Saya lazimnya tidak ada masalah untuk jawab soalan kewangan yang umum. Apa itu ASB? Apa itu Tabung Haji? Ini adalah sekadar product knowledge.
Namun jika yang bertanya itu mahu tahu, mana lagi bagus ASB / Tabung Haji atau pelaburan lain … maka ini perlu kepada personalized advice. Nasihat kewangan yang spesifik.
Nasihat kewangan peribadi umum boleh baca buku, google atau cari sahaja di sosial media. Sebaliknya, nasihat yang personalized perlu dapatkan jawapan dari seorang licensed financial planner.
“Takkan soalan mudah macam ni pun tak dapat jawab?”
Soalan yang nampak simple itu selalunya soalan yang sukar nak jawab. Ini kerana di sebalik soalan itu selalunya perlu disusuli dengan soalan-soalan yang lain.
Kita melabur sebab nak untung. Tapi keuntungan itu datang sekali dengan risiko. Untuk mendapatkan lebih untung maka kena bersedia ambil lebih risiko. Pelaburan selamat menghasilkan untung yang rendah.
Berbalik kepada soalan - mana lagi bagus ASB / TH atau pelaburan yang lain?
Sebagai licensed financial planner, saya memberikan nasihat yang customized. Iaitu mengikut keperluan orang yang mahu mendapatkan nasihat. Melalui sesi consultation 1-on-1. Ini yang membezakan sesi kelas beramai-ramai.
Berdasarkan gambar di atas, maka kena jawab dulu soalan seperti - bila nak double kan duit modal tu?
1 tahun; untung yang diperlukan 100% per annum (p.a)
2 tahun; untung yang diperlukan 41.42% p.a
3 tahun; untung yang diperlukan 25.99% p.a
4 tahun, untung yang diperlukan 18.92% p.a
5 tahun, untung yang diperlukan 14.87% p.a
Jadi, kalau seseorang itu mahu double-kan duit dalam tempoh 1 tahun maka sudah tentu kena cari pelaburan yang bagi pulangan 100%. Dari sudut kiraan memang semua orang boleh kira. Cuma dari sudut praktikalnya, apakah pelaburan yang dapat beri 100% dalam tempoh 1 tahun dari sekarang?
Maka sekiranya tidak ada solution yang workable, kita perlu ubah sasaran pelaburan sampailah jadi workable. Untuk membolehkan nasihat itu jadi workable, banyak lagi maklumat kewangan yang perlu diketahui.
Ini adalah contoh proses secara mudah bagaimana nasihat kewangan yang personalized itu berlaku.
Benda yang sama juga kalau orang tanya patut melabur emas ke unit trust? Saham ke cryptocurrency. Dan seterusnya.
Apabila saya mengetahui personal situation seseorang, maka mereka mendapat nasihat yang lebih baik. Nasihat kewangan ini berbeza ikut individu. Tak boleh pukul rata bagi satu nasihat yang sama untuk semua orang.
Tapi kalau saya sekadar nak jual produk, sudah tentu saya tak ada keperluan untuk beri personalized advice sebab yang penting orang beli produk saya dan saya pun dapat komisyen.
Penulis
Hai. Saya Pakdi.
Mahu tahu sama ada sudah on track semasa menguruskan duit gaji? Ketahui bagaimana saya dapat membantu.