Licensed financial planner, penulis dan jurulatih kewangan & pelaburan secara Islami.

Tentang Pakdi

Salam, saya Suzardi Maulan atau lebih dikenali sebagai Pakdi.

Saya merupakan seorang licensed financial planner.

Sebagai licensed financial planner, saya dapat memberikan nasihat kewangan & pelaburan yang bebas tanpa bias.

Selain itu, saya juga:

  • Penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang.

  • Trainer untuk program Islamic Financial Planner (IFP), iaitu salah satu pensijilan profesional yang diterima untuk menjadi licensed financial planner melalui Islamic Banking & Finance Institute Malaysia (IBFIM). (Ya, saya financial planner yang mengajar future financial planner)

  • Penceramah untuk program-program anjuran institusi kewangan seperti ASNB, Bursa Malaysia, SIDC, KWSP dalam program financial literacy mereka.

  • Penceramah untuk program berkaitan pengurusan kewangan secara Islami anjuran jabatan-jabatan kerajaan / organisasi / syarikat swasta untuk kakitangan mereka.

Kerjaya sebelum ini

Sebelum ini saya pernah berkhidmat sebagai pegawai penyelidik Shariah / pembangunan produk di Bank Islam. Selama berkhidmat di situ saya diberi mandat untuk meneroka idea-idea baru seperti wakaf serta membangunkan produk yang tidak berasaskan bay’ al-inah dan tawarruq.

Keluar dari sektor perbankan sejak 2011 dan melalui AFIQ Training & Advisory, beliau memberikan tumpuan kepada aktiviti ceramah dan latihan dalam bidang perancangan kewangan secara Islami.

Buat temujanji Bersama Pakdi

User's avatar

Subscribe to Nota Pakdi

Rancang wang bijak labur

People