“Pakdi, kau financial planner kan. Unit trust apa yang bagus?”
Bila saya berjumpa kawan-kawan atau saudara mara ini lah antara soalan yang diterima. Ramai ingat seorang licensed financial planner ini kerjanya adalah sekadar menjual unit trust atau apa-apa produk kewangan yang ada di pasaran.
Beza financial planner dengan ejen? Boleh jual produk dari pelbagai syarikat. (Ha ha ha. Gelak sambil tepuk dahi). Bukan begitu.
Perancangan kewangan bukanlah sekadar beli saham, unit trust, ambil takaful dan buat wasiat & hibah.
Begini.
Sebagai licensed financial planner, saya menyediakan satu financial roadmap. Ada dua jenis financial roadmap. (1) Bersifat umum (2) Personalized ikut kedudukan kewangan semasa.
Kedua-duanya bermula dengan matlamat yang sama. Contohnya anda mahu mempunyai simpanan 50 ribu dalam masa 5 tahun.
Maka, nasihat yang umum (general advice) akan diberikan lebih kurang begini:
Simpan 750 ringgit sebulan dalam pelaburan yang bagi 5% setahun.
Jika anda dapat terus ikut general advice sebegitu, maka tiada masalah. Namun sekiranya mahu mengoptimakan sumber terhad yang ada, maka di situlah datangnya keperluan perancangan kewangan supaya mendapat nasihat yang lebih personalized.
Maka seorang perancang kewangan akan mendapatkan maklumat tentang kedudukan kewangan semasa tuan seperti:
Nilai aset sedia ada.
Nilai hutang sedia ada.
Jumlah pendapatan sebulan.
Berapa pula yang dibelanjakan?
Kadar simpanan sebulan sekarang.
Jika tak mampu simpan 750 ringgit sebulan, macam mana nak bagi mampu?
Dan soalan-soalan lain.
Ini contoh sahaja.
Selalunya saya menyediakan satu financial roadmap supaya klien dapat tahu bilakah dia dapat retire, ada financial independence. Adakah mampu retire early atau retire macam biasa.
Maka saya akan bantu klien untuk tahu berapakah pendapatan selepas berasa dan berapakah simpanan yang diperlukan. Selepas dah tahu berapa yang perlu, maka saya tunjukkan cara-cara untuk mencapainya i.e. peta. Roadmap. Supaya jalannya lebih lurus dan tidak berapa nak bengkok bengkok.
Apa yang penting, simpanan tabung persaraanya cukup. Jika ada jurang (shortfall), maka saya akan cadangkan penstrukturan supaya dapat tutup jurang itu tadi.
Bukan terus cerita pasal produk.
“Oh, kau kena ambik investment tu. Kau kena jual investment ni.”
Buat roadmap dulu.
Hapuskan hutang jahat.
Mula menyimpan dan melabur.
Secara mudahnya begitulah. Buat 3 perkara.
Bila sudah ada roadmap sebegitu, maka anda dapat lebih fokus. Fokus urus hal kewangan yang dapat dikawal seperti aliran tunai. Tak perlu fikir pasal perkara luar kawalan seperti return on investment.
Bila ada roadmap, nampak progress. Andainya anda perlu sekurang-kurangnya 1.6 juta untuk mencapai financial independence, sekarang lagi berapa yang berbaki untuk dicapai? Apa yang dapat dibuat untuk mencapainya? Optimize resources. Anda mempunyai pendapatan yang terhad.
Tidak perlu ambil risiko secara membabi buta. Keuntungan pelaburan berkaitan rapat dengan risiko. Jadi, sekiranya anda hanya perlu required rate or return yang rendah, kenapa nak melabur di tempat-tempat yang berpotensi besar modal lebur?
Hati anda juga menjadi lebih tenang. Jika sebelum ada perancangan, nak berbelanja untuk kemewahan pun takut-takut. Bila sudah tahu kedudukan kewangan semasa, tuan dapat tahu berapa kena simpan, berapa yang dapat dibelanjakan sesuka hati.
Perancangan kewangan bukanlah tentang sudah beli sesuatu produk. Tetapi adalah tentang bagaimana tuan dapat mencapai matlamat kewangan dengan jalan yang paling sesuai dengan kedudukan kewangan sendiri (personalized).
Jadi melabur unit trust, ambil takaful, tulis wasiat, hibah itu bukan lah salah. Cuma kalau sekadar beli itu ini, maka tidaklah boleh dikatakan anda sudah buat financial planning.
Tentang
Salam. Saya Pakdi. Merupakan perancang kewangan berlesen.