2022 menyaksikan pelaburan dana sukuk / fixed income dan ASB mendapat keuntungan paling tinggi. Masing-masing mencatat 7.34% dan 4.6%.
Selepas pandemik Covid19 bermula, kadar faedah diturunkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan kemudiannya menghasilkan kadar inflasi yang tinggi.
Ini menyebabkan Federal Reserve US menaikkan kadar faedah sebanyak 7 kali. Kadarnya dari hampir 0% menjadi 4.25% dalam masa 10 bulan sahaja.
Tindakan ini menyebabkan banyak negara mengalami kesan, termasuk Malaysia. Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar overnight policy rate (OPR) sebanyak 4 kali. Menjadikan kadar semasa 2.75% , naik dari 1.75%.
Sehingga November 2022, kadar inflasi Malaysia adalah 4% dengan makanan, restoran dan hotel menyumbang kadar paling tinggi iaitu 7.3% dan 7.0%.
Kenaikan kadar faedah / OPR untuk menangani inflasi ini menyebabkan kesan yang teruk kepada pasaran saham. Ini prestasi pasaran saham terpilih:
Medium to small cap (MiDS): -5.20%
Bluechip: -13.16%
US stocks: -22.75%
World stocks: -25.13%
Kenaikan OPR juga menyebabkan pulangan tunai seperti simpanan dalam fixed deposit atau money market fund mendapat untung lebih tinggi dari tahun lepas iaitu sekitar 2.27%. Emas pula secara relatif adalah tidak berubah -0.77%

Kejatuhan pasaran saham, khususnya untuk pasaran luar negara adalah tinggi, namun ini bukan perkara luar biasa kerana apa yang naik pasti akan jatuh. Tidak ada pelaburan yang terus dapat memberikan keuntungan paling tinggi dari tahun ke tahun. Justeru, kejatuhan nilai pelaburan adalah sesuatu yang dapat dijangka.
Persoalan sekarang, syarikat mana yang dapat mengatasi kesan inflasi dengan baik untuk meneruskan keuntungan jangka masa panjang. Itulah saham yang baik untuk dibeli.
Pulangan yang stabil atau keuntungan lebih tinggi?
Itulah pertimbangan wajar yang perlu dibuat semasa melabur.
Pulangan yang stabil adalah lebih selamat dapat ditawarkan oleh produk seperti ASB serta dana sukuk.
Manakala untuk meraih keuntungan yang lebih tinggi, perlu bersedia untuk mengalami kerugian atau pun melalui volatility dalam pasaran. Pilihannya ialah pasaran saham.
Pertimbangan yang tidak wajar ialah mahu untung yang tinggi dan mahu sentiasa selamat. Mindset sebegini adalah pendorong utama kenapa seseorang itu terjebak dalam investment scam.
Kekal melabur dengan investment plan
Seorang pelabur yang baik tidak mencari keuntungan dahulu. Sebaliknya, perkara pertama yang kita perlu buat adalah menguruskan risiko rugi.
Investment plan ini penting supaya kita tetap kekal tenang semasa melabur walaupun ketika pasaran tidak berapa baik.
Mudah-mudahan tuan puan semua memperoleh rezeki yang luas dan cukup pada tahun 2023. Selamat melabur.
Penulis
Pakdi merupakan perancang kewangan berlesen, stock advisor dan personal finance speaker.
Mahu khidmat konsultansi 1-on-1? Sila klik dan tinggalkan mesej di sini.