Saham adalah kenderaan kekayaan.
Billionaire yang mengungguli senarai senarai Forbes 2024 ialah Bernard Arnault dan keluarganya. Memegang 46.84% saham LVMH yang tersenarai di Euronext Paris exchange.
Pelabur legendary - Warren Buffett berada di tempat ke-6. Menjadi kaya raya melalui Berskhire Hathaway yang tersenarai di New York Stock Exchange.
Untuk Malaysia ialah Robert Kuok. Melalui Kuok Group memegang pelbagai saham syarikat di Bursa Malaysia seperti Shangri-La Hotel, PPB Group dan Wilmar International (Singapore Exchange).
Manakala Syed Mokhtar al-Bukhary pula memiliki saham antaranya DRB-Hicom dan MMC (delisted due to privatisation).
Saham adalah ownership claim to a business. Pergerakan turun naik harga saham untung jangka panjang dipengaruhi faktor-faktor perniagaan. Beza pemegang saham utama (major shareholder) dengan pelabur saham runcit ialah pelabur runcit tidak ada kawalan dalam operasi perniagaan.
Keuntungan dalam pelaburan saham diperoleh dalam dua bentuk. Pertama keuntungan modal yang juga disebut sebagai capital gain. Kedua ialah keuntungan dividen iaitu agihan tunai yang datang dari keuntungan operasi perniagaan.
Keuntungan dalam saham adalah tidak dijamin. Harga saham turun dan naik. Untuk jangka masa pendek, pasaran saham bergerak mengikut sentimen. Siapa claim dia sentiasa untung dan tidak pernah rugi dalam dunia saham, ketahuilah dia sedang menipu.
Oleh kerana underlying asset saham adalah perniagaan, maka belajarlah untuk mengira atau menganggarkan nilai (value) sesuatu saham. Price is what you pay, value is what you get.
Financial statement analysis membolehkan kita tahu what to buy.
Stock valuation membolehkan kita tahu when to buy.
Portfolio management ialah tentang how much to buy.
Share trading ialah irregular income. Pasaran saham bukan penyelesaian kepada masalah tidak cukup duit setiap bulan. Sebaliknya, melaburlah selepas sudah mempunyai sejumlah simpanan.
Saham sesuai sebagai tempat untuk accumulating wealth untuk jangka masa panjang. Supaya ekuiti atau net worth dapat berkembang. Maka melaburlah secara konsisten dalam pasaran saham sama ada secara langsung (akaun CDS, mandat persendirian) atau tidak langsung (unit trust, ETF).
Selepas fasa wealth accumulation selesai, barulah dapat hidup sepenuhnya dengan dividen. Ketika ini seseorang itu dapatlah dikatakan telah mencapai financial independence.
Penulis
Salam. Saya Suzardi Maulan (Pakdi). Seorang licensed financial planner.
Saya membantu golongan profesional supaya dapat retire comfortably.