Dalam salah satu sesi konsultansi dengan klien, saya berbincang pasal isu investment scam. Biasalah klien dapat pelbagai tawaran pelaburan. Selalunya dipromosi oleh keluarga sendiri dan rakan sekerja.
Saya beritahu langkah pertama adalah dengan buat semakan dengan SC - Suruhanjaya Sekuriti. Kemudian Bank Negara Malaysia. Kalau tak ada lesen, tak payah masuk langkah kedua pun. Terus abaikan.
Malangnya dalam bab scam ni, apa yang selalu berlaku ialah professional people sahaja yang melihat bab legitimacy ni dulu sebelum perkara-perkara lain. Bagi orang awam pula, ramai yang menyamakan investment scam itu dengan investment loss. Selagi “skim pelaburan” itu beri untung, maka bagi orang awam tiada red flag.
Klien bertanya lagi, “Bila dah established legitimacy of an investment, what’s next?”
Maka inilah yang saya nak kongsikan juga dengan kalian.
“Sejauh mana kita faham dengan investment tu? Dalam istilah lain - circle of competence,” saya jawab. “Kalau tak faham, leave it. Cari legitimate investment yang kita faham sahaja.”
Klien pun termenung sekejap. Mencari ilham barangkali.
Saya beri sedikit ruang untuk beliau berfikir. Selepas menghirup ice latte yang dipesan awal tadi, saya pun menyambung, “That’s my job. Represent you - client, give advice kan. Semak legitimacy. Mana yang potentially sustainable. Kalau boleh buat semua DIY (do-it-yourself), tak perlu lantik saya as your adviser kan.”
Klien pun mengangguk-angguk. Nampak lebih lega selepas mendengarnya. Saya tak expect orang yang sibuk macam beliau ada masa untuk belajar everything about finance, investment, wealth management dari kosong sampai jadi pandai. Lebih baik dia fokus kepada kerjaya dia sekarang.
Circle of Competence
Stay within circle of competence bukan bermaksud jadi pakar bidang. Tapi cukuplah kita tahu data-data tertentu beyond average people.
Macam sekarang, banyak orang buka kedai kopi. Tapi apa yang kita faham pasal kopi? Adakah kita kena jadi pakar kopi baru boleh melabur dalam syarikat yang menjual kopi? Gambar ini ada sedikit sebanyak jawapan tentang circle of competence.
Dalam menilai sustainability sesuatu pelaburan - melabur dalam syarikat kopi misalnya - mulakan dengan membaca accounting report. Dapatkan berapa jumlah jualan, kos barang mentah, untung kasar, kos operasi dan keuntungan.
Ini kerana dari untung inilah baru datang sumber kewangan untuk bayar dividen kepada pemegang saham.
Dari gambar ini, harga jualan adalah 2.50 dan untung adalah 0.25. Jadi profit margin adalah 10%. Maka nilai dividen yang dikembalikan kepada pelabur / pemegang saham, secara mudahnya tidak boleh lagi besar dari profit margin.
Justeru, jika dividen yang dijanjikan lagi tinggi sudah tentu ada red flag dalam tawaran pelaburan tersebut.
Ramai orang mudah masuk investment scam sebab mereka tak pernah ambil masa pun untuk evaluate sesuatu business atau investment proposal. Apa yang mereka nak tahu adalah …
Boleh bagi lebih untung dari ASB tak?
Selepas selesai bab akaun, tengok pula sejauh mana bisnes jual air kopi ni mampu sustain. Competition adalah tinggi. Apa yang menyebabkan orang pergi beli kopi di kedai A berbanding kedai B dan seterusnya? Dan bagaimana nak terus kekalkan pelanggan terus beli kopi di kedai A?
Kopi secara asasnya adalah komoditi. Melainkan kita adalah seorang peminum kopi tegar, latte itu kelihatan sama sahaja dari satu kedai ke kedai yang lain. Jadi, dalam bisnes kopi yang kita laburkan tu, apa wow factor dia? Differentiation. Strength. Apa? Senaraikan.
Sekiranya kedai kopi itu adalah market leader, bagaimana cara kedai tersebut mengekalkan status market leader dia? Jika kedai kopi itu bukan market leader, macam mana pula strategi untuk naik ke atas?
Seterusnya adakah produk kopi kedai itu mampu untuk menaikkan harga kopi tanpa risau kehilangan pelanggan sedia ada?
Dalam sejarah Cola Wars misalnya, ada perseteruan antara Coca-Cola dan Pepsi. Dikatakan dalam ujian rasa, lebih ramai memilih Pepsi dari Coca-Cola. Tetapi kenapa Coca-Cola dapat menguasai market share?
Jika seorang pengeluar minuman cola yang lain nak lawan Coca-Cola dengan Pepsi, apa yang patut dibuat? Maka disitu keluar satu produk minuman ringan lain yang dinamakan 7-Up.
Pada 1968, pengeluar 7-Up dengan J. Walter Thompson memasarkan minuman tersebut sebagai “Uncola” sebagai differentiation dengan minuman Cola lainnya seterusnya membuat kategori baru yang tersendiri. Hasilnya jualan 7-Up pada tahun itu meningkat 56%.
Maka begitulah secara asasnya apa yang perlu dibuat oleh pelabur. Membuat research. Kena membaca. Ada data yang dapat dilihat dengan nombor secara objektif. Sebahagian data yang lain pula adalah lebih subjektif.
Tidak perlu sampai menjadi pakar kopi untuk menjadi pelabur dalam bisnes kedai kopi. Namun tidaklah sampai tidak tahu apa-apa langsung pun dalam bisnes tersebut.
Individu yang hanya mahu mendengar ‘janji untung lebih dari ASB’ semata-mata lazimnya akan mudah dipengaruhi masuk dalam investment scam berkali-kali. Skim pelaburan musang membela ayam.
“Tapi Pakdi, pelaburan berlesen pun rugi. Macam mana tu?”
Ini lah yang dinamakan risiko semasa melabur. Maka belajar lah cara-cara untuk menguruskan risiko tersebut. Stay within circle of competence adalah salah satu caranya.
Melaburlah dengan kefahaman.
Jika tidak faham, walaupun apa yang ditawarkan itu legitimate / berlesen maka lebih utama untuk tidak melabur terlebih dahulu.
I’m no genius. I’m smart in spots - but I stay around those spots. - Tom Watson Sr, founder IBM
Penulis
Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan licensed financial planner. Beliau menguruskan portfolio klien yang tidak dapat melabur secara DIY. Klik sini untuk info lanjut.