Simpan Duit Anak
1. Saya terbaca ada yang cadang simpan duit anak dalam KWSP.
2. Agak pelik juga.
3. Ini kerana KWSP adalah bertujuan persaraan dan bukan pendidikan. Nanti sampai masa nak pakai untuk belanja sekolah dan universiti, tak dapat dikeluarkan.
4. Jadi di mana patut simpan duit (raya) anak?
5. Pilihan paling mudah adalah Amanah Saham Bumiputera (ASB), ASB2, ASB3 dan Tabung Haji. Mudah. Simpan, duduk diam-diam hujung tahun dapat dividen.
6. Kalau mahu simpan dan masa yang sama mendapat tax relief, maka pilihannya adalah SSPN - Skim Simpanan Pendidikan Nasional oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggal Nasional (PTPTN). Dan ini juga membantu anak pada masa hadapan untuk memohon PTPTN sesuai dengan objektif nya sebagai tabung pendidikan.
7. Pilihan lain yang ada ialah Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) namun tertakluk kuota.
8. Semua yang saya sebut diatas ini semuanya bersifat 'selamat'. Justeru trade off nya ialah janganlah expect keuntungan yang tinggi macam double digit return.
9. Oleh kerana selalunya bila sampai masanya untuk pakai duit anak ini iala bila mereka masuk ke universiti, maka kalau anak itu baru umur 1 tahun, maka ada masa lebih 15 tahun lagi baru nak pakai.
10. Disebabkan tempoh yang panjang sebegitu maka sesuai untuk simpan duit anak di tempat yang lebih high risk.
11. Buatlah satu portfolio pelaburan, labur dalam pasaran saham sama ada melalui beli direct, guna unit trust, private mandate atau ETF.
12. Atau pelaburan alternatif macam emas dan aset digital i.e kripto.
13. Tabung pendidikan ini agak unik sebab usia anak yang berbeza-beza. Si kakak mungkin lagi 3 tahun nak masuk universiti dan si adik mungkin baru darjah 1.
14. Maka kalau usia menjadi satu-satunya kayu ukur, maka si adik lebih sesuai membuat tabungan yang lebih agresif berbanding si kakak.
15. Ada beberapa faktor lain juga yang perlu dipertimbangkan. Setiap keluarga tak sama situasi.
16. Zaman dulu orang beli tanah. Bergolok gadai untuk pandaikan anak untuk hantar anak belajar di menara gading.
Penat urus duit seorang diri?
Hadir ke sesi discovery percuma untuk mengetahui apa yang saya dapat bantu tuan puan.
Klik sini » Sesi Discovery Bersama Pakdi
Penulis
Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang licensed financial planner, penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang, dan penceramah pengurusan kewangan secara Islami.