Duit masuk mesti lebih dari duit keluar.
Jadi bekerja lah bersungguh-sungguh sampai lepas berbelanja sebanyak mana sekalipun, masih ada lebihan setiap bulan.
Namun secara realistiknya, bukan semua orang ada rezeki sebegitu atau lepas habis belajar terus-terus dapat gaji besar berpuluh ribu sebulan.
Bagaimana nak mula menguruskan duit gaji?
1. Simpan dahulu baru berbelanja
Strategi ini disebut dalam al-Quran dalam suruh Yusuf, bab mimpi Raja Mesir. Bagaimana Allah swt memberikan panduan kepada baginda untuk menguruskan perbendaharaan negara.
Jangan simpan apa yang berbaki selepas berbelanja. Sebaliknya, lepas menyimpan maka berbelanjalah sesuka hatimu.
2. Buat belanjawan
Setiap bulan pecahkan duit gaji kepada 3 perkara:
50% untuk keperluan
30% untuk kehendak
20% untuk simpanan
Berdasarkan perkara #1, maka selepas menyimpan 20% maka ada lagi baki 80% duit gaji untuk berbelanja. Strategi 50-30-20 ini adalah antara kaedah belanjawan yang popular tetapi jika nak pakai kaedah lain pun boleh. Apa yang penting simpan terus siap-siap lepas dapat gaji.
3. Simpan 2 ringgit sehari
Sekiranya rasa terbeban untuk terus simpan sehingga 20% maka apa yang dapat dibuat ialah simpan 2 ringgit sehari. Balik sahaja dari kerja, sampai rumah terus masukkan duit dalam satu tabung khas.
1 hari 2 ringgit.
1 bulan 60 ringgit.
1 tahun 720 ringgit.
4. Sasarkan simpanan kecemasan sebanyak 1 ribu ringgit
Barangkali ada yang tertanya, bukan kah jumlah simpanan kecemasan ini sepatutnya antara 3-6 bulan gaji? Jawapannya kerana sasaran 1 ribu ringgit ini lebih mudah dan senang dicapai.
Seterusnya menjadi benchmark pertama urus duit gaji.
Katakan nak capai 1 ribu simpanan pertama dalam masa setahun, jadi selepas 365 hari tengok balik tabung atau akaun simpanan, sudah tercapai atau belum.
Jika sudah tercapai, alhamdulillah. Jika masih belum, berapa peratus (%) lagi yang diperlukan untuk mencapainya?
5. Bayar hutang kad kredit
Dah cukup simpanan 1 ribu ringgit, berhenti menyimpan buat sementara waktu.
Gunakan kaedah menyimpan yang sama, tetapi duit tersebut bertujuan untuk membayar hutang-hutang kad kredit sehingga habis. ASB bagi sekitar 5%. Caj kad kredit dapat mencecah 18% setahun. Jadi, it is no brainer kata orang Jawa.
Dah habis bayar hutang kad kredit, barulah fokus kembali menyimpan. Sampai cukup 6 bulan simpanan kecemasan di tangan.
Penulis
Salam. Saya Suzardi Maulan. Seorang Licensed Financial Planner.
Saya membantu golongan profesional supaya dapat retire comfortably.