Nota Pakdi
Nota Pakdi
Rugi Dah Pasti
0:00
-2:44

Rugi Dah Pasti

Rugi itu pasti. Untung belum tentu. Itulah pelaburan saham. Jadi macam mana nak pastikan kalau rugi 50% sekalipun kita tak jatuh miskin dan papa kedana disebabkan melabur saham?

Tuan puan boleh tengok nota yang disediakan sekali dengan podcast ini. Saya ada tunjuk portfolio pelaburan saham saya. Ada satu kaunter saham tengah loss 46.978%. Walaupun begitu, secara keseluruhan portfolio pelaburan saya cuma berlaku unrealized loss sebanyak 7.541%

Inilah yang disebut sebagai portfolio management.

Ramai pelabur bila nak beli saham, cuma beli 1,2 kaunter sahaja. Sekiranya saham yang kita beli itu naik banyak, memang menguntungkan. Namun, jika 1,2 saham yang kita beli itu jatuh sampai 50%, maka kita pun menangis melihat nilai portfolio pelaburan.

Sepatutnya kita beli beberapa saham sekaligus. Spread the risk. Ini kerana sebagai pelabur kita tidak dapat mengawal market risk iaitu pergerakan harga saham. Oleh sebab itu kita perlu menguruskan risiko pasaran itu tadi.

Sebagai pelabur runcit, tak perlu beli sampai lebih 10 saham sekaligus. Itu adalah diluar kemampuan kita. Kita bukannya menguruskan pelaburan bernilai ratusan juta atau berbilion ringgit. Dan pada masa yang sama, janganlah sekadar beli 1,2 malah 3 kaunter sahaja.

Portfolio ini ada aktiviti rebalancing pada bulan Disember 2021. Sekarang ada 5 saham. Dan saya masih mempunyai lebihan tunai dalam money market account yang membolehkan saya mengambil kesempatan untuk beli lagi pada masa yang sesuai. Sama ada tambah position saham sedia ada, atau beli saham yang baru. Bergantung kepada situasi. Jadi, kalau mengambil kira cash position, unrealised loss sebenarnya kurang dari 7.5%

Jadi, bila saya ada loss 50% adakah saya panik? Tak. Saya sudah menjangkakan kejatuhan seperti itu pasti berlaku. Saya bukannya ahlil nujum yang tahu menilik masa depan. Saya pasti, confirm 100% saya akan melakukan kesilapan lagi dan lagi. Yang penting jika berlaku loss 50% masih tidak menjadikan saya jatuh miskin dan papa kedana.

Mesti ramai yang nak tahu saham apa yang jatuh sampai hampir 50% tu kan? Jawapan dalam podcast kali ini ialah, saham tersebut sedang berlaku corporate exercise. Dalam erti kata lain ini ialah special situation investing. Dan barangkali ini dapat dikupas dalam siri podcast akan datang.

-Pakdi


Penaja Podcast

Bagi membolehkan podcast ini dibuat secara percuma secara berterusan, sila layari pautan berikut dan buat pembelian:

1. Ebook Berani Trade sesuai untuk tuan puan yang nak belajar trade hari-hari di Bursa Malaysia. Alternatif terbaik untuk pelaburan forex. Kita mempunyai pasaran kelapa sawit mentah yang terbesar di dunia.

2. Wahed Invest membolehkan anda melabur dalam pasaran luar negara tanpa pening kepala. Klik sini untuk pengguna iOS dan klik sini untuk pengguna Android. Kemudian masukkan referral code - suzmau1

3. eUnittrust membolehkan tuan puan melabur dalam unit trust dengan kos rendah. Sila masukkan agent code PMB01976 semasa mendaftar secara online untuk mendapat fund recommendation dari saya selepas proses pembukaan akaun selesai.

Coaching Saham

Sila hubungi saya di sini atau hubungi Zulkhairi

Discussion about this podcast

Nota Pakdi
Nota Pakdi
Nota-nota kewangan ini ditulis oleh Suzardi Maulan (Pakdi), licensed financial planner.
Listen on
Substack App
RSS Feed
Appears in episode
Suzardi Maulan