Private Market Sebagai Pelaburan
Saya pernah ada klien yang latar belakang dia terlibat dalam private equity (PE) investment.
Jadi sudah tentu dia seorang yang ada pengetahuan teknikal. Dari sudut bagaimana nak menganalisa suasana makro, baca penyata kewangan dan membuat penilaian syarikat.
Walaupun begitu dia ada "masalah" dalam memahami pelaburan dalam public listed companies atau lebih mudah difahami di kalangan orang ramai sebagai pelaburan saham di bursa.
Pelaburan dalam PE ini berbeza dengan pelaburan saham bursa. Walaupun kedua-dua pelaburan ini melibatkan pelaburan dalam sesebuah perniagaan.
Saya lebih specialize dalam equity investment di bursa dan bukannya private equity.
Hari ini bila ramai orang bercakap pasal pelaburan Khazanah, Pelaburan Nasional Berhad (PNB) dalam Fashion Valet, sebenarnya orang-orang itu bercakap tentang pelaburan private equity. Atau untuk fasa lebih awal, venture capital (VC).
Ini antara nota yang saya pernah tulis pasal PE / VC investment ni:
VC / PE ni adalah pelaburan dalam syarikat yang tidak tersenarai di bursa. Private market. Lebih spesifik, pada peringkat startup maka pelaburnya disebut sebagai venture capital investor. Dalam suasana yang tidak formal, disebut angel investor.
Apple Inc pada peringkat awal, angel investor mereka adalah individu bernama Mike Markkula. Pelabur pada peringkat ini mengambil risiko yang paling tinggi. Melihatkan kejayaan Apple hari ini, mudah untuk menyatakan Mike Markkula sebagai pelabur genius. Tetapi jika Apple gagal pada peringkat awal, tidak siapa akan kenal.
Pelabur PE pula masuk pada fasa yang lebih lambat, selalunya bila sudah ada pertumbuhan (growth).
Persamaan saya dan klien tadi ialah, kami berdua barangkali ada pandangan yang sama pasal suasana makro dan mentafsirkan penyata kewangan. Tetapi bila masuk bab penilaian syarikat (valuation) atau menentukan harga nak beli maka akan jadi berbeza. Seterusnya exit strategy juga berbeza.
Katakanlah kami berdua diberikan peluang melabur dalam Fashion Valet pada 2018 klien tadi mungkin say yes (to buy). Saya pula say no.
Ini disebabkan kami berdua menggunakan financial ratio atau teknik valuation yang berbeza. Dan sudah tentu, our holding period pun tak sama.ย
Sebab dia dah biasa dengan suasana pelaburan PE, maka dia susah nak make sense dengan volatility yang melibatkan harga saham di bursa. Buy sell cuma melibatkan dua pihak - buyer and seller melalui proses negosiasi dalam bilik mesyuarat.
Berbeza dengan pelaburan saham bursa pula, pelabur hanya perlu tengok harga yang dapat dilihat melalui trading platform. Bila harga itu pergi ke harga yang kita mahu, maka kita pun tekan buy atau sell.
Kalau valuation adalah harga X, kenapa ada orang masih beli pada harga Y?
Itulah kekeliruan utama klien tadi.
Saya pula sebab dah terbiasa dengan suasana bursa, merasakan pelaburan dalam pasaran PE ini pula yang tidak make sense.
Kenapa guna ratio ini, tak guna ratio itu.
How you can calculate intrinsic value kalau syarikat itu belum buat untung?
Sebab itulah dalam bab investment management, dua jenis pelaburan ini dipecahkan kepada dua jenis kelas aset yang berbeza. Walaupun dua-dua aset ini membeli pemilikan ekuiti / saham tapi pasarannya adalah berbeza.
Inilah punca klien tadi dia datang hadir sesi consultation. Walaupun sama-sama dalam bidang pelaburan, tetapi berbeza specialization.
Saya hormat bidang dia.
Dia hormat bidang saya.
Competency saya dalam private market atau unlisted equity adalah rendah. Jadi saya tidak mahu memandai-mandai bagi kata-kata nasihat dalam bidang ini.
Sesungguhnya jika tidak ada golongan pelabur VC / PE yang berani risk their capital at early stage maka tak adalah IPO seterusnya secondary shares yang traded di bursa. Begitulah suasana pelaburan. Setiap kelas aset ada fungsi tersendiri.
Ada pasaran bon & sukuk.
Ada private market.
Ada public market (saham bursa)
Dan juga ada bidang fund / portfolio management seperti unit trust, private mandate, exchange traded fund (ETF) yang melabur dalam kelas aset di atas untuk mereka yang tidak dapat menguruskannya sendiri.
Penulis
Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang licensed financial planner, penulis dan jurulatih kewangan & pelaburan secara Islami.