Nota Pakdi

Share this post

Value Investing

pakdi.substack.com

Value Investing

All intelligent investing is value investing

Suzardi Maulan
May 21, 2022
Share this post

Value Investing

pakdi.substack.com

Pelabur membuat kajian tentang berapa banyak tunai yang dapat dihasilkan oleh sesuatu aset. Manakala, seorang spekulator pula tentang berapa orang lain akan bayar untuk beli aset itu pada masa depan.

Dalam konteks saham, pelabur mengkaji tentang berapa banyak tunai yang syarikat dapat hasilkan pada masa hadapan. Bukannya tentang - kalau aku beli saham Serba Dinamik pada harga 5 sen sekarang, boleh tak jual esok pada harga 10 sen.

Jadi, buatlah pilihan. Mahu jadi pelabur, atau speculator / trader?

Sekiranya kita memilih untuk menjadi seorang pelabur bijak, ada 3 soalan yang perlu dijawab.

  1. Sejauh mana kita yakin syarikat ini menjana duit ?

  2. Bila perkara itu dapat berlaku dan berapa banyak dapat dihasilkan?

  3. Berapakah risk free interest rate (e.g. Malaysia Government Securities) sekarang?

Kemahiran membuat penilaian (valuation) - berapakah tunai yang dapat dihasilkan oleh sesuatu aset - dapat digunakan untuk pelbagai aset seperti syarikat tersenarai / saham, bon & sukuk, syarikat tidak tersenarai, tanah pertanian mahupun kilang.

Spesifik untuk saham, kemahiran valuation ini terpakai dalam semua sektor termasuklah saham-saham dalam sektor teknologi. Ini kerana semua syarikat yang tersenarai dalam pasaran saham adalah perniagaan yang berupaya menjana tunai.

Kemahiran valuation membolehkan kita tidak melabur dengan situasi - yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Misalnya, kita ada 50 ringgit di tangan. Interest rate adalah 5% dan kita boleh mendapat 100 ringgit dalam tempoh 5 tahun. Maka pulangannya kira-kira 14% setahun. Lebih tinggi dari interest rate.

Tetapi sekiranya interest rate adalah 20% dan kita tetap mendapat 100 ringgit dalam tempoh 5 tahun, maka adalah lebih baik kita simpan sahaja 50 ringgit dengan interest rate 20%.

Masalahnya, dalam pelaburan saham kita tidak tahu bila boleh dapat 100 ringgit itu tadi (tapi ramai nak jaminan untung bila melabur saham). Ini disebabkan untung rugi perniagaan tidak dapat dijangka dengan tepat. Penjual cendol rugi masa hari hujan, penjual payung tak laku keras masa hari panas.

Seterusnya, untuk menjadi pelabur bijak kita kena berfikir sebagai orang bisnes. Jadi, bila sebut Mr DIY, kita lazimnya melihat harganya dijual dengan harga sesaham (ketika nota ini ditulis - RM 3.30 sesaham).

Sepatutnya kita melihat harga beli keseluruhan saham Mr DIY iaitu RM 21 bilion. Dan apabila kita mahukan pulangan 10% setiap tahun, maka Mr DIY perlu menjana tunai RM 2.1 bilion sampai bila-bila.

Apabila kita berfikir dengan nilai bisnes, dan tidak berfikir dengan petunjuk saham (e.g stock market ratio seperti dividend yield, PE ratio dan lain-lain) maka kita dapat berfikir macam orang bisnes.

Dapatlah kita berfikir dan menjawab persoalan - boleh ke perniagaan Mr DIY jana RM2.1 bilion tiap-tiap tahun kepada pemegang saham.

Maka dengan cara ini kita tidak melabur dengan gaya mencurah air dalam tempayan ketika guruh baru sahaja berbunyi.

Ini adalah antara kaedah bagaimana pelabur bijak menilai sesuatu saham.

All intelligent investing is value investing. You have to acquire more than you really pay for, and that’s a value judgment.

Charlie Munger

Berita baiknya, ini bukan satu-satunya pendekatan pelabur bijak. Charlie Munger menambah lagi:

You can look for more than you’re paying for in a lot of different ways.

Antara yang dapat dibuat juga ialah:

  • Beli saham di bawah book value. Dan menjualnya semula apabila mencecah book value.

  • Beli saham yang relatifnya lebih murah berbanding saham lain dalam sektor yang sama.

  • Beli saham yang sedang menjalankan aktiviti korporat seperti spin off, tender offer, merger, acquisition, restructuring dan lain-lain.

Sudah tentu, pelabur bijak mempunyai lebih dari satu cara untuk membuat valuation. Kita nak dapat nilai yang lebih tinggi dari apa yang kita bayar untuk sesuatu aset pelaburan.

-Pakdi

Penaja

Bagi membolehkan nota / podcast dibuat berterusan secara percuma, sila layari pautan berikut:

1. Ebook Berani Trade sesuai untuk tuan puan yang nak belajar trade hari-hari di Bursa Malaysia. Alternatif terbaik untuk pelaburan forex. Kita mempunyai pasaran kelapa sawit mentah yang terbesar di dunia.

2. Kepada tuan puan yang tidak ada masa nak labur saham sendiri, sila hubungi saya atau Zulkhairi.

Share this post

Value Investing

pakdi.substack.com
Comments
TopNew

No posts

Ready for more?

© 2023 Suzardi Maulan
Privacy ∙ Terms ∙ Collection notice
Start WritingGet the app
Substack is the home for great writing