1. Melabur perlu modal.
2. Ada pelaburan yang perlu modal kecil.
3. Ada yang lebih sedap dengan modal besar.
4. Salah satu instrumen pelaburan yang dapat dimanfaatkan oleh semua pelabur ialah exchange traded fund.
5. Juga dikenali sebagai ETF.
APA ITU ETF
6. ETF ni adalah unit trust + saham.
7. Ada pengurus dana yang jaga macam unit trust.
8. Dan untuk beli ETF adalah sama macam beli saham - melalui bursa.
9. ETF selalunya (tetapi tidak semestinya) adalah index fund / tracker.
10. Indeks adalah satu kumpulan saham-saham yang bersaiz besar.
11. Macam FBM KLCI yang menjejak prestasi 30 saham utama Malaysia.
12. Dow Jones US pun jejak 30 saham terbesar.
13. Ini adalah perbezaan utama unit trust dengan ETF.
14. Selalunya unit trust juga beli saham-saham selain indeks (tetapi tidak semestinya) bergantung kepada mandat pelaburan.
PELABUR BARU
15. Semua orang sesuai beli ETF.
16. Pelabur baru pula sangat-sangat sesuai.
17. Tidak perlu susah payah buat kajian nak beli saham apa.
18. Tak perlu pening nak beli sektor yang mana.
19. Hanya perlukan ilmu yang asas dalam pelaburan tanpa perlu mendalami apa itu value investing, growth investing, special situation, momentum dan lain-lain.
20. Pelabur cuma tentukan untuk melabur di mana - secara geografi - Malaysia, Asia Tenggara, Asia, China, US.
21. Atau kombinasi antara geografi tersebut.
FOKUS MENYIMPAN
22. Oleh kerana ETF ada ciri-ciri unit trust maka adalah mudah untuk membuat cost averaging.
23. Affordability iaitu mampu milik.
24. Apabila pelabur tidak sibuk untuk membuat kajian saham sendiri, maka boleh lah lebih fokus dengan kerjaya supaya dapat gaji lebih besar.
25. Gaji lebih besar bermaksud ada lebih keupayaan untuk menyimpan.
Penulis
Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang licensed financial planner, penulis dan jurulatih kewangan dan pelaburan secara Islami.