Nota Pakdi
Nota Pakdi
Tak Pandai Pilih Saham Sendiri
--:--
--:--

Tak Pandai Pilih Saham Sendiri

Pelaburan saham sebenarnya simple tapi tak bermaksud mudah untuk diuruskan. Inilah kenapa banyak produk pelaburan wujud di pasaran. Secara spesifik saya akan membincangkan tentang dua produk iaitu (1) amanah saham (2) mandat persendirian.

Amanah saham (unit trust) dan mandat persendirian (private mandate) mempunyai persamaan. Keduanya diuruskan secara profesional. Iaitu diuruskan oleh individu yang berlesen seperti fund manager atau pun perancang kewangan.

Selain itu kedua-dua produk membolehkan pelabur untuk akses kepada pelbagai jenis aset pelaburan yang selalunya tidak dapat ditawarkan kepada pelabur runcit secara individu.

Akaun amanah saham dapat dimulakan dengan modal yang kecil. Amanah saham seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) cuma 10 ringgit. Dengan kemudahan teknologi, sudah banyak amanah saham yang cuma perlu modal serendah 100 ringgit untuk bermula.

Manakala untuk akaun mandat persendirian, modal yang diperlukan adalah lebih besar. Bergantung kepada jenis mandat yang ditawarkan, lazimnya jumlah yang diperlukan adalah minimum 6 angka. Kenapa hal ini berlaku?

Jawapannya ialah disebabkan keperluan diversification.

Melalui amanah saham, instant diversification dapat berlaku. Ini kerana modal kita bercampur dengan modal pelabur lain. Manakala untuk mandat persendirian, modal yang lebih besar diperlukan untuk membolehkan diversification berlaku. Ini disebabkan duit pelabur diuruskan secara berasingan dengan pelabur yang lain.

Diversification merupakan cara untuk mengawal risiko. Walaupun begitu, apabila kita over diversify, pulangan menjadi lebih rendah. Dan bila kita kurang diversify, potensi kerugian menjadi lebih tinggi.

Amanah saham merupakan instrumen pelaburan yang sangat cair. Jadi, sekiranya pelaburan kita bernilai 10 ribu ringgit dan amanah saham yang dibeli bersaiz 100 juta maka pelabur tak perlu risau tentang kecairan. Berbeza dengan mandat persendirian, disebabkan diuruskan secara separate managed account ini menyebabkan tempoh yang lebih lama diperlukan untuk menjual saham-saham yang ada. Masih cair, tetapi bukanlah secair amanah saham.

Maka inilah cara yang ada, bagi pelabur yang tak pandai untuk memilih saham sendiri di pasaran saham. Pelabur perlu memilih pula siapa profesional berlesen yang dapat membantu mereka.

Tidak ada istilah pasti untung. Semua produk pelaburan mempunyai risiko tersendiri.

Apa yang perlu dibuat ialah pelabur memilih strategi pelaburan saham yang bersesuaian yang ditawarkan menerusi amanah saham atau mandat persendirian.

- Pakdi


Penaja Podcast

Bagi membolehkan podcast ini dibuat secara percuma secara berterusan, sila layari pautan berikut dan buat pembelian:

1. Ebook Berani Trade sesuai untuk tuan puan yang nak belajar trade hari-hari di Bursa Malaysia. Alternatif terbaik untuk pelaburan forex. Kita mempunyai pasaran kelapa sawit mentah yang terbesar di dunia.

2. Wahed Invest membolehkan anda melabur dalam pasaran luar negara tanpa pening kepala. Klik sini untuk pengguna iOS dan klik sini untuk pengguna Android. Kemudian masukkan referral code - suzmau1

3. Jika tuan puan mahu melabur tetap tidak dapat melakukannya secara DIY, klik sini untuk berhubung

0 Comments
Nota Pakdi
Nota Pakdi
Nota-nota kewangan ini ditulis oleh Suzardi Maulan (Pakdi), licensed financial planner.
Listen on
Substack App
RSS Feed
Appears in episode
Suzardi Maulan