“Pakdi, apa pelaburan yang risiko macam ASB tapi return lagi tinggi?”
Soalan ini diterima berkali-kali, tetapi dengan ayat yang berbeza. Dalam ayat yang lain, mereka yang bertanya ini mahu tahu:
Pelaburan yang dapat bagi ‘double return’ ASB. Maksudnya, kalau ASB umum 4.5% maka, mereka mencari return 9%.
Nilai pelaburan tidak akan rugi, macam ASB.
Apa yang menyebabkan membandingkan ASB dengan pelaburan lain adalah sukar?
1. Harga ASB adalah tetap
ASB - Amanah Saham Bumiputera merupakan produk pelaburan yang unik.
Keunikan ASB adalah disebabkan ASB ditawarkan dalam bentuk produk yang berharga tetap. Tetapi dapat memberikan keuntungan lebih tinggi disebabkan ada membuat pelaburan dalam pasaran saham.
Berbeza dengan kebanyakan produk amanah saham (unit trust) yang berada di pasaran, nilainya berubah secara harian mengikut Nilai Aset Bersih atau Net Asset Value (NAV).
Manakala ASB nilainya kekal RM 1 untuk satu unit.
Ini secara tidak langsung ‘menghilangkan’ risiko pasaran (market risk) kepada pelabur ASB.
Disebabkan oleh itu juga, pelaburan ASB hanya mendapat keuntungan berbentuk agihan pendapatan (income distribution) yang ramai sebut sebagai ‘dividen’ dan tidak ada keuntungan kenaikan nilai aset i.e. capital gain.
Maka bagaimana nak tahu pulangan ASB adalah ok?
2. Penanda aras ASB adalah kadar deposit tetap (FD) Maybak 12 bulan
Perbandingan yang sesuai adalah akaun simpanan tetap (FD) di bank-bank dan juga akaun pasaran wang (money market). Ini kerana risiko pasaran untuk FD dan money market adalah hampir sama dengan ASB.
Walaupun tidak ada jaminan ‘selamat’ sepenuhnya, namun dalam keadaan biasa duit-duit yang diletakkan dalam ASB, FD dan money market dapat dianggap ‘selamat’ - safe investment.
Manakala produk Amanah Saham Nasional (ASN) yang tidak berharga tetap, penanda aras yang digunakan ialah 80% FTSE Bursa Malaysia 100 (FBM 100) + 20% kadar FD 12 bulan Maybank.
FBM 100 merupakan salah satu penanda aras bagi pasaran saham di Malaysia. Mata FBM 100 juga turun dan naik secara harian. Justeru, ASN menggunakan FBM 100 sebagai penanda aras kerana harga ASN juga turun dan naik.
Penanda aras seperti FBM inilah yang digunakan untuk banyak amanah saham yang melabur dalam pasaran saham tempatan kerana NAV turun dan naik.
Dengan ini barulah perbandingan durian dengan durian dapat dibuat. “Durian” mana yang lebih bagus?
"Jadi, ada tak pelaburan yang bagi return lagi tinggi dari ASB?”
Kalau hanya tengok untung, jawapan pendeknya sudah pasti lah ada.
Tetapi dalam pelaburan kita tak boleh tengok bahagian untung sahaja. Kena tengok sekali bab risiko.
Oleh sebab itu produk yang mempunyai risiko yang lebih kurang sama macam ASB, tidak dapat memberikan untung lebih tinggi dari ASB. Tetapi produk yang lebih agresif, boleh beri untung lebih tinggi dari ASB.
Ini sebahagian contoh untung pelaburan yang ada.
Melalui jadual ini kita dapat perhatikan untuk memperoleh untung lebih tinggi dari ASB, maka risiko yang perlu diambil juga adalah lebih tinggi.
Pelabur tidak boleh mengharapkan mendapatkan keuntungan berkali-kali ganda dari ASB dengan risiko yang sama macam ASB.
Saya ulang..!
Nak dapat untung lebih dari ASB, kena ambil risiko lebih.
Namun, sekiranya kalian lebih cenderung untuk ‘selamatkan modal’ dari keuntungan, maka ASB merupakan pilihan yang terbaik.
Setiap pelaburan ada fungsi tersendiri
Majoriti pelabur suka fokus kepada untung semata-mata. Dan kemudian langsung tak mahu ambil tahu pasal risiko. Sedangkan keduanya risiko-untung adalah saling berkaitan.
Bila tak untung atau kurang untung hanya tahu ‘complaint’ tetapi tidak pernah cuba nak faham risk-reward sesuatu pelaburan. Pelaburan itu tidak salah, kita yang salah beli pelaburan yang sesuai untuk diri kita.
ASB beri untung rendah, tidak bermaksud ASB itu tidak bagus. Pelaburan lain beri untung tinggi, tidak bermaksud secara automatik kita sesuai dengan pelaburan tersebut.
Tahun ini untung 20%, tidak bermaksud tahun-tahun seterusnya kekal bagi return yang tinggi.
Tahun ini rugi -15%, tidak bermaksud tahun-tahun seterusnya kekal rugi seperti itu juga.
Apa yang penting adalah keperluan kewangan diri kita sekarang.
Buat portfolio pelaburan yang dapat memenuhi matlamat kewangan yang kita mahu capai.
Berhenti mencari pelaburan yang ‘sempurna’ sebaliknya berdamailah dengan risiko pasaran. Kita perlu terima, turun naik nilai pelaburan itu adalah part of the investment journey.
I had grown up in an era of high volatility and had learned that the best way to play it was to get a hold of a big move and ride it.
Ray Dalio.
Penulis
Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan licensed financial planner. Beliau menguruskan pelaburan untuk mereka yang terdiri dari sophisticated investor - Klik sini untuk info lanjut.