Charlie Munger merupakan Vice Chairman, Berkshire Hathaway.
Ramai tidak mengenali beliau, melainkan dia merupakan pengikut value investing.
Charlie merupakan orang kanan Warren Buffett selama hampir 60 tahun. Meninggal dunia pada 28 November 2023, pada usia 99 tahun.
Banyak yang saya belajar melalui ucapan dan penulisan beliau. Saya juga mempunyai beberapa buah buku yang spesifik tentang Charlie Munger.
Charlie Munger merupakan seorang yang direct to the point. Antara pandangan beliau yang begitu direct ialah mengenai cryptocurrency.
It’s totally absolutely crazy, stupid gambling.
Malah pada 2013, beliau menyebut bitcoin adalah rat poison.
Charlie Munger merupakan seorang peguam. Sebelum itu pernah jadi askar pada perang dunia ke-2. Pada usia 31 tahun, anak beliau meninggal dunia pada usia 9 tahun akibat kanser. Ketika itu perkahwinannya gagal. Duit pun tidak ada. Walaupun begitu, beliau tidak berputus asa.
Kekayaan yang ditinggalkan beliau dianggarkan bernilai $2.3 billion.
Walaupun beliau menjadi bukan sekadar millionaire mahupun multi-millionaire tetapi billionaire melalui pasaran saham, tetapi beliau menyebut kira-kira seperti berikut:
Pasaran saham bukan untuk semua orang.
Sebelum menjadi orang kanan Warren Buffett, beliau menguruskan investment partnership sendiri. Prestasinya adalah seperti jadual di atas.
Total return adalah 1,156.7%
Annualized return adalah 19.8%.
Walaupun begitu, pada tahun 1973 dan 1974 beliau mengalami kerugian sebanyak 31.9% dan 31.5%. Sesuatu yang tidak boleh diterima oleh majoriti besar pelabur.
If you’re not willing to react with equanimity to a market price decline of 50% two or three times a century you’re not fit to be a common shareholder and you deserve the mediocre result you’re going to get compared to the people who do have the temperament, who can be more philosophical about these market fluctuations.
Inilah sifat pelaburan saham. Billionaire pun merasa rugi dari masa ke masa.
Jadi kalau ada yang self-claim sentiasa buat untung dan dapat menunjukkan step 1-2-3 cara jadi kaya dengan saham tanpa terkena rugi, maka boleh lah lari jauh-jauh dari individu tersebut.
Baca: Jangan tanya tukang gunting rambut
Maka pilihan kita sebenarnya cuma ada dua.
Melabur dengan agresif dan bersedia untuk tengok rugi yang besar
Jadi pelabur konservatif, pilih pelaburan selamat (susah nak rugi) dan dapat untung lebih rendah.
Tidak ada pilihan melabur saham, duit selamat dan untung besar. Satu hari, mesti terkena juga penangan bear market.
Dalam bahasa lain, kalau nak dapat untung lebih 15% setahun bersedialah untuk tengok rugi. Jika tidak, terima lah untung 5% sahaja.
Kenapa begitu?
Jawapannya adalah disebabkan behavior manusia itu sendiri.
Kita cuma berani melabur selepas orang lain cerita dah buat untung. Cari “testimonial kejayaan” dulu. Sedangkan masa terbaik melabur dan tambah modal adalah ketika orang lain (dan diri sendiri) tengah rugi.
Each person has to play the game given his own marginal utility considerations and in a way that takes into account his own psychology. If losses are going to make you miserable – and some losses are inevitable – you might be wise to utilize a very conservative patterns of investment and saving all your life. So you have to adapt your strategy to your own nature and your own talents. I don’t think there’s a one-size-fits-all investment strategy that I can give you.
Setiap orang tak sama.
Gaji kita lain-lain.
Hutang tak sama.
Kehendak kita pun lain.
Cara hidup kita berbeza dengan orang lain.
Selera makan pun tak sama.
Isteri / suami kita pun lain-lain.
Jadi macam mana nak ada cara pelaburan yang sama? Satu cara melabur yang sama dan beri untung yang besar untuk semua orang.
Kalau ‘rugi dalam pelaburan’ menyebabkan kita rasa makin teruk (sedangkan kerugian itu tak boleh dielakkan), maka jadilah pelabur yang konservatif.
Pelabur yang konservatif, jalannya berbeza (banyak) dari pelabur agresif. Inilah nasihat Charlie Munger pada tahun 2007 untuk pelabur yang tak boleh tengok rugi banyak-banyak:
Conservative investing with steady savings without expecting miracles is the way to go
Untung 5% pun boleh capai life goals jika kita gabungkan dengan disiplin pengurusan kewangan yang paling asas - menyimpan.
Terima kasih Charlie Munger.
Tentang
Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang licensed financial planner, stock investment coach dan personal finance speaker. Beliau menguruskan pelaburan klien yang telah memenuhkan ASB mereka. Klik dan baca selanjutnya di sini.