Volatility, atau turun naik harga adalah satu perkara yang pasti dalam pasaran saham.
Inilah perkara yang wajib diterima oleh pelabur saham, baik yang melabur saham secara terus, melalui unit trust mahupun mandat persendirian. Di Bursa Malaysia mahupun pasaran luar negara - saham US dan global.
Ada masa turun naik ini berlaku disebabkan perkara tertentu. Macam kenaikan kadar OPR yang boleh menyebabkan pasaran saham jatuh. Atau, syarikat mencatat untung yang lebih besar. Juga disebabkan isu tertentu yang dialami seperti Serba Dinamik dan Sapura Energy.
Ada masa juga turun naik ini berlaku tanpa sebarang sebab ekonomi dan perniagaan. Maka ketika itulah kita mendengar istilah market correction. Pasaran saham mengalami pantulan teknikal sementara. Pelabur mengambil untung. Dan seterusnya.
It is a features, not a bug.
Benjamin Graham dalam bukunya “The Intelligent Investor” memperkenalkan kepada pelabur tentang Mr Market. Secara mudahnya Mr Market adalah seperti ini:
Mr Market ini seorang yang sangat emosional.
Satu hari Mr Market menawarkan kepada kita sebuku sabun pada harga RM 10. Pada hari yang lain pula, Mr Market menjual sebuku sabun itu dengan harga RM 1 sahaja. Selepas itu pula, Mr Market menjual sebuku sabun dengan harga RM 5 pula.
Ini merupakan tindakan yang tidak rasional.
Penuh dengan emosi.Sabun yang sama, tetapi dengan harga yang berbeza-beza. Perubahan harga yang ketara ini dapat berlaku pada bila-bila masa, tanpa sebab yang munasabah.
Sebagai pelabur, kita tak terikat dengan harga yang ditawarkan secara harian oleh Mr Market ini. Pelabur seharusnya mengambil peluang untuk membeli ketika harga sabun dijual pada harga RM 1. Dan menjualnya semula selepas melebihi RM 5.
Benjamin Graham menulis buku ini pada tahun 1949. Hari ini Mr Market ini dikenali dengan istilah seperti volatility, risiko pasaran (market risk), fluctuation.
Kehadiran ‘Mr Market’ ini menyebabkan ramai orang takut nak melabur pasaran saham. Mana tidaknya, penurunan dan kenaikan harga itu boleh berlaku dengan begitu ekstrem sekali.
Dari sisi yang lain pula, pelabur yang baru memasuki pasaran saham ketika berlaku bull market seperti yang berlaku pada tahun 2020 pula akan menjadi lalai. Pelabur jenis ini pula beranggapan pasaran saham akan sentiasa naik. Seterusnya, tidak mempunyai sebarang kaedah risk management.
Mr Market dah lama rancang, depa yang lalai.
Ada beberapa cara untuk menguruskan ‘Mr Market’. Antaranya:
1. Beli saham pada harga diskaun dibandingkan fair value. Ini boleh dibuat dengan mempelajari strategi pelaburan value investing. Strategi ini diperkenalkan oleh Benjamin Graham.
2. Spread the purchase. Jangan beli saham dengan modal yang besar sekaligus. Beli secara berkala. Kalau jenis beli untuk short term, memang susah nak beramal cara ini sebab cenderung untuk all-in.
3. Spread the sector. Jangan menumpukan modal pelaburan kita dalam satu sektor sahaja. Sektor yang paling terjejas di Bursa Malaysia ketika nota ini ditulis ialah sektor teknologi. Jadi, sekiranya portfolio kita terlalu berat dalam sektor teknologi, kejatuhannya pasti lebih terasa.
4. Buat asset allocation yang bersesuaian. Bila OPR naik, maka kita akan melihat kejatuhan pasaran saham dan kenaikan yield dalam pasaran bon / sukuk dan money market. Asset allocation sangat berbeza dengan product allocation.
Ini carta saham Kelington Berhad.
Sebelum Covid, (1) harga saham adalah sekitar 1.40. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibuat, (2) harga saham jatuh sampai 60 sen. Kejatuhan sebanyak 57%.
Kemudian (3) harga melonjak sehingga 2.70 sebelum turun semula kepada (4) harga 1.01. Kenaikan sehingga 350% sebelum turun balik sebanyak 62%.
Ketika nota ini ditulis, harganya sekitar 1.10 sesaham.
Inilah penangan Mr Market. Inilah risiko pasaran. Volatility. Market fluctuation.
Jadi, keuntungan dalam pasaran itu memang boleh mencecah beratus peratus seperti saham KGB beberapa tahun ini, dan pada masa yang sama pelabur juga perlu menerima possibility penurunan harga saham sehingga 50-60%.
Untuk jangka masa pendek, pelabur mesti bersedia merasa sendiri ‘penangan’ Mr Market yang tidak pernah fikir tentang hati dan perasaan kita. Dan untuk jangka masa panjang, harga saham ini akan pergi menuju ke nilai.
Perkara ini nampak senang. Apa susah buy low, sell high macam ni? Sehinggalah pelabur itu sendiri menjadi salah seorang yang mengalami unrealised loss antara 50-60%. Ketika itu, nak average down pembelian saham pun fikir 300x.
The intelligent investor is a realist who sells to optimists and buys from pessimists.
Benjamin Graham
Penulis
Pakdi merupakan seorang perancang kewangan berlesen.
Mahu sesi konsultansi 1-on-1? Klik sini dan hubungi beliau.