Ada seorang klien, bila buat reviu saya dapati dia mempunyai terlalu banyak produk pelaburan. Kira-kira 15 jenis produk, khususnya unit trust.
Jadi saya pun bertanya apa yang menyebabkan beli produk banyak-banyak macam ni?
Dia beritahu sebenarnya dia tidak ada apa-apa strategi yang spesifik. Bila dia baca di media sosial, ada orang cerita pasal fund tu, dia pun beli. Bila ada orang cerita pasal produk itu, dia pun rasa menarik, dia beli.
“Hope investing la ni?”
Klien tadi pun tergelak.
Saya kata kepada klien tadi dalam pelaburan ini paling penting kena ada clear direction. Betul semua orang melabur sebab nak buat untung. Tapi apa yang saya maksudkan ialah dari mana hendak ke mana?’
Dia pun berfikir agak panjang. Tak boleh jawab terus.
Jadi bila dah ada hala tuju pelaburan, maka baru dapat buat asset allocation. Dalam bahasa yang lebih mudah asset allocation ialah:
Berapa banyak yang patut letak dalam pelaburan yang selamat macam ASB, Tabung Haji.
Dan berapa banyak pula yang patut dalam pelaburan yang lebih berisiko. Macam saham, ETF, unit trust ekuiti dan lain-lain.
Apa yang dia buat sebelum jadi klien cuma product allocation sahaja. Dan dalam kes ini, dia sebenarnya masih tak cukup banyak melabur dalam ekuiti. Sedangkan dia mahu mencapai kebebasan kewangan (financial independent).
Saya beritahu secara mudahnya kena bahagikan jenis pelaburan ikut usia. Umur klien waktu itu dalam 37 tahun. Jadi secara kasarnya patut melabur sehingga 65% dalam pasaran saham. Tapi itu kalau dia nak buat secara DIY.
Tapi sebab dah jadi klien, saya buat asset allocation dia mengikut situasi kewangan semasa dan keperluan yang spesifik. Iyelah, bila dah jadi klien sudah tentu saya dah tahu (1) halatuju (2) cashflow dan (3) jumlah hutang dia.
Jadi selama ini dia memang melabur secara hentam sahajalah. Beli berdasarkan apa yang orang share di internet dengan harapan harga terus naik. Sekarang dia melabur berdasarkan satu matlamat utama - mencapai jumlah simpanan yang diperlukan untuk mencapai kebebasan kewangan.
Seterusnya saya beritahu, tak perlu lah beli sampai 15 produk. Banyak sangat. Dan produk itu saling bertindih. Susah nak monitor. Dan walaupun banyak, tetapi semuanya melabur dalam ekuiti dalam geografi yang lebih kurang sama. Kalau tak Malaysia, dalam Asia Pasifik khususnya China.
Akhirnya saya minta dia kurangkan kepada 3 produk sahaja.
“Selama ni saya selalu dengar orang nasihat diversify, diversify, diversify. Jadi saya pun beli lah fund banyak-banyak.”
Saya kata betul kita perlu diversify tetapi tidak lah sampai tahap over diversification.
Klien tadi nampak lega. Selama ni dia overwhelmed dengan macam-macam pendapat, free advice yang diperoleh internet dan media sosial.
“Saya rasa sekarang lebih organized lepas jadi klien Pakdi. Saya dah follow banyak influencer kewangan. Masing-masing cakap macam itu, macam ini. Saya ni pula tak reti sangat. Saya follow ajelah mana yang boleh,” klien itu tadi sudah tersenyum lebar.
Saya beritahu influencer itu semua nak create awareness. Sekurang-kurangnya dapat bantu dari terjebak investment scam. Tapi bila dah dah terlalu banyak information dan rasa stuck nak move forward memang dah sampai masanya untuk dapatkan personalized advice.
“Investment direction pun dah clear. Calculation dan direction yang Pakdi tunjukkan itu tu memang 1st time saya dengar.”
Alhamdulillah.
Mudah-mudahan bila dah ada clarity, klien tadi akhirnya mencapai kebebasan kewangan dan akhirnya dapat retire dengan lebih awal.
Penulis
Salam, saya Suzardi Maulan (Pakdi). Seorang licensed financial planner.
Selama ini melabur tanpa halatuju dan sekarang mahu lebih organized semasa menguruskan kewangan dan pelaburan? Boleh hubungi saya untuk kita mula berbual-bual dahulu.