Membuat Pelaburan Saham US
Baru-baru ini saya dapat seorang klien. Umur sudah pun mencecah 40 tahun. Kerja makan gaji namun bila buat analisa kewangan, dia sudah pun berstatus jutawan. Jutawan senyap. Millionaire next door.
Masa dia hubungi saya buat kali pertama adalah berkenaan dengan takaful, secara spesifik plan investment-linked yang dia ada. Tapi nota kali ini bukanlah nak bercerita pasal takaful. Tetapi tentang Standard and Poor's 500 (S&P 500) dan juga Dow Jones Industrial Average (Dow).
Bila saya pasal dua benda tu - S&P 500 dan Dow. Respon dia mudah sahaja.
Apa ni ..?
Respon dia yang ringkas itu membuatkan saya tersentak sekejap. Selepas kembali ke alam nyata, maka saya kena akui yang tahu pasal pelaburan di luar negara kebanyakannya adalah “orang pelaburan”. Sama ada ejen, fund manager, remisier, financial planner dan sewaktu dengannya. Selain itu, walaupun dari golongan profesional dan bijak pandai tetapi kalau mereka tidak not really into investment mereka tidak tahu pun kepentingan melabur di pasaran luar negara khususnya US.
Bila fikir balik - it is fair. Saya pun tak tahu banyak pasal bidang lain. Macam klien saya ini seorang jurutera. Kalau dia bercerita pasal bidang dia, saya pun tak berapa nak tahu. Mana ada orang tahu semua benda kan.
Jadi saya pun bercerita lah tentang apa itu pelaburan saham di US dan kenapa exposure dalam pasaran US ini perlu untuk portfolio pelaburan dia. Ini kerana bila saya membuat analisa kewangan dia, saya dapati aset-asetnya adalah seperti ASB, ASB2, Tabung Haji, KWSP dan employee stock options. Malah pelaburan unit trustnya pun masih terhad dalam pasaran Malaysia.
Dari situ saya pun advise dia untuk menstrukturkan balik asset allocation khususnya dari sudut geographical allocation. Supaya akhirnya dapat capai 3 perkara yang dia impikan - kids education, comfortable retirement dan annual holiday.
Hari ini globalisasi berlaku dengan nyata. Apa yang terjadi di pasaran US memberikan impak kepada pasaran negara lain termasuklah di Malaysia. Contoh paling mudah sekiranya pasaran US “demam”, pasaran Malaysia pun turut “bersin” sekali. Apa yang paling ketara sekarang ialah tentang ringgit. Ada yang kata RM memang kuat. Ada pula yang kata US dollar yang melemah i.e. isu interest rate cut. Dan pilihanraya Presiden US tahun 2024 juga memberikan impak kepada sektor tertentu.
Ada perkara yang hanya bersifat short term noise. Dan secara fundamental, kekuatan ekonomi US sebenarnya terletak pada kekuatan syarikat-syarikat korporat mereka yang masih kekal teguh untuk jangka masa panjang. Dalam bahasa mudahnya, selagi mana kita menggunakan jenama Apple, Microsoft, Google, Facebook, Johnson & Johnson, Visa, Procter & Gamble, Broadcom, Mastercard, Adobe dan lain-lain maka selagi itulah ekonomi US akan tetap kukuh.
Ini contoh carta saham Apple. Syarikat yang tersenarai dalam S&P 500 dan juga Dow.
Di Tun Razak Exchange (TRX) sudah ada Apple Store. Kita ada ramai iFag i.e. pengguna tegar Apple. Pengguna iPhone, iPad, iPod, Macbook, iCloud dan lain-lain sangat ramai di sekeliling kita. Saya masih ingat lagi masa belajar di universiti dahulu, makmal komputer yang menggunakan iMac kosong! Hari ini, pelajar universiti pun adalah pengguna produk Apple. Adakah demand ini akan berubah dalam masa terdekat?
Satu ketika dahulu memang sukar untuk melabur di pasaran luar negara. Hari ini dah menjadi mudah. Akses ke pasaran luar adalah sangat senang post Covid-19.
S&P 500 adalah indeks saham yang menjejak prestasi 500 saham terbesar di US. Dow pula adalah indeks saham yang menjejak 30 saham yang besar di US. Di Malaysia kita ada FBM KLCI yang menjejak 30 syarikat terbesar dan juga FBM100 yang menjejak 100 syarikat terbesar di Bursa Malaysia. Sama seperti melabur di Malaysia, kita ada pilihan melabur secara patuh Shariah.
Pilihan di tangan pelabur.
Boleh beli individual stocks. Atau, mahu melabur menerusi exchange traded fund. Melabur melalui unit trust pun boleh.
“Jadi, macam mana nak mula?” klien tadi bertanya.
“Ini cadangan dari saya,” jawab saya sambil menunjukkan pilihan yang ada untuk membuat pelaburan saham di pasaran US.
Penulis
Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang licensed financial planner, penulis dan jurulatih kewangan & pelaburan secara Islami.