Pelabur saham membuat analisa dengan membaca penyata kewangan syarikat. Supaya dapat membuat stock valuation (penilaian). Di sebalik saham ada perniagaan. Tanpa memahami kedudukan kewangan syarikat, maka kita hanya membuat spekulasi dan bukannya pelaburan.
Ada banyak cara membuat valuation. Salah satunya ialah untuk menganggarkan intrinsic value sesuatu syarikat. Ilmu valuation dapat dipakai untuk menilai sama ada syarikat senarai awam (public listed company), syarikat tidak tersenarai, syarikat yang besar mahu pun yang kecil.
Intrinsic value:
The value of any stock, bond or business today is determined by the cash inflows and outflows - discounted at an appropriate interest rate - that can be expected to occur during the remaining life of the asset
John Burr Williams, The Theory of Investment Value (1938)
Kenapa Valuation?
Harga sesuatu saham boleh meroket sampai ke tahap tidak masuk akal. Tidak ada justifikasi yang dapat diberikan ketika hal ini berlaku. Fenomena ini disebut stock bubbles.
Pelabur billionaire Warren Buffett menyebut bubbles wujud disebabkan people see neighbors dumber than they are getting rich.
Ketika bubbles berlaku, ramai orang menjadi kaya sekelip mata. Mudahnya buat duit dengan saham. Baru melabur pun dah buat untung besar. Tetapi bukan semua jadi kaya. Masih ada ramai yang duduk tepi dan tengok sahaja. Dan tiba-tiba kawan dia yang dahulu di sekolah lagi bodoh dari dia, pun dah buat duit dengan saham.
Ini menyebabkan berlaku fear of missing out atau lebih dikenali sebagai FOMO. Secara teknikalnya selalu berlaku ketika all time high. Atau lebih dikenali sebagai harga pucuk.
Apabila sesuatu saham dah jadi hot stocks, ramai orang berpusu-pusu membeli saham tersebut tanpa menyedari harga sudah pun tinggi dan berkemungkinan besar sudah di pucuk.
Ilmu valuation memberikan pelabur jaket keselamatan. Jika harga jatuh menjunam, kita masih hidup tak tidak lemas.
Valuation Beri Anggaran Nilai
Ilmu valuation bukan lah satu ilmu yang sempurna. Kalau tahu buat valuation sahaja maka tak akan buat rugi. Bukan begitu. Rugi tetap dapat berlaku kerana tidak siapa yang dapat meramal masa depan.
Itu satu.
Kedua. Ramai orang sebut kalau harga saham tu bawah 1 ringgit maka itu saham murah. Jika harga lebih 1 ringgit itu saham mahal. Ini adalah kefahaman yang salah.
Ilmu valuation memberikan kita anggaran harga yang wajar bagi sesuatu saham. Sekiranya harga menjadi 10 ringgit sesaham sekalipun tetapi pengiraan nilai kita ialah 12 ringgit maka saham itu sebenarnya masih murah.
Dan apabila harga meroket menjadi 20 ringgit maka ketika itu kita dapat tahu harga saham tersebut telah pun melebihi anggaran nilai. Namun, ketika situasi bubbles, harga saham boleh terus meroket sampai 30,40 mahu pun 100 ringgit.
Jadi kalau kita berhasrat nak beli saham tersebut pada harga yang tinggi, maka ilmu valuation adalah jaket keselamatannya. Kalau kita nak ride the wave juga, itu bermaksud kita membuat keputusan untuk tidak memakainya sama-sama dengan orang lain.
Margin of Safety
Benjamin Graham memperkenalkan konsep margin of safety. Langkahnya ialah selepas membuat valuation, maka beli pada harga yang lebih rendah dari anggaran nilai. Inilah konsep diskaun yang difahami oleh pelabur yang mempunyai ilmu valuation.
Maka apabila sesuatu saham itu jatuh harga, itu tidaklah bermakna secara automatik margin of safety telah wujud dan saham itu wajar diborong secara all-in.
Konsep margin of safety ini adalah penting sebagai cara pengurusan risiko pelaburan yang. Uncertainty is the only certainy. Macam-macam perkara dapat berlaku sehingga mampu menjejaskan keuntungan sesebuah syarikat.
Faktor luaran seperti krisis kesihatan wabak Covid19, perang, pembatalan projek oleh kerajaan baru selepas pilihanraya dan seterusnya. Faktor dalaman seperti pengurusan syarikat yang tidak kompeten atau penipuan kewangan.
Mr Market yang tidak rasional memberikan kita peluang untuk beli syarikat-syarikat yang bagus pada harga diskaun. Walaupun situasi ini tidak berlaku pada setiap masa tetapi ia masih dapat berlaku disebabkan FOMO.
A margin of safety is achieved when securities are purchased at prices sufficiently below underlying value to allow for human error, bad luck, or extreme volatility in a complex, unpredictable and rapidly changing world.
Seth Klarman
Penulis
Salam. Saya Pakdi. Seorang licensed financial adviser.
Kerja saya menguruskan pelaburan affluent investors. Sekiranya berminat untuk mendapatkan servis dari saya klik link di bawah: