Nota Pakdi

Share this post

Return On Investment (ROI)

pakdi.substack.com

Return On Investment (ROI)

Bukanlah perkara paling utama nak membina kekayaan

Suzardi Maulan
Aug 18, 2022
4
Share this post

Return On Investment (ROI)

pakdi.substack.com

“Kalau saya minta Pakdi uruskan pelaburan saya, berapa return yang boleh dapat?”

Ini adalah soalan biasa yang selalu saya terima sebagai seorang licensed financial planner. Tapi bila ditanya semula, rupa-rupanya simpanan asas / emergency fund masih belum cukup.

Saya suka dengan pesanan Charlie Munger ini:

Accumulating the first $100,000 from a standing start, with no seed money, is the most difficult part of building wealth. Making the first million was the next big hurdle. To do that, a person must consistently underspend his income. Getting wealthy, he explains, is like rolling a snowball. It helps to start on the top of a long hill—start early and try to roll that snowball for a very long time.

Sudah menjadi lumrah, ramai mahu mengejar keuntungan yang paling tinggi. Tetapi hakikatnya dalam membina kekayaan, kita patut menyimpan dengan cara yang betul terlebih dahulu.

Charlie Munger telah beritahu kita:

Jika bermula kosong, maka 100 ribu pertama adalah yang paling sukar.

Setelah mempunyai 100 ribu pertama, maka 1 juta pertama adalah kesukaran seterusnya.

Underspend your income. This is the way. Bukan fokus return on investment (ROI) semata-mata. Dalam ayat yang lain, Munger juga menyatakan:

I don’t care what you have to do—if it means walking everywhere and not eating anything that wasn’t purchased with a coupon, find a way to get your hands on $100,000. After that, you can ease off the gas a little bit.

Bagi yang tidak kenal Charlie Munger, beliau merupakan Vice Chairman, Berkshire Hathaway. Mempunyai net worth sekitar USD2 bilion dan merupakan rakan kongsi Warren Buffett untuk sekian lama.

Oleh itu, bagi mencapai membina kekayan apa yang paling kritikal / utama bukanlah return on investment (ROI). Tetapi berapakah jumlah yang dapat disimpan, seterusnya dilaburkan setiap bulan / tahun.

Bagi lebih memahami perkara ini, inilah ilustrasinya:

Mereka yang dapat menggandakan nilai simpanan bulanan / tahunan akan mempunyai nilai pelaburan yang lebih tinggi selepas 5 tahun. Bandingkan dengan mereka yang cuma menyimpan separuh dari itu walaupun dengan ROI yang berganda.

Maka inilah fokus utama dalam fasa wealth accumulation.

Berusahalah untuk menambah jumlah simpanan setiap bulan / tahun supaya sasaran kewangan dapat dicapai dengan lebih tepat.

Mulakan dengan membaiki situasi aliran tunai (cashflow) semasa.

Untuk membaiki aliran tunai ini maka (1) buatlah belanjawan bulanan (2) jangan overinsured bila ambil takaful (3) kena ambil tahu kos pelaburan seperti sales charge, annual management fee (4) langsaikan hutang

Hari ini banyak sumber pembelajaran tentang pengurusan kewangan di internet. Video panjang ada, video pendek-pendek ada. Nota panjang ada, nota pendek-pendek pun ada. Malah, ramai yang berkongsikannya secara percuma, tanpa sebarang bayaran.

Namun, bagi kalian yang perlu kepada bantuan, dapatkan nasihat kewangan dari individu yang betul. Bukan semua yang bekerja dalam bidang kewangan ini dibayar untuk membaiki cashflow.

Majoriti individu yang terlibat dalam bidang kewangan dibayar melalui jumlah yang dilaburkan menerusi caj jualan dan yuran tahunan. Mereka tidak dibayar secara terus untuk membaiki aliran tunai.

Di Malaysia, hanya perancang kewangan (financial planner) dibayar untuk membaiki cashflow seseorang. Seorang perancang kewangan perlulah berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) supaya dapat memberikan khidmat nasihat kewangan seperti ini.

Jadi, sebelum mencari pelaburan dengan untung yang tinggi maka lebih baik lihat aspek aliran tunai terlebih dahulu. Inilah cara untuk mencapai sasaran kewangan tanpa perlu mengambil risiko yang berlebihan.

Apabila seseorang itu hanya mengejar ROI, apa yang selalu berlaku ialah sebaliknya:

1. Unrealised loss yang besar. Ini kerana membuat pelaburan hanya setelah melihat orang lain buat untung, dan tidak mahu tertinggal bas - fear of missing out (fomo). Tidak ada sebarang perancangan pelaburan. Atau,

2. Loss 100% masuk scam. Hanya pelaburan scam menjanjikan keuntungan luar biasa dengan jaminan modal selamat.

Apa yang dikejar tidak dapat, yang dikendong pula berciciran.

Sama ada nak baiki cashflow dengan belajar sendiri secara online / masuk kelas atau melalui khidmat perancangan kewangan berlesen, ketahuilah proses membaiki aliran tunai ini mengambil masa. Bukannya hari ini belajar / lantik perancang kewangan, esok terus bebas kewangan.

Penulis

Pakdi merupakan Licensed Financial Planner & stock advisor.

Untuk mendapatkan servis beliau, klik di sini untuk mula berhubung.

Share this post

Return On Investment (ROI)

pakdi.substack.com
Comments
TopNew

No posts

Ready for more?

© 2023 Suzardi Maulan
Privacy ∙ Terms ∙ Collection notice
Start WritingGet the app
Substack is the home for great writing