1. “Pakdi, saya ada 100 ribu ni. Nak melabur di mana?”
2. Kalau tanya apa saya nak buat dengan modal tersebut, jawapannya ialah saya akan beli saham-saham medium to small cap di Bursa Maysia.
3. Tapi sebab itu duit orang lain, maka jawapannya it depends.
KENAPA MELABUR?
4. Apakah tujuan nak laburkan duit modal 100 ribu itu tadi?
5. Mahu gandakan untuk jangka panjang seperti nak ada 1 juta dalam tabung persaraan, atau,
6. Mahu memperoleh pendapatan tambahan jangka pendek?
DI MANA MELABUR / MENYIMPAN SEKARANG?
7. Sekarang ni simpan duit di mana?
8. ASB, Tabung Haji, KWSP, unit trust … ?
9. Selain itu, apa pelaburan lain yang pernah dibuat sebelum ini?
BERAPA SANGGUP RUGI?
10. Pasaran tidak statik. Harga sentiasa turun dan naik
11. Melabur bukan macam simpan duit dalam ASB. Harganya kekal 1 ringgit.
12. Jadi, berapakah kerugian yang sanggup dilihat dari modal 100 ribu itu tadi?
13. Dari situ baru dapat bina satu portfolio.
SIMPANAN
14. Boleh tak simpan sampai cukup 100 ribu lagi?
15. Jika boleh, berapa lama masa yang diperlukan?
SETIAP PELABUR BERBEZA
16. Apabila soalan-soalan di atas telah dijawab, maka baru lah dapat beri jawapan kepada soalan ‘nak melabur di mana?’
17. Proses.
18. Ramai pelabur tak mahu lalui proses ini. Akhirnya dia pun hanya melabur ikut orang lain. Melabur sebab FOMO - fear of missing out.
19. Orang melabur dalam _____ kita pun nak melabur dalam _____.
20. Pelaburan tu tak salah, cuma selalunya kita melabur dalam pelaburan yang tak sesuai dengan kita.
21. Lebih tepatnya, portfolio itu tak sesuai.
22. Semua orang patut melabur, cuma jenis portfolio sahaja yang berbeza-beza.
23. Apa yang penting, portfolio pelaburan itu dapat memenuhi keperluan kita dalam life cycle.
Tentang
Salam. Saya Pakdi. seorang Licensed Financial Planner.
Saya membantu individu membuat satu customized financial roadmap.