“Pakdi, sebenarnya berbaloi tak melabur unit trust ni, fund saya beli rugi aje,”
Apabila kalian buat keputusan untuk melabur unit trust, jangan sesekali sama kan dengan pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ini kerana pelaburan unit trust boleh jadi untung dan boleh jadi rugi. Manakala, ASB, TH, KWSP pula nilai pelaburannya kekal.
Jadi, jika tidak berani melihat nilai pelaburan jatuh, kenapa agaknya buat keputusan untuk melabur di unit trust?
Sesungguhnya kerugian unit trust itu adalah benar.
Untung rugi pelaburan unit trust dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
1. Masa
Bull market bermaksud pasaran menaik. Bear market pula bermaksud pasaran menurun. Ini pengertian mudah.
By default, our action is very human.
Semasa bear market, kita tak mahu melabur. Ini kerana pada waktu itu sentimen, laporan media, status media sosial cerita semua tak untung. Kita hanya akan melabur bila ada orang lain bercerita macam kawan, adik-beradik, sifu, pempengaruh mahupun jiran-jiran mula bercerita ada buat duit.
Social proof. Testimoni. Bukti kejayaan.
Jadi tindakan melabur pada penghujung bull market itu adalah tindakan yang bersifat ‘kemanusiaan’.
Inilah cara paling mudah untuk rugi semasa melabur. Chasing performance.
2. Kategori unit trust
“Saya ada melabur dalam xyz mutual tapi rugi,”
Kita bukan melabur membeli saham syarikat UTMC, tetapi melabur dalam dana-dana yang dikeluarkan oleh UTMC.
Di Malaysia, ada 40 unit trust management companies (UTMC). Iaitu syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk unit trust. Dari situ ada 765 authorised funds dengan 295 daripadanya adalah shariah compliant funds.
Ramai orang melabur unit trust tetapi tidak tahu sebenarnya mereka melabur dalam kategori unit trust yang mana satu.
Secara umum kategori unit trust dipecahkan mengikut aset utama yang dilaburkan oleh sesuatu dana iaitu money market, bon / sukuk dan ekuiti.
3. Jenis ekuiti
Untuk Bumiputera khususnya, lazimnya mereka melabur dalam dana kategori ekuiti. Iaitu unit trust yang melabur dalam pasaran saham. Walaupun begitu, bukan semua dana ekuiti adalah sama.
Secara mudah inilah pecahannya:
i. Medium & small cap funds: Melabur dalam syarikat-syarikat yang mempunyai saiz pasaran yang kecil dan berpotensi untuk berkembang.
ii. Big cap fund: Melabur dalam syarikat yang selalunya sudah matang, dan syarikat-syarikat tersebut beri dividen dengan lebih konsisten.
iii. Mixed: Bercampur antara dua kategori ekuiti itu tadi.
4. Geografi
Selain itu juga, sekarang sudah banyak dana-dana yang mula melabur di luar negara.
Jadi selain Malaysia, ada dana yang melabur di Asia, Asia Pasifik Ex. Japan, China, India, Indonesia, US, developed market, world / global.
Maka sudah tentu prestasi akan jadi berbeza-beza kerana apabila pasaran di US menaik, belum tentu pasaran Malaysia juga naik dan sebaliknya.
Ini menyebabkan pelabur yang melabur di Malaysia sahaja mendapat hasilnya yang berbeza jika melabur di Malaysia + tempat-tempat lain.
5. Kos jualan
Semak balik berapa kos jualan (sales charge) yang dikenakan semasa membuat pelaburan unit trust.
Ambil tahu berapa kos jualan yang dikenakan semasa melabur dahulu… 1%? 3%? 5%? 6%?
Ada tak cara untuk mendapatkan kos jualan yang lebih rendah dari apa yang dibayar sekarang?
Dari laman web Securities Industry Dispute Resolution Center (SIDREC):
Know that various distribution channels of unit trust funds are available. Beside Agents, you may purchase unit trust funds through:
Banks
Fund management companies
Financial planners
Online platforms
Ini kerana ada distribution channels dapat memberikan diskaun sales charge.
Faktor-faktor ini dapat dikawal dengan membuat:
Asset allocation dan rebalancing
Menggunakan channel yang dapat menawarkan diskaun / pengecualian sales charge.
Maka melaburlah unit trust dengan membina satu portfolio berasaskan asset allocation yang wajar. Contohnya menggunakan asset allocation:
60% dalam ekuiti
40% dalam sukuk dan money market.
Maka dengan cara ini, kita melabur dalam 3 kategori unit trust. Dari situ, kita perlu memilih sekurang-kurangnya 3 dana unit trust.
Kemudian, selain Malaysia di mana lagi kita mahu melabur? Maka jika mahu ada pendedahan dalam pasaran Asia Pasifik, 60% allocation dalam ekuiti itu tadi dibahagikan mengikut faktor geografi pula.
Rebalancing adalah mengembalikan semula asset allocation yang telah berubah ke asset allocation yang asal. Ini dapat dibuat dengan menetapkan masa untuk melakukannya, atau bila berlaku strong market movement.
Selain itu, rebalancing untuk portfolio kita dibuat bila ada melabur secara tetap (melalui cost averaging) setiap bulan, suku tahunan atau setahun sekali.
Melabur unit trust dengan asset allocation yang bersesuaian adalah lebih utama dari mencari-cari 1 dana yang paling “bagus”.
Penulis
Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang licensed financial planner, penulis dan jurulatih kewangan dan pelaburan secara Islami.