Unit Trust Sebagai Pelaburan
Bila sebut pasal pelaburan, pasti ramai dari anda yang akan terfikir pasal saham amanah atau lebih disebut sebagai unit trust. Tetapi apa sebenarnya unit trust? Saya perhatikan ada orang bila dia sebut “melabur unit trust” maka dia merujuk kepada syarikat - unit trust management company.
“Jom melabur dalam syarikat sekian-sekian.”
Anda sebenarnya melabur dalam syarikat unit trust atau unit trust fund yang dikeluarkan syarikat tersebut?
Apa itu unit trust?
Unit trust adalah dana atau satu collective investment scheme yang sama seperti exchange traded fund (ETF), real estate investment trust (REIT), wholesale fund dan private retirement scheme (PRS). Maksudnya, wujud pool of funds yang diperoleh dari pelbagai pelabur yang dilaburkan mengikut matlamat yang sama.
Berdasarkan matlamat tersebut, pengurus dana pun melaburkan dalam aset-aset tertentu sepert tunai, bond & sukuk, saham, komoditi, hartanah dan lain-lain.
Walaupun begitu anda tidaklah membeli saham atau bon & sukuk secara langsung. Dana itu yang membeli aset-aset pelaburan secara langsung. Anda membeli unit, dan menjual semula unit ke dana yang sama. Sama ada jumlah unit yang dibeli itu sikit atau banyak, itulah yang mewakili pemilikan anda dalam dana unit trust tadi.
Jual beli dibuat berdasarkan nilai aset bersih (NAB) atau net asset value (NAV). Anda hanya dapat tahu harga jualan atau harga belian selepas transaksi dibuat.
Bergantung kepada jenis dana, keuntungan diperoleh melalui kenaikan nilai modal atau agihan pendapatan.
Ada apa dengan unit trust?
1. Pengurusan profesional. Diuruskan oleh profesional yang berlesen dan mempunyai kelayakan.
2. Instant diversification. Tiada risiko single stocks atau single bond & sukuk. Pembelian pelbagai sektor dapat dibuat serentak seterusnya mengurangkan risiko pasaran i.e. kejatuhan harga yang terlalu banyak.
3. Mampu milik. Banyak dana unit trust dapat dimulakan dengan modal pelaburan serendah 100 ringgit.
4. Mudah. Dari sudut kecairan. Senang nak beli, senang juga nak jual semula. Oleh sebab harga tidak turun naik dalam sehari i.e. forward pricing mechanism, maka nak berjual beli pun mudah.
Jangan berharap perkara ini dengan unit trust
1. Jaminan untung. Sama seperti pelaburan lain, unit trust dapat mengalami kerugian. Banyak mana? Bergantung kepada jenis dana yang dibeli. Dana ekuiti boleh mengalami kejatuhan harga yang banyak berbanding dana bond & sukuk atau money market fund.
2. Kawal pengurus dana. Dana dilaburkan ikut matlamat seperti mana dalam surat ikatan amanah (trust deed). Jadi tak boleh beri arahan kepada pengurus dana untuk beli itu dan ini.
3. Free of charge. Setiap dana ada caj-caj tersendiri. Beli online pun kena tengok betul-betul. Jadi, kena ambil tahu kos yang terlibat bila melabur unit trust.
Jenis Unit Trust
Ada banyak kategori unit trust. Anda tak boleh pukul rata yang semua unit trust itu sama. Malah, dari satu syarikat yang sama sekalipun ada pelbagai jenis dana.
Apa yang membezakan dana-dana ini ialah:
Aset pendasar (underlying assets): Dana ekuiti atau unit trust yang melabur dalam saham adalah lebih berisiko dari dana bon & sukuk.
Aset pendasar sama tetapi dari kategori berbeza: Dana ekuiti yang melabur dalam saham medium to small cap adalah lebih berisiko dari dana ekuiti yang melabur dalam saham bluechip. Dana bon & sukuk yang melabur dalam corporate papers lebih berisiko dari melabur dalam government papers.
Asset allocation: Dana yang melabur sehingga 90% dalam ekuiti adalah lebih berisiko dari dana yang melabur antara 50-60% sahaja dalam ekuiti.
Strategi pengurus dana: Ada pengurus dana yang menggunakan strategi top down. Ada pengurus dana yang lain menggunakan strategi value investing. Ada pula yang fokus kepada sectoral rotation. There is more than one way to skin a cat!
Patuh Shariah atau tidak. Semua sama melainkan satu dana beli saham-saham yang patuh Shariah manakala lagi satu dana pula membeli semua jenis saham termasuk yang tidak patuh Shariah.
Menguruskan porfolio unit trust
Oleh sebab itu, anda perlu tahu bagaimana untuk menguruskan portfolio unit trust. Mulakan dengan membaca prospectus, product highlight sheet atau fund factsheet. Kemudian bina satu portfolio unit trust yang bersesuaian dengan financial roadmap anda.
Mula-mula anda mungkin lebih cenderung untuk tahu nak melabur di unit trust yang mana. Namun, itu tidak mencukupi. Untuk permulaan tidak mengapa.
Kemudian kena belajar juga tentang berapa banyak yang perlu dibeli dan juga bila nak beli.
Selain dari menggunakan khidmat unit trust consultant, pelabur juga ada pilihan berikut untuk menguruskan portfolio unit trust:
Secara online melalui platform seperti eUnittrust dan FSMOne.
Menggunakan unit trust wrap account melalui licensed financial planner.
Mendapatkan khidmat fund manager (ya, pengurus dana berlesen yang urus jual beli unit trust anda)
Webinar
Saya akan berkongsi dengan anda tentang F.I.R.E! dalam satu webinar yang dianjurkan oleh Bursa Malaysia dan diuruskan oleh LifeChamp. Tajuknya ialah ‘Retire Early or Retire Late: Which One Suits You?’ pada hari Jumaat, 4 Oktober 2024, jam 830 malam - 10 malam.
Klik sini: Pendaftaran webinar
Penulis
Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang licensed financial planner, penulis dan jurulatih kewangan dan pelaburan secara Islami.