Pelaburan ibarat menanam sebatang pokok. Jika kita mahu mendapatkan hasil yang baik, maka pokok itu perlu dijaga. Ada ranting, dahan yang perlu dicantas. Ada baja yang perlu diletak. Ada binatang serangga penyakit yang mesti dikawal. Sekitar tanaman itu perlu diletakkan sungkupan. Siraman perlu dijadualkan.
Tak jadi kalau tanam dan tinggal. Mungkin ada yang menjadi. Tetapi selalunya tidak. Cuaca panas, hujan juga perlu diambil kira. Bukan semua pokok dapat hidup di bawah matahari terik. Yang dapat hidup pun, jika berlaku kemarau perlu disiram juga.
Begitulah juga dengan pelaburan. Jadi idea passive income yang duduk diam-diam dapat duit itu sebenarnya adalah scam. Passive income yang sebenar tetap memerlukan kita untuk “bekerja”. Istilah ialah portfolio management - pengurusan portfolio.
Apakah yang perlu diurus sesudah melabur?
1. Urus risiko
Masalah dengan risiko ini ialah … halimunan. Invisible. Kapal Titanic tenggelam sebab krew kapal tidak nampak ketulan iceberg melainkan bila sudah terlalu dekat. Tidak nampak. Kalau mereka dapat lihat dari jauh, sudah tentu haluan kapal dapat diubah dari awal.
Inflasi. Tak nampak. Tapi bila sudah naik harga barang, baru kita terasa sebenarnya gaji kita rendah dan simpanan tidak ada.
Bear market. Ketika bull market kita tak rasa market akan jatuh. Kita pun FOMO. Tapi bila market sudah jatuh teruk, baru kita rasa menyesal sebab beli di pucuk.
Outlive retirement fund. Kita masih hidup tetapi duit simpanan dan habis. Orang muda tak rasa perkara ini serius. Tapi cubalah tanya orang-orang pencen yang telah mengalaminya.
Andai ku tahu… Bila malaikat menjemput ku…
Jadi, kena belajar bagaimana risiko pelaburan itu dapat diuruskan. Risiko tidak hilang. Namun impaknya dapat dikurangkan jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka.
2. Membuat kepelbagaian a.k.a diversification
Mungkin cliche bagi setengah orang. Namun ini lah keperluan semasa melabur.
Diversify dari sudut kelas aset.
Diversify dari aspek melabur dengan beberapa syarikat sekaligus.
Mempelbagaikan geographical allocation. Tidak melabur dalam Malaysia sahaja.
Spread your investment purchase. Membuat pelaburan secara konsisten mengikut masa yang dijadualkan.
Diversify jenis pelaburan dalam kelas aset yang sama. Saham small cap berbeza dengan saham-saham indeks. Corporate sukuk tidak sama dengan government sukuk.
3. Mempertimbangkan kos pelaburan
Semua pelaburan ada kos tersendiri. Sama ada kita ambil peduli atau tidak sahaja. Apakah kos-kos yang wujud? Antaranya ialah:
Brokerage
Sales charge
Management fee
Wrap fee
Planning fee
Bid-ask spread
Exit fee
Dan lain-lain
Cara yang paling menjimatkan kos ialah menjadi pelabur do-it-yourself (DIY). Tetapi nak urus pelaburan sendiri ini pun ada kos tersendiri. Ramai orang blur dan tak tahu nak buat apa khususnya bila dah buat untung besar atau ketika ditimpa kerugian. Kena ada masa dan ilmu untuk menguruskannya.
Kos beli buku, hadir kelas & seminar dan yang paling mahal ialah kos masa. Selaku bos di pejabat, adakah masih larat nak tengok hal ehwal pelaburan di malam hari setelah seharian penat bekerja? Jika tidak ada masa, sudah tentu perlu kepada penasihat kewangan.
Apa yang penting pelabur sedar tentang kos yang kena bayar.
4. Melihat dengan perspektif jangka panjang
Ada dua perkara yang berbeza. Satu ialah portfolio pelaburan secara keseluruhan. Dua, individual investment.
Perspektif jangka panjang ialah melibatkan portfolio pelaburan secara keseluruhan.
Untuk individual investment, jual beli dapat berlaku mengikut kesesuaian pasaran. Tidak semestinya diperam untuk jangka masa yang lama. Seperti jual beli dibuat untuk tujuan portfolio rebalancing bagi pelabur unit trust.
Atau, bagi pelabur yang menggunakan kaedah value investing maka saham-saham itu dapat dijual sekiranya harganya telah pun naik jauh melebihi nilai. Dan pada masa yang sama ada saham yang undervalued telah dikenal pasti. Maka berlakulah jual beli dalam portfolio tersebut.
Apa yang penting ialah fokus supaya portfolio pelaburan secara keseluruhannya masih on track. Iaitu jika setelah buat investment plan, kita perlu allocation 60:40 untuk mempunyai duit yang cukup untuk bersara, maka itulah fokusnya.
5. Jangan masuk investment scam
Manusia ini suka membanding-banding. Dia dah ada 1 lembah emas, tapi sebab ada kawan dia ada dua lembah emas, maka dia pun mahu lagi 1 lembah emas. Itulah jenis perbandingan yang dia suka buat.
Jadi, ketika bull market walaupun dah meraih untung 30% dia pun tetap rasa ‘sedih’ sebab ada kawan dia dapat untung 60%. Ini adalah asal usul punca kelahiran pelabur FOMO.
Semua pelaburan ada risiko. Hanya pengendali investment scam dan sekalian anjing-anjing peliharaannya yang suka berkeliaran sambil “menjanjikan untung tinggi tanpa risiko”.
Emosi. Itulah fungsi seorang licensed financial planner. Supaya dapat membantu klien mereka kekal berdisiplin mengikut investment plan yang telah dibuat dan tidak melalukan benda yang bodoh seperti masuk investment scam!
6. Memantau keuntungan
Ada dua jenis untung dan rugi. Satu, disebabkan market irrationality. Dua, kerana fundamental sudah berubah.
Market irrationality ini adalah normal. Harga naik dan turun. Kadang-kadang berlaku pada peringkat yang ekstrem. Jadi, apabila berlaku perkara ini kena kekal tenang dan ikut sahaja investment plan. Susah nak buat secara realiti namun inilah perkara yang mesti dibuat.
Apa yang perlu diperhalusi ialah adakah kerugian berlaku disebabkan ada isu fundamental? Jika itu sebabnya maka memang kena jual pelaburan tersebut. Cut loss. Ini pun susah nak buat sebab kita tidak suka kepada kerugian. Namun inilah perkara yang kena dibuat.
Contohnya banyak tahun dulu, simpanan dalam ASB dan Tabung Haji memberikan dividen antara 8-10% namun adakah hari ini kita boleh berharap dengan pulangan setinggi itu lagi? Jika trend penurunan kadar dividen ini adalah berkait dengan hal fundamental, maka sudah tentu perlu pelabur perlu buat sesuatu.
Sudah tentu untuk membezakan reaksi pasaran dan aspek fundamental perlu kepada ilmu pelaburan yang mencukupi.
Penulis
Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang licensed financial planner, penulis dan jurulatih kewangan dan pelaburan secara Islami.