1. Ramai suka konsep passive income.
2. Duduk goyang kaki dapat duit tiap bulan.
3. Siapa tak mahu kan. Tidur pun duit masuk. Dalam jamban pun duit masuk.
4. Dalam ayat lain, duit bekerja untuk kita. Bukan kita bekerja untuk duit.
5. Scammer memang suka jual idea passive income.
SIMPLE ≠ EASY
6. Ideanya simple.
7. Kalau mahu passive income 60 ribu setahun, maka kena ada 1 juta yang perlu disimpan dalam aset yang memberikan pulangan 6% setahun.
8. Tapi simple ≠ easy.
9. Ada dua benda yang perlu dibuat.
Berapa banyak yang perlu disimpan sekarang.
Aset apa yang perlu dimiliki.
10. Bila sebut tabung persaraaan (retirement fund) maka idea asasnya ialah mencipta passive income.
11. Sekarang bekerja, hujung bulan dapat gaji.
12. Masa sudah berhenti kerja nanti, dapat gaji dalam bentuk dividen pula.
BERAPA KENA SIMPAN?
13. Menyimpan nampak senang tapi sebenarnya susah.
14. Kerana kita ada emosi.
15. Berbelanja jauh lebih seronok dari menyimpan.
16. Walaupun begitu tetap kena menyimpan sebab inilah asas kewangan yang paling penting.
17. Tidak ada formula yang sempurna.
18. Dalam pengurusan kewangan, banyak dibuat berdasarkan best practise.
19. Antaranya dengan menggunakan kaedah 50-30-20:
50% dari gaji digunakan untuk keperluan asas - rumah, makan minum, takaful, utiliti, perubatan dan lain-lain.
30% dari gaji digunakan untuk kehendak - percutian, makanan mewah, hiburan dan seterusnya.
20% dari gaji digunakan untuk pelaburan - tabung kecemasan, tabung pendidikan, tabung persaraan dan lain-lain.
20. Sekali lagi, kaedah 50-30-20 ini adalah simple tetapi sukar untuk dilaksanakan oleh semua orang bergantung kepada gaya hidup, tabiat berbelanja, tempat tinggal, takdir yang telah ditetapkan.
21. Tapi inilah sasaran yang semua orang dapat cuba capai.
22. Simpan dulu berapa yang dapat setiap bulan walaupun cuma 50 ringgit. Bila sudah semakin stabil maka tambah jumlah simpanan sehingga dapat mencecah 20% sebulan.
23. Lagi tinggi jumlah yang dapat disimpan maka lagi bagus.
SIMPAN / LABUR DI MANA?
24. Ini memerlukan technical know how.
25. Ilmu teknikal dan kemahiran.
26. Apa beza antara aset produktif dengan aset tidak produktif?
27. Apa itu dividen dan kupon?
28. Apa itu saham dan fixed income?
29. Bagaimana nak buat asset allocation?
30. Antara unit trust, saham, emas, private mandate, ASB, ETF, REIT apa yang paling sesuai dengan portfolio kita?
31. Dan macam-macam lagi persoalan teknikal lainnya.
32. Kalau sekadar tahu tengok untung lepas, itu maksudnya tidak ada technical know how.
33. Tiada expertise.
34. Kena ambil masa untuk belajar ilmu pelaburan melalui kelas atau banyakkan membaca.
35. Mahupun dapatkan khidmat profesional licensed financial planner.
36. Kalau jumpa “financial planner” yang suka push satu dua produk dan tidak membuat sebarang analisa kewangan, maka dia sebenarnya jurujual produk kewangan.
SEIMBANG
37. Jika sudah dapat menyimpan dengan konsisten dan mempunyai portfolio pelaburan yang bersesuaian, maka itu tandanya sudah ada atas landasan yang tepat.
38. Return on investment itu penting.
39. Namun, savings rate lebih penting.
40. Jadi cari cara supaya dapat menyimpan terlebih dahulu.
41. Saya tak pasti cara yang terbaik, tapi salah satu caranya ialah perlu ada sejumlah income yang dapat memenuhi lifestyle.
42. Financial planning bukannya pasal kena berjimat sampai jadi kedekut.
43. Semua benda tak boleh.
44. Bukan begitu.
45. Financial planning ialah tentang bagaimana untuk hidup dengan gaya yang kita pilih.
46. Dan pada masa yang sama ada lebihan untuk disimpan untuk kegunaan masa depan.
Penulis
Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang licensed financial planner, penulis dan jurulatih kewangan dan pelaburan secara Islami.