Rugi Melabur Bukan Sebab Tak Masuk Kelas
Tapi Sebab Tak Boleh Urus Emosi
Ramai pihak faham risiko pelaburan itu adalah turun naik harga sesuatu aset. Juga disebut sebagai volatility.
Justeru, pelaburan yang cepat turun dan naik harga seperti FCPO, atau saham dianggap berisiko. Manakala pelaburan yang lambat turun dan naik harga, atau kekal nilainya pula dianggap kurang atau tiada risiko.
Walaupun begitu the real risk adalah:
(1) Kuasa membeli hilang.
(2) Kita outlive duit tabung persaraan.
Sudah banyak pihak menulis, bercakap tentang (1) kuasa membeli yang hilang. Dalam bahasa teknikalnya adalah inflasi.
Sekarang semua orang sedang merasa kesan inflasi sehinggakan kerajaan hari ini memperkenalkan inisiatif menu rahmah. Jadi, inflasi itu benar. Bukan sekadar teori ekonomi.
Dan untuk jangka masa yang lebih panjang pula, risiko terbesar pula ialah seseorang itu tidak cukup duit simpanan pada usia persaraan.
Berbeza dengan perkara (1), outliving retirement savings ini hanya dapat dirasakan pada usia kita sudah tidak mempunyai banyak kudrat lagi untuk keluar bekerja. Jika duit tak cukup pada usia muda, kita masih mampu hustle buat dua tiga income.
Jadi saya boleh katakan untuk mengekalkan kuasa membeli ini memang susah, dan hidup pada usia tua dalam keadaan duit simpanan sudah habis adalah lebih susah.
Ubah Kefahaman Pasal Risiko
Sekiranya kita mengehadkan risiko itu kepada volatility semata-mata, maka kita dalam bahaya - financially.
Kita perlu menerima hakikat simpanan pelaburan itu datang dengan volatility. Dan volatility tersebut dapat diuruskan dengan asset allocation. Bukannya mencari pelaburan yang tidak akan rugi.
Fokus kepada perkara yang lebih real seperti bagaimana untuk mengekalkan kuasa membeli dan bagaimana supaya duit simpanan persaraan cukup. Pelaburan adalah sebahagian dari penyelesaian yang ada.
Apabila tidak cukup duit setiap bulan, kita tidak sepatutnya terus nak terlibat dalam pasaran saham (atau apa-apa pelaburan). Noktah.
Ada perkara lain yang kita dapat buat seperti buat budgeting, reviu polisi takaful sedia ada, manfaatkan pelepasan cukai, kurangkan kos semasa melabur dan yang terbaik, bagaimana cara untuk tambah pendapatan (dan kekalkan perbelanjaan semasa).
Emosi memainkan peranan yang besar semasa melabur. Ramai orang rugi semasa melabur bukannya sebab tidak ada ilmu teknikal pasal pelaburan (kelas dah banyak pergi) tetapi lebih kepada tidak mampu urus emosi sendiri (investor behaviour).
Maka cukupkan duit belanja asas dengan cara yang lain.
Investing (and life) is Hard
Kita patut ada kaedah urus duit, kaedah melabur yang simple. Tetapi kena ingat, it is not easy.
Ramai orang ingat engagement dengan seorang financial planner ini adalah tentang dapatkan nasihat on how to cutting expenditure, ubah gaya hidup (jadi kedekut) atau dalam modul pelaburan - boleh pilihkan pelaburan yang dapat beri return paling tinggi.
Seseorang itu tak perlukan financial planner hanya untuk beritahu dia harga iPhone mahal atau harga roti canai dah naik. Malah, kalau pelabur baru mula melabur ketika bull market, sudah pasti majoriti pelaburan yang dibuat meraih untung lebih tinggi dari ASB.
Namun dalam financial planning apa yang penting ialah bagaimana untuk menguruskan aspek psikologi atau behavior seseorang.
The most common mistake adalah kita melabur hanya selepas dengar ada saudara, jiran, kawan, kawan surau masjid cerita yang diaorang dah buat untung dalam itu dan ini.
Dan ikut-ikut apa orang buat bukanlah cara yang betul untuk pastikan duit simpanan kita cukup pada masa hadapan.
Penulis
Pakdi merupakan perancang kewangan berlesen, stock advisor dan personal finance speaker.
Kerja saya adalah managing the savings number of individuals. Berminat untuk dapatkan servis ini? Sila klik dan emel Pakdi di sini.