Saya tertarik dengan kata-kata pelabur lagenda, Warren Buffett berikut:
“Investors behave in very human ways which is they get very excited during bull markets and they look in the rearview mirror and they say I made money last year and I’m going to make more money this year, so this time I’ll borrow or the neighbour says I wasn’t in last year when that neighbour dumber than I am made a lot of money so I’m going to go in this year,”
“So always look in the rearview mirror and when they look in the rearview mirror and they see a lot of money having been made in the last few years they plow in and they just push and push and push on prices and when they look in the rearview mirror and they see no money having been made they just say this is a lousy place to be,”
“So they don’t care what is going on in the underlying business and it’s astounding but that makes for a huge opportunity.”
Kalau kurang faham, saya mudahkan.
Selalunya orang melabur ‘cuba-cuba’ dahulu. Modal saja letak sikit. Lepas untung, baru masukkan lebih banyak modal. Ada yang sampai meminjam.
Kalau tak melabur tahun lepas, kemudian dengar cerita orang lain dah buat untung, maka tahun ni dia pun mula melabur.
Masalahnya, keputusan melabur itu tadi langsung tidak melihat faktor penilaian atau ekonomi. Hanya berdasarkan keuntungan lepas. Ini yang disebut rearview mirror.
Rupa-rupanya beli pada harga yang tinggi. Dan harga pun jatuh tak lama selepas itu. Maka dia pun buat kesimpulan yang pelaburan tersebut tidak bagus.
Ini adalah peluang (bagi mereka yang faham).
Ini adalah jadual prestasi pelaburan yang telah dikemaskini sehingga tahun 2023
Tahun 2022 merupakan tahun yang tidak berapa baik. Pasaran saham Malaysia rugi, pasaran US rugi, pasaran dunia pun rugi. Yang untung hanya ASB, sukuk & bon malah simpan dalam bank pun lebih baik dari melabur.
Berdasarkan rearview mirror, maka pada 2023 yang lepas dia pun tak mahu melabur sebab tahun 2022 semuanya tak untung melainkan ASB. Baik tunggu dan lihat katanya.
2023 pun berlalu, dan prestasi pelaburan adalah seperti berikut:
Pasaran US (US stocks) naik 31.6%
Pasaran dunia (world stocks) naik 25.57%
Pasaran saham Malaysia untuk jenis medium to small cap (MidS) naik 16.2%
Harga emas (gold) naik 12.69%
Bon kerajaan Malaysia (gov bond) beri pulangan 6.78%
Amanah Saham Bumiputera (ASB) beri pulangan 5.25%
Akaun simpanan tetap di bank-bank (cash) beri pulangan dalam 2.80%
Indeks saham utama iaitu KLCI sahaja yang pi mai pi mai tang tu.
Sekiranya 8 pelaburan di atas dibuat secara sama rata pada awal tahun 2023, maka pulangan keseluruhan tahun lepas yang diterima ialah 12.62%.
Maka ketika ini ada yang mula bercerita tentang untung yang diperoleh. Seterusnya makin ramai yang melabur semula lebih-lebih lagi yang wait and see itu tadi.
Tahun 2023 Menjadi Rearview Mirror 2024
Pelaburan adalah tentang masa depan. Tidak ada siapa yang dapat tahu dengan tepat apa yang bakal terjadi tahun ini. Siapa yang dapat jawab pelaburan apa bakal paling untung untuk tahun 2024 sekarang juga, ketahuilah orang itu sedang menipu.
Walaupun masa depan adalah sesuatu yang tidak pasti, kita tetap kena melabur supaya dapat mengekalkan kuasa membeli untuk tempoh jangka masa yang panjang.
Maka pendekatan pelaburan yang sesuai ialah melabur dengan asset allocation yang wajar. Luaskan pendedahan pelaburan dalam beberapa aset berdasarkan faktor geografi dan kelas yang berbeza.
Ya, keseluruhan portfolio pada tahun 2023 beri untung 12.62% namun ini bukanlah satu jaminan untuk tahun 2024, akan dapat keuntungan yang sama atau lebih baik.
Ini kerana pada tahun 2022, portfolio yang sama mengalami kerugian sebanyak -7.25% tetapi pada tahun 2023 keuntungan yang diterima adalah jauh lebih baik (asalkan kekal melabur secara konsisten).
Situasi turun naik pelaburan seperti ini adalah sesuatu yang kita kena terima untuk jangka masa yang pendek.
Dan seandainya portfolio ini dimulakan sejak 5 tahun lepas, maka keuntungan terkompaun portfolio pelaburan ini ialah 8.44%. Atau, keuntungan keseluruhan 49.93%.
Dalam bahasa mudah, dah untung 50%. Atau, siapa yang melabur 100 ribu sejak 5 tahun lepas nilainya dah jadi hampir 150 ribu melalui portfolio ini.
Jadi tidak payah buang masa untuk cari satu pelaburan yang dikatakan bakal dapat untung paling tinggi untuk tahun ini. Sebaliknya:
Buat satu / review investment plan.
Tetapkan asset allocation.
Pilih produk yang sesuai.
Kekal tenang dan konsisten melabur.
Kembali balik ke langkah 1.
Tentang
Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang licensed financial planner, stock investment coach dan personal finance speaker. Beliau menguruskan pelaburan klien yang telah memenuhkan ASB mereka. Klik dan baca selanjutnya di sini.