Pelabur Bijak
Melabur itu tidak salah. Cuma ramai melabur dalam pelaburan yang salah.
Saya pasti anda telah didatangi oleh ejen pelaburan yang mempromosi produk mereka atau pun membaca sponsored post tentang sesuatu produk di internet. Malah, anda mungkin telah pun melabur kerana promosi tersebut.
Apa yang penting, apabila melabur kena buat informed decision dan bukannya dipengaruhi dengan potensi untung semata-mata. Supaya anda dapat menjadi pelabur bijak. Bagaimana caranya?
1. Buat financial roadmap
Ambil masa untuk duduk dan tengok kedudukan aliran tunai, aset dan hutang anda. Supaya anda dapat tahu kekuatan kewangan diri sendiri dan di manakah anda berada sekarang.
Ke mana nak pergi dan bagaimana caranya. Kena faham betul-betul dalam pelaburan tidak ada jaminan keuntungan. Malah anda dapat mengalami kerugian. Melabur berbeza dengan menyimpan.
Anda boleh buat sendiri financial roadmap atau dapatkan bantuan dari licensed financial planner.
2. Ketahui risiko yang anda ambil
Semua pelaburan ada risiko. ASB, unit trust, saham, emas, kripto, ETF dan lain-lain. Setiap satunya berbeza dengan yang lain. ASB, sukuk misalnya lebih selamat tetapi tidak dapat memberikan untung yang tinggi.
Ganjaran kepada mereka yang mengambil risiko ialah keuntungan. Untuk jangka masa panjang, pelaburan yang selalu dianggap lebih berisiko seperti saham dapat memberikan lebih untung. Namun, jika duit itu nak pakai esok lusa maka lebih wajar duit itu disimpan sahaja.
Pastikan risiko yang diambil sesuai dengan financial roadmap.
3. Labur dalam pelbagai jenis aset
Dalam bahasa lainnya asset allocation. Asset allocation membantu anda membuat satu portfolio yang bersesuaian. Aset yang asas dalam asset allocation ialah tunai, fixed income dan ekuiti.
Jika hanya simpan dalam ASB, Tabung Haji memang selamat. Namun, tidak dapat menikmati keuntungan yang tinggi. Jika laburkan semua dalam saham, kripto pula nanti tak boleh tidur malam dengan lena.
Maka itulah tujuan membeli pelbagai aset. Bila ekonomi tak baik, ada aset yang jatuh harga dan ada aset yang kekal atau naik harganya. Bila ekonomi tengah baik, ada aset yang dapat meroket jauh.
4. Cukupkan 6 bulan simpanan
Semua pelabur bijak buat perkara ini. Bukannya apa, langit tidak selalu cerah. Sama ada ekonomi tak baik, atau masa ekonomi sekali baik sekalipun tiba-tiba jadi sesuatu kepada diri ada yang memerlukan wang tunai dengan cepat. 6 bulan simpanan tunai ini bukan bertujuan untuk anda jadi kaya, tetapi untuk mengelakkan anda terpaksa berhutang sampai jatuh miskin.
5. Bayar habis hutang kad kredit
Simple je sebab dia. Hutang kad kredit tiap-tiap tahun caj anda sampai 18%. Tapi pelaburan anda bukan tiap-tiap tahun dapat 18%. Malah ada tahun yang anda pasti rugi.
6. Melabur secara konsisten
Melabur setiap bulan. Atau 3 bulan sekali. Atau 6 bulan sekali. Atau 1 tahun sekali. Ikut kekuatan aliran tunai masing-masing. Istilahnya disebut ringgit cost averaging. Pasaran adalah volatile i.e. sentiasa turun naik. Ada masa anda beli pada harga tinggi. Ada masa anda beli pada harga rendah. Akhirnya anda dapat harga purata.
7. Sentiasa semak lesen
Investment scam sekarang ini merata-rata. Pastikan anda melabur melalui syarikat pelaburan yang berlesen sahaja. Malah, pastikan juga ejen, konsultan, broker anda merupakan individu berlesen.
8. Buat rebalancing
Bagaimana cara untuk buy low, sell high? Melalui rebalancing. Untuk buat rebalancing ini kena ada asset allocation dan buat portfolio dulu. Kalau tidak ada, anda tidak dapat melakukannya.
Bila berlaku pergerakan harga, maka nilai-nilai aset itu tadi pun akan berubah. Rebalancing mengembalikan semula ke nilai aset yang asal mengikut asset allocation seperti dalam financial roadmap.
Rebalancing boleh buat setahun sekali. Namun berdasarkan pengalaman, saya lebih suka melakukan aktiviti rebalancing mengikut prestasi portfolio dari masa ke masa.
Penulis
Salam. Saya Suzardi Maulan (Pakdi). Seorang licensed financial planner.
Saya membantu golongan profesional mempunyai satu financial roadmap.