Semua orang perlu kepada nasihat pelaburan. Cuma jenisnya sahaja yang berbeza. Sebab itu semua yang berlesen dalam bidang pelaburan secara umumnya dikenali sebagai penasihat pelaburan atau penasihat kewangan.
Ada 3 kategori nasihat pelaburan.
Pelaksanaan (execution only)
Nasihat umum (non-personal advice)
Nasihat peribadi (personal advice)
Pelaksanaan (execution only)
Ini adalah untuk individu yang sangat berpengalaman atau yang mahu menguruskan pelaburannya sendiri. Golongan do-it-yourself investor (DIY).
Apa yang mereka perlu lazimnya ialah seseorang / entiti yang berlesen untuk melaksanakan arahan (order execution) jual beli. Ini kerana untuk beli saham misalnya, kita tidak lah boleh ketuk pintu pejabat CEO atau pengerusi syarikat senaraian awam (public listed company) dan berurusan jual beli saham di situ.
Pelabur jenis ini sudah tahu apa di mana dia patut melaburkan duit mereka. Mereka tidak lagi tertanya-tanya antara saham dan unit trust, apa lebih baik. Antara ETF dengan matawang kripto apa yang bagus. Sudah ada jawapan.
Maka mereka cuma memerlukan platform jual beli online atau broker saham. Inilah jenis penasihat kewangan mereka.
Nasihat Umum (non-personal advice)
Ini adalah untuk individu yang mahu tahu nasihat pelaburan secara umum sahaja. Atau spesifik pasal produk sahaja. Tetapi tidak mahu ada pihak yang melihat kedudukan kewangan peribadi terlebih dahulu.
Apa itu saham.
Apa itu bon & sukuk.
Apa itu asset allocation.
Dan lain-lain.
Selalunya individu seperti ini baru mahu mencuba dan memulakan pelaburan. Atau, barangkali mereka sudah pun melabur sebelum ini tetapi mahu tahu pelaburan yang baru pula. Ilmu baru.
Mungkin sebelum ini hanya melabur saham. Kemudian terdengar pasal pelaburan peer to peer (P2P). Maka dia pun hadir ke seminar pasal pelaburan ini dari pengendali P2P yang berlesen.
Penasihat pelaburan seperti ini antaranya seperti subject matter exepert seperti orang akademik (pensyarah) & individu berpengalaman dalam industri dan penasihat produk.
Nasihat Peribadi (personal advice)
Individu ini memerlukan nasihat yang spesifik berdasarkan situasi kewangan mereka. Tentang aliran tunai, jumlah aset, nilai hutang. Adakah objektif kewangan dapat dicapai dalam sekian tempoh masa pada masa hadapan berdasarkan apa yang ada sekarang.
Selalunya ini adalah untuk mereka yang asalnya pelabur DIY, tetapi akhirnya tidak lagi mampu menguruskannya sendiri. Atau mungkin pelabur yang memang tidak ada masa dan pengetahuan pelaburan. Tetapi mereka tahu kepentingan melabur secara personalized.
Hasil personal advice itu tadi, maka dapatlah jawapan kepada persoalan nak melabur di mana. Sebab banyak sangat produk dan jenis aset yang ada di pasaran. Tak tahu nak pilih yang mana.
Akhirnya pening kepala sebab banyak sangat maklumat. Macam di media sosial hari ini banyak nasihat pelaburan diberikan. Jadi dia perlu kepada seorang penasihat untuk membantu dirinya untuk membuat lebih informed decision.
Maka dari sudut ini mereka perlu kepada seorang licensed financial planner, dan jika matlamat kewangannya sangat ringkas dapat melabur melalui robo-advisor.
Nampak Sama Tetapi Berbeza
Ada broker saham.
Ada futures broker.
Ada investment advisor.
Ada fund manager.
Ada licensed financial planner.
Belum masuk lagi robo advisor dan unit trust consultant.
Namun aspek nasihat kewangan yang dapat diberikan oleh individu / entiti yang mempunyai lesen-lesen sebegini adalah berbeza.
Ketahui apa yang tuan puan perlu kemudian berjumpalah dengan penasihat pelaburan yang bersesuaian.
Penulis
Hai. Saya Pakdi.
Serabut? Pening kepala mengurus kewangan & pelaburan secara bersendirian? Jangan risau, setiap sesuatu itu ada jalan keluarnya.