapat tentukan harga jualan. Nasi lemak biasa, berapa harganya. Nasi lemak ada lauk, berapa harganya. Jika ada yang mahu nasi lebih, berapa pula mahu dijual.
Berbanding dengan pelabur, turun naik harga sesuatu aset lazimnya ditentukan oleh kuasa pasaran (market force).
Oleh itu buatlah satu portfolio pelaburan semasa melabur.
“Pakdi rasa saya patut melabur kat mana.. emas ke unit trust?”
Saya selalu mendapat soalan seperti ini. Ini kerana ramai yang ‘berasa’ diri dia umpama seorang penjual nasi lemak. Ada kuasa nak tentukan harga jual balik nanti. Hakikatnya, pergerakan harga itu kita tak boleh nak kawal langsung.
Sekiranya mereka menerima tips pelaburan untuk melabur di sekian sekian, maka ramai yang sanggup all-in untuk melabur di satu tempat sahaja.
Bukan sekadar itu, ada yang sanggup meminjam di sana sini mahupun menggadaikan tanah dan akhirnya melabur lebih dari kemampuan sebenar.
Betul, sekiranya untung besar maka pelabur yang berbuat sedemikian pun mendapat untung yang paling besar. Namun, jika berlaku sebaliknya maka duit simpanannya pun susut dengan banyak.
Maka, membuat portfolio pelaburan ini adalah pilihan bagi mereka yang tidak mahu menumpukan risiko mereka dalam satu produk sahaja.
Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan.
Nasihat Nabi Ya’kub kepada anak-anaknya yang mahu masuk ke Mesir. Dirakamkan dalam Surah Yusuf, ayat 67.
Secara asasnya, kita buat portfolio pelaburan dengan 3 aset berikut:
Pendapatan tetap (fixed income seperti bond & sukuk)
Ekuiti (saham)
Tunai
Dan sekiranya mahu boleh tambah dengan aset lain seperti:
Komoditi seperti emas
Aset digital seperti bitcoin, ethereum
Hartanah seperti real estate investment trust (REIT)
Portfolio dibina mengikut jenis aset dan bukannya produk. Sekiranya berkemampuan, maka buatlah portfolio pelaburan yang bersesuaian secara DIY.
Dan jika perlu mendapatkan khidmat nasihat profesional, dapatkan melalui licensed investment adviser atau licensed financial planner. Ini kerana keduanya bukan tied agent, seterusnya tidak terikat dengan sesuatu syarikat, atau produk sahaja semasa membuat portfolio pelaburan kita.
Selepas itu, barulah kita pilih produk melalui syarikat pelaburan yang bersesuaian.
Jadi kenapa pelabur kena lalui proses tambahan dan bersusah payah buat portfolio pelaburan terlebih dahulu?
1. Supaya tak jatuh miskin sebab melabur. Semua pelaburan ada risiko. Jika untung alhamdulillah. Namun prinsip utama pelaburan adalah elak rugi dulu. Maka, ini adalah kaedah supaya pelabur jika rugi sekalipun, tak habis modal simpanan yang banyak.
2. Fokus kepada portfolio, bukan all-in 1 produk. Tiada ada produk yang buat untung tinggi setiap tahun. Ada masa masanya rugi. Maka sekiranya kita ada 10 produk dalam portfolio pelabur, boleh jadi 3 daripadanya untung, 4 rugi dan bakinya harga tidak bergerak. Apa yang penting portfolio memberi pulangan yang wajar, bukan mengharapkan satu produk sahaja untung besar.
3. Supaya terus konsisten melabur lebih-lebih lagi masa market jatuh. Pelaburan adalah long term game. Untung dan rugi adalah perkara biasa. Cuma ramai yang ‘pancit’ di tengah jalan bila tengok loss yang terlalu besar. Melalui portfolio pelaburan, kita tahu apa yang perlu dibuat sama ada ketika market tengah naik, mahupun jatuh. Bukannya ringgit cost averaging membabi buta.
You want to spread the risk as far as the specific companies you’re in by owning a diversified group - Warren Buffett dalam Squawk Box, Februari 2017.
- Pakdi
Iklan Penaja
Sehingga hari ini, saya masih menulis secara percuma. Kalian dapat terus support dengan membeli ebook ini.
Ebook Berani Trade sesuai untuk tuan puan yang nak mula belajar trade hari-hari di Bursa Malaysia. Alternatif terbaik untuk pelaburan forex. Kita mempunyai pasaran kelapa sawit mentah yang terbesar di dunia.