Nota Pakdi
Nota Pakdi
Beli Saham ialah Beli Perniagaan
0:00
-4:12

Beli Saham ialah Beli Perniagaan

Ketika berita tentang Serba Dinamik meletup tahun lepas, maka soalan yang popular ialah patut beli atau tidak. Pada masa itu saya memberikan respon dalam Facebook seperti berikut:

Kebanyakan orang dalam pasaran saham memilih untuk speculate. Apabila menjadi speculator, maka mereka memilih untuk tidak menilai saham melalui penilaian perniagaan.

Dalam nota lepas - Kenapa audit perlu bebas dan penting untuk pelabur; saya telah menerangkan kenapa penting membuat pelaburan berasaskan laporan kewangan yang telah diaudit. Jadi, bila muncul isu audit seperti ini, jual atau stay away adalah tindakan terbaik.

Semalam 6 Januari 2022, Serba Dinamik telah pun menjadi syarikat yang berstatus PN17. Apa itu PN17?

Practice Note 17/2005 and is issued by Bursa Malaysia; relating to companies that are in financial distress. Companies that fall within the definition of PN17 will need to submit their proposal to the Approving Authority to restructure and revive the company in order to maintain the listing status.

Moving forward, jika syarikat Serba Dinamik gagal memulihkan status kewangannya dalam masa 12 bulan maka syarikat ini akan dinyah senarai (delisted) dari Bursa Malaysia. Sekiranya penggantungan urusniaga diteruskan dan akhirnya Serba Dinamik delisted maka pelabur yang masih mempunyai pegangan saham dalamnya dapatlah dianggap telah loss 100%.

Perkara ini berlaku setelah external auditor Serba Dinamik yang baru iaitu Nexia SSY PLT telah mengeluarkan disclaimer of opinion untuk penyata kewangan bagi tempoh 18 bulan yang berakhir 30 Jun 2021. Dalam audit, ada 4 jenis pendapat iaitu (1) unqualified opinion (2) qualified opinion (3) adverse opinion dan (4) disclaimer of opinion.

Jadi bila disclaimer of opinion berlaku maka sebenarnya juruaudit tidak dapat memberikan pandangan kerana tidak mempunyai maklumat kewangan penuh dari pihak syarikat. Sesiapa yang mengikuti kes Serba Dinamik ini memang akan memahami kesulitan yang dihadapi oleh juruaudit.

Laporan kewangan yang telah diaudit adalah sangat berbeza dengan laporan kewangan yang tidak diaudit. Syarikat Serba Dinamik telah mengumumkan keuntungan sebanyak *758.38 juta ringgit sebelum ini. Namun, setelah diaudit apa yang berlaku ialah rugi *185.37 juta ringgit. Perbezaan sebanyak 943 juta ringgit. Dan berlaku deviation lebih dari 10%. (*ada ralat dalam podcast)

Inilah yang berlaku kepada syarikat yang sahamnya pernah menjadi darling of the stock market satu ketika dahulu.

Sebelum status Serba Dinamik menjadi PN17, pada 28 & 29 Disember 2021, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah pun memulakan tindakan undang-undang kepada Serba Dinamik, pengarah, ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pegawai kanan.

Apa yang pasti episod ini adalah sesuatu yang dapat dipelajari oleh semua pelabur. Membeli saham adalah membeli perniagaan. Sekiranya berlaku perkara buruk dalam operasi perniagaan, maka perkara buruk juga akan berlaku kepada harga saham.

Saham bukan sekadar pergerakan harga.
Saham bukan perjudian.

Melabur saham ialah melabur dalam perniagaan.


Penaja Podcast

Bagi membolehkan podcast ini dibuat secara percuma secara berterusan, sila layari pautan berikut dan buat pembelian:

1. Ebook Berani Trade sesuai untuk tuan puan yang nak belajar trade hari-hari di Bursa Malaysia. Alternatif terbaik untuk pelaburan forex. Kita mempunyai pasaran kelapa sawit mentah yang terbesar di dunia.

2. Wahed Invest membolehkan anda melabur dalam pasaran luar negara tanpa pening kepala. Klik sini untuk pengguna iOS dan klik sini untuk pengguna Android. Kemudian masukkan referral code - suzmau1

3. eUnittrust membolehkan tuan puan melabur dalam unit trust dengan kos rendah. Sila masukkan agent code PMB01976 semasa mendaftar secara online untuk mendapat fund recommendation dari saya selepas proses pembukaan akaun selesai.

Coaching Saham

Sila hubungi saya di sini atau hubungi Zulkhairi

0 Comments
Nota Pakdi
Nota Pakdi
Nota-nota kewangan ini ditulis oleh Suzardi Maulan (Pakdi), licensed financial planner.
Listen on
Substack App
RSS Feed
Appears in episode
Suzardi Maulan