Selalunya semasa melabur, pelabur terus membandingkan produk. Contohnya bila dapat duit raya anak, seorang isteri pun bertanya kepada suaminya:
Abang, patut simpan duit raya anak dalam Tabung Haji ke tempat lain?
Lazimnya jawapan yang mahu diketahui dari soalan ini cumalah pasal untung. Untung lepas dapat berapa. Ada tak jaminan untung. Untung mana lebih tinggi, produk 1 atau produk 2.
Mahukah tuan puan bertanyakan soalan yang lebih baik seterusnya dapat mula membina portfolio pelaburan sendiri? Jika mahu, teruskan membaca.
Pertama, bila nak pakai duit tersebut? Contoh, duit raya anak. Barangkali kita akan membelanjakan duit tersebut pada usia anak tersebut mencecah 18 tahun. Jadi, bila usia anak baru 5 tahun, maka ada tempoh masa selama 13 tahun untuk dilaburkan.
Bila dah tahu kegunaan duit tersebut pada masa hadapan, maka seterusnya …
Kedua, ke mana produk tersebut melabur? Secara mudahnya, produk-produk ini melabur dalam saham, bon & sukuk, tunai, hartanah, emas dan seterusnya. Perkara ini kita dapat baca dalam laman web rasmi atau dokumen seperti prospektus atau factsheet.
Kita dapat jumpa maklumat seperti ini:
Maka, kita boleh Google, atau tanya ChatGPT, atau cari di Youtube tentang jenis-jenis aset yang dilaburkan oleh produk tadi.
Apa itu pelaburan pendapatan tetap (fixed income)?
Apa itu pasaran wang (money market)?
Apa beza local stocks, global stocks dan emerging market stocks?
Setiap aset yang disebutkan di atas ini fixed income, money market dan stocks mempunyai risiko dan potensi untung yang berbeza-beza.
Pasaran saham Malaysia (local stocks / pasaran saham domestik) dapat dinilai secara umum melalui pergerakan FTSE KLCI seperti ini:
Ketika nota ini ditulis, pasaran saham Malaysia masih belum mencapai paras sebelum Covid 19. Justeru, mana-mana produk pelaburan yang fokus melabur dalam pasaran saham domestik semata-mata masih tidak mendapat untung yang wajar.
Ini pula adalah untuk menilai pergerakan saham Amerika Syarikat, dijejak melalui penanda aras S&P 500:
Pasaran saham US telah pun melebihi paras pre-Covid. Masa permulaan zaman Covid pasaran saham US jatuh dengan teruk, sama seperti berlaku dalam pasaran saham Malaysia. Bezanya pasaran saham US terus naik sehinggalah berlaku kejatuhan Tech Stocks pada 2022.
Jika dibandingkan dua pasaran ini pada tahun 2023, year to date (YTD):
KLCI: -4.5%
S&P500: +7%
Maka, mereka yang melabur sebahagian simpanan mereka dalam pasaran US sebelum ini telah pun mendapat pulangan yang positif.
Ini contoh perbandingan pasaran domestik dengan pasaran US untuk saham. Walaupun kedua-duanya adalah ‘saham’ tetapi keuntungannya tidak sama.
Ketiga, ok tak kalau nilai pelaburan merosot sampai 30 peratus? Inilah yang membezakan antara individu.
Secara umum, jika nak pakai duit raya anak untuk tujuan sambung belajar ke universiti lagi 13 tahun, maka tiada masalah melabur banyak dalam pasaran saham. Tetapi ada ibu bapa yang tak berapa berani tengok nilai pelaburan merosot.
Pasaran US walaupun dah lama recover dari kejatuhan akibat Covid19, semasa kejatuhan Tech Stock 2022, berlaku kejatuhan sebanyak 30%.
Mungkin isteri tiada masalah melihat kejatuhan tersebut, tetapi berbeza dengan suami. Si suami pula yang tak berani. Ini bermaksud, si isteri lebih sanggup menjadi pelabur yang agresif.
Jadi dengan bertanyakan 3 soalan ini, dapatlah kita mula membina satu portfolio pelaburan yang wajar, sesuai dengan matlamat kewangan.
Dalam portfolio tersebut, kita melabur dalam beberapa jenis aset sekaligus. Bukan hanya terhad dalam satu jenis aset, atau satu produk, atau dari satu syarikat pelaburan sahaja.
Portfolio tersebut dapat menjadi agresif, seimbang atau konservatif.
.
Sebagai licensed financial planner, inilah antara proses yang perlu dilalui oleh client saya. Proses ini penting supaya client mempunyai satu portfolio pelaburan yang bersesuaian. Iaitu seimbang antara keperluan dan kesanggupan mereka
Melabur itu tak salah. Cuma kita yang salah pilih pelaburan. Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan. Eh, itu politik.
Melaburlah dengan portfolio yang bersesuaian dengan toleransi kita melihat rugi.
If your portfolio risk exceeds your tolerance for loss, there is a high likelihood that you will abandon your plan when the going gets rough - William J. Bernstein
- Pakdi
Iklan Penaja
Saya belum berhasrat mengenakan subscription fee. Jika mahu saya terus menulis secara percuma kalian boleh terus support dengan membeli ebook ini.
Ebook Berani Trade sesuai untuk tuan puan yang nak mula belajar trade hari-hari di Bursa Malaysia. Alternatif terbaik untuk pelaburan forex. Kita mempunyai pasaran kelapa sawit mentah yang terbesar di dunia.