1. Bila ada kawan minta ‘minta duit’ untuk mula berniaga, apa patut kita buat?
2. Saya akan minta kawan jelaskan dulu, sebenarnya nak pinjam duit atau mahu saya jadi pelabur?
3. Kalau pinjam duit, hutang wajib bayar balik.
4. Walaupun bisnes rugi. Tetap wajib bayar balik (ada perjanjian tak?).
5. Bisnes untung pun wajib bayar balik. Cuma kita hanya dapat telan air liur sahaja lepas tengok kawan mampu beli kereta mewah.
MELABUR
6. Kalau dia nak kita jadi pelabur, maka kawan tadi tak dapat menjanjikan untung sesuka hati.
7. Contoh - aku nak kau jadi investor bisnes jual ayam telur. Modal 100 ribu. Lepas 3 tahun kau dapat untung 50 ribu.
8. Secara ringkasnya, dah jadi riba.
9. Ini kerana pelaburan semuanya terikat dengan prestasi sebenar perniagaan.
10. Kalau tak untung, maka duit pelaburan habis. Menangislah di bucu katil seorang diri.
11. Waktu itu jangan lah pula kejar seolah-olah kawan tu berhutang.
12. Kalau untung, sama-sama dapat rasa ikut perjanjian keuntungan. Dapatlah pakai kereta mewah sekali. Waktu ni kalau dia tak bayar, kejarlah dia (ada perjanjian tak?).
BELI SAHAM BURSA
13. Ekuiti awam atau public equity.
14. Selain melabur dalam bisnes kawan macam itu, kita dapat melabur dalam bisnes syarikat-syarikat besar yang sahamnya tersenarai di bursa saham.
15. Ya, melabur saham di bursa itu ialah membeli perniagaan.
16. Bukannya main nombor ekor.
17. Syarat utama nak buat untung dalam pelaburan saham ini ialah kena pandai baca financial statement syarikat.
18. Bukannya ikut tips saham.
BELI SAHAM SYARIKAT PERSENDIRIAN
19. Ekuiti swasta atau private equity.
20. Ini adalah pilihan selain dari beli saham bursa.
21. Kena cari sendiri pemilik syarikat yang mahu jual saham mereka. Pandai-pandailah.
APA YANG SAMA?
22. Beli perniagaan.
23. Berpotensi dapat dividen.
24. Dividen bergantung kepada keuntungan operasi syarikat. Bukan turun dari langit.
25. Syarikat rugi pun boleh.
26. Senang cerita, risiko perniagaan sama sahaja.
BEZA
27. Satu, saham bursa harga turun dan naik setiap hari.
28. Ini disebabkan pasaran saham ialah secondary market. Ini istilah lain yang diguna pakai.
29. Oleh sebab itu, sahamnya mudah nak beli. Mudah juga nak jual.
30. Ada kecairan. Liquidity.
31. Ekuiti swasta pula nilainya tidak turun dan naik hari-hari macam saham di bursa.
32. Duit yang kita letak dalam syarikat itu mungkin telah digunakan sebagai working capital, beli mesin, kilang, bangunan dan aset-aset lain.
33. Macam mana nak dapat balik modal?
34. Kena jual kepada pelabur lain atau pelabur sedia ada yang nak beli saham syarikat tersebut.
35. Atau tunggu lah masa ‘masa yang dijanjikan’ itu tiba. Contohnya janji memperoleh 50% dari keuntungan lepas 3 tahun. Modal pun dapat semula.
36. Secara mudahnya, pelaburan ekuiti swasta ini sangat tidak cair. Susah dicairkan.
37. Dan selalunya, modal yang diperlukan adalah lebih besar dari pelaburan saham.
38. Seterusnya, pasaran ekuiti swasta ini peraturan dan tatakelola nya tidak seketat pelaburan saham. Kalau tak mampu upah peguam, akauntan, financial planner untuk buat benda sepatutnya i.e due diligence sebelum melabur maka itu tandanya tak layak lagi melabur dalam pasaran ekuiti swasta.
RISIKO DAN UNTUNG
39. Risiko adalah lebih tinggi dalam ekuiti swasta.
40. Menjadikannya potensi untung lebih besar.
41. Siapa tahu, ada rezeki syarikat-syarikat kecil ni membesar seterusnya buat tawaran awam awal (IPO). Memang berlipat kali ganda untung.
42. Tapi bukan semua pelaburan dalam ekuiti swasta untungnya sampai tahap begitu. Yang buat rugi pun banyak.
43. Oleh kerana peraturannya kurang ketat, memang ada orang berniaga membuka “peluang pelaburan”. Selalunya kepada ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat. Cuma bila sampai tahap buat public pitching untuk dapat modal, pelabur kena berhati-hati. Banyak red flag akan muncul.
44. Antara red flag utama ialah perniagaan itu masih beroperasi secara one-man show. Dia lah yang jadi bos yang cari modal, buat akaun, jaga operasi, cari pekerja, buat kempen pemasaran, duta produk. Semua kerja masih kena melalui dia.
45. Jadi, pelabur yang melabur dalam ekuiti swasta kena pergi beyond understanding financial statement.
46. Apa pun memang ada yang outright scam. ‘Ambil’ duit pelabur tapi tak berniaga apa pun. Guna istilah private equity dan macam-macam istilah bisnes dan pelaburan lainnya tapi sebenarnya scam.
47. Usahawan terdesak nak tunai. Pelabur terdesak nak untung.
48. Situasi macam ni orang Jawa kata - match made in hell.
49. Mismatch ini dapat dikurangkan bila guna platform peer to peer financing (P2P) atau equity crowdfunding (ECF).
Penulis
Salam. Saya Suzardi Maulan (Pakdi). Seorang licensed financial planner, stock investment coach dan personal finance speaker.
Kerja saya membantu individu yang mahu retire dengan duit yang cukup di tangan. Kita dapat berbual-bual dulu selama 30 minit secara percuma.
» Klik sini untuk tempah slot temujanji