Pada 24 Februari 2023, kerajaan telah mengumumkan perubahan kadar income tax seperti berikut dalam Belanjawan 2023:
Dari perubahan ini, mereka yang memperoleh taxable income 100 ribu dan ke bawah akan mendapat pengurangan cukai sebanyak 2%. Manakala yang memperoleh taxable income 100,001 dan ke atas pula akan mengalami kenaikan cukai antara 1%-2%.
Manakala mulai semalam, 27 Mac pula laporan media berbahasa Melayu dan Inggeris mula memetik laporan dari media berbahasa Cina seperti berikut:
Menurut laporan, antara sebab langkah ini dibuat adalah:
It was reported that deputy finance minister Steven Sim said the government would not extend the tax relief for several reasons.
These included the two per cent cut in individual income tax, an increase in tax relief for medical expenses and the PTPTN loan repayment moratorium for those earning less than RM1,800.
Secara umum, bagi mereka yang sudah membayar cukai sehingga 19% (atau lebih) dari taxable income dan menyimpan dalam SSPN dan seterusnya menikmati tax relief selama ini, akan membayar lebih cukai pada 2023 berbanding tahun sebelumnya.
Baca lanjut penulisan rakan saya di sini.
Kemaskini 29 Mac 2023:
Manakala pada 20 Mac pula ada pengumuman berikut:
Walaupun begitu, tidaklah pula dinyatakan sama ada agihan pendapatan Tabung Haji nanti akan berbeza mengikut kumpulan-kumpulan ini. Apa yang pasti, hanya kumpulan B40 yang kekal membayar kos haji yang rendah.
Ini adalah berita-berita yang secara langsung memberi impak kepada poket kita semua. Kita tidak dapat tidak, kena bayar cukai. Biasiswa pendidikan semakin sukar didapati, maka SSPN / PTPTN adalah piihan yang hampir pasti. Dan semua orang Islam pasti mempunyai cita-cita untuk menunaikan fardhu haji.
Saya cuma ingin mengulas kos haji kerana hal ini lebih general berbanding income tax dan tax relief SSPN / education fund yang memerlukan kepada lebih customized approach & calculation.
Kemampuan Pergi Haji
Selaras dengan pengumuman Tabung Haji, maka tabungan untuk pergi haji perlulah bermula dari 31 ribu ringgit seorang (ini belum masuk faktor inflasi). Untuk selamat, jumlahnya ialah 40 ribu. Untuk lebih selamat, 50 ribu.
Ini bermaksud untuk pasangan suami isteri yang berhajat untuk pergi haji bersama pada masa hadapan, simpanan yang diperlukan adalah antara 80 ribu ke 100 ribu ringgit.
Sekiranya ingin pergi melalui pengelola jemaah haji (PJH) pula, maka sekurang-kurangnya sejumlah 60 ribu ringgit perlu disediakan seorang. Ini bermaksud, kos pergi haji tanpa melalui muassasah (atau orang selalu sebut pergi haji pakej) suami dan isteri perlu kepada simpanan sekurang-kurangnya 120 ribu ringgit dan lebih. (Formula yang saya guna ialah kos haji x 2 untuk seorang)
Dan ini tidak termasuk kos atau duit belanja waris-waris yang ditinggalkan di Malaysia.
Inilah sedikit sebanyak panduan tentang mempunyai kemampuan (istito’ah) kewangan seterusnya kewajipan menunaikan haji.
Siapa yang telah follow penulisan saya sejak dulu, sudah tentu tahu, sesungguhnya dah lama saya pesan supaya berhenti mengharapkan bantuan (dalam bahasa lainnya subsidi).
Maksudnya, apa-apa perancangan kewangan sebaiknya dibuat dengan kos sebenar tanpa subsidi.
Jika masih ada bantuan dan subsidi, ambil dan ucapkan alhamdulillah. Jika tidak ada atau diberhentikan, mudah-mudahan disebabkan kita dah berusaha, kita masih dapat mencapai apa yang kita mahu seperti ada simpanan untuk anak masuk universiti dan pergi haji pada usia muda / ketika masih sihat dan bertenaga.
Abaikan terus apa-apa janji manis orang politik dari mana-mana parti yang berebut 222 kerusi parlimen itu semasa mereka mahu 1 undi kita.
Kita jaga poket sendiri.
There are four ways in which you can spend money.
You can spend your own money on yourself. When you do that, why then you really watch out what you’re doing, and you try to get the most for your money.
Then you can spend your own money on somebody else. For example, I buy a birthday present for someone. Well, then I’m not so careful about the content of the present, but I’m very careful about the cost.
Then, I can spend somebody else’s money on myself. And if I spend somebody else’s money on myself, then I’m sure going to have a good lunch!
Finally, I can spend somebody else’s money on somebody else. And if I spend somebody else’s money on somebody else, I’m not concerned about how much it is, and I’m not concerned about what I get. And that’s government. And that’s close to 40% of our national income.
- Milton Friedman, penerima 1976 Nobel Memorial Prize in Economic Sciences.
- Pakdi
Pesanan Penaja
Sila layari pautan berikut dan buat pembelian:
Ebook Berani Trade sesuai untuk tuan puan yang nak mula belajar trade hari-hari di Bursa Malaysia. Alternatif terbaik untuk pelaburan forex. Kita mempunyai pasaran kelapa sawit mentah yang terbesar di dunia.