

Discover more from Nota Pakdi
“Pakdi, apa beza kalau aku buka akaun dengan kau dengan remisier saham atau unit trust consultant?” tanya seorang kawan menerusi whatsapp.
“Nak mudahkan cerita, aku construct dan uruskan portfolio pelaburan untuk kau,” saya jawab.
“Jadi, boleh la dapatkan tips nak beli apa?” Kawan tadi bertanya lagi.
Inilah yang mendorong saya menulis nota kali ini.
Sebagai licensed financial planner yang fokus kepada pelaburan, kerja saya berbeza dengan remisier saham atau unit trust consultant dan ejen pelaburan lainnya. Apakah perbezaannya?
Saya membantu klien saya melabur dengan membuatkan satu portfolio pelaburan untuk mencapai satu-satu objektif. Portfolio ini dibina berdasarkan asset allocation, sasaran untung, profil risiko dan tempoh.
Jadi saya akan membuat portfolio pelaburan yang terdiri dari pelbagai jenis saham, sukuk serta tunai dan bukannya memberi recommendation pasal satu saham atau satu unit trust, dengan harapan dapat beri return yang tinggi.
Membina satu portfolio pelaburan yang betul adalah lebih baik untuk jangka panjang berbanding memilih individual stocks atau individual unit trust.
Portfolio pelaburan secara umumnya terbahagi kepada 3 jenis.
1. Agresif: Komposisi saham dalam portfolio agresif lebih dari 60%. Selebihnya adalah dalam pelaburan pendapatan tetap seperti sukuk dan money market.
2. Seimbang: Portfolio seimbang pula melabur saham antara 50-60%. Bakinya pula dalam pelaburan berpendapatan tetap.
3. Konservatif: Pelaburan saham dalam portfolio konservatif pula kurang dari 40%. Jadi, pelaburan dalam aset pendapatan tetap sekurang-kurangnya sebanyak 60%.
Ketiga-tiga portfolio ini mempunyai potensi untung dan rugi yang berbeza antara satu dengan yang lain.
Pasaran - khususnya pasaran saham itu ada tiga (3) situasi. Sama ada menaik, menurun atau tak bergerak ke mana-mana (sideways).
Pelabur agresif (sepatutnya) mampu melihat lebih kejatuhan harga berbanding pelabur seimbang dan konservatif. Maka, adalah tidak wajar bagi seorang pelabur yang kurang agresif melabur lebih duit dalam pasaran saham dari kemampuannya melihat kerugian.
Kalau pasaran saham sentiasa menaik hari-hari mesti ramai dah berhenti kerja dan melabur saham sepenuh masa. Dan kenaikan sebegitu adalah perkara yang mustahil.
Tak salah nak melabur 100% dalam pasaran saham. Cuma inilah yang dapat berlaku bila berlaku market loss. Bandingkan dengan mereka yang menguruskan risiko mereka dengan membuat dahulu portfolio yang bersesuaian.
“Memang boleh loss 50% ke Pakdi?” Tanya kawan lagi dengan smiley berpeluh.
“Kalau individual stocks, lebih pun tak mustahil,” saya membalas dengan smiley gelak terguling-guling.
Masalah yang selalu berlaku, ramai pelabur tidak bersedia menghadapi saat pasaran menurun. Sedangkan kejatuhan pasaran saham pasti berlaku dari masa ke masa.
Saya ulang.
Kejatuhan pasaran saham pasti berlaku dari masa ke masa.
Ketika kejatuhan berlaku, mereka yang melabur dengan duit lebih sangat membantu portfolio mereka sendiri. Berbanding pelabur yang melabur sebab nak dapat duit lebih setiap bulan.
Ada yang sebut sebagai ‘holding power’.
Ini adalah penting kerana kita perlu kekal melabur walaupun pasaran sedang jatuh dengan sangat teruk. Ada beberapa tindakan yang dapat dibuat. Sudah tentu tindakan tersebut saya communicate terus dengan klien-klien saya.
Sudah tentu saya perlu mendorong mereka untuk membuat perkara yang betul seterusnya mengelakkan kesilapan pelaburan yang besar.
Asset allocation yang dibuat pada awal itu tadi adalah panduan asas untuk dipatuhi. Supaya dapat menjadi pelabur cool & bijak dan bukannya pelabur ikut emosi.
“Lepas aku dah tahu aku punya loss tolerance dekat mana, kena buat apa?” Mesej seterusnya terus masuk.
“Kau survey platform yang sesuai untuk invest,” saya membalas.
Pertama, melabur terus dalam pasaran saham dan sukuk. Pelabur perlu tahu memilih saham dan sukuk sendiri. Cara ini sesuai untuk pelabur yang suka membuat investment research sendiri dan mampu bina dan seterusnya menguruskan portfolio secara aktif.
Kedua, melabur menerusi exchange traded fund (ETF). Ini adalah strategi pelaburan pasif. Pelabur tidak memilih saham apa yang patut dibeli, tetapi terus membeli 'benchmark’ pelaburan sama ada dalam atau pun luar negara.
Untuk ETF, kita dapat melakukannya sendiri menerusi platform pelaburan online yang bersesuaian, atau, menggunakan platform robo-advisor.
Ketiga, melabur melalui unit trust. Berbeza dengan ETF, produk unit trust di Malaysia masih banyak menggunakan strategi pelaburan yang aktif. Jadi, pelabur juga perlu tahu cara-cara memilih unit trust sendiri.
“Kau boleh bagi advice untuk semua ni?” Kawan terus bertanya.
“Boleh, melainkan direct sukuk. Untuk fixed income selalunya aku akan advice beli melalui fund i.e unit trust,” saya menerangkan ringkas.
“Mana satu yang bagus?” Mesej seterusnya diterima.
“Itu kita kena jumpa ngopi. Panjang la nak cerita prosesnya dekat sini (whatsapp). Bila kau ada masa free?” Saya membalas mesej tersebut.
“Lunch hour. Khamis depan,” kawan saya mencadangkan.
“Bereh boh!”
Setiap mempunyai sebab tersendiri semasa melabur.
Ada orang sekadar mahu mencuba-cuba.
Ada pula yang memang sudah serius mahu mengembangkan simpanan mereka supaya dapat mencapai impian yang dicita-citakan.
Bila sudah ada sasaran yang mahu dicapai dan tempoh masa yang bersesuaian, maka dapatlah saya sediakan investment plan untuk sampai ke destinasi yang diimpikan.
Penulis
Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan licensed financial planner. Beliau menguruskan portfolio klien yang tidak dapat melabur secara DIY. Reply emel ini untuk mula mendapatkan investment advice atau klik sini untuk info lanjut.