Nota Pakdi
Nota Pakdi
Strategi Pelaburan Saham
0:00
-4:43

Strategi Pelaburan Saham

Pelabur baru lazimnya belajar tentang saham dari guru-guru pelaburan. Hari ini telah ada banyak kelas saham. Ada yang murah, ada yang mahal malah ada yang percuma.

Ramai yang telah hadir ke pelbagai kelas dari guru yang berbeza. Ini antara punca pelabur sentiasa mengubah strategi pelaburan mereka. Ada pelabur yang kekal dengan 2,3 strategi sahaja yang mereka selesa. Dan ada juga yang menyerah kalah akibat keliru dengan pelbagai strategi pelaburan saham yang telah ditunjukkan.

Hakikatnya, tidak ada strategi pelaburan yang ‘menjadi’ setiap masa. Setiap strategi mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Jadi, strategi pelaburan A barangkali tidak sesuai pada situasi X. Strategi pelaburan B barangkali sesuai pada situasi Y dan tidak pada situasi Z dan seterusnya.

Secara umumnya strategi-strategi pelaburan saham ialah:

  • Long term - buy and hold

  • Short term - trading

  • Passive investing

  • Cyclical

  • News, special situation

  • Initial public offering (IPO)

  • Dividend

Untuk mendapat untung dengan strategi short term trading, maka ilmu, kemahiran dan komitmen yang diperlukan adalah berbeza dengan mereka yang melabur secara long term - buy and hold.

Begitu juga pelabur yang lebih fokus kepada keuntungan modal, berbanding dengan dividen. Jenis sahamnya berbeza. Kadar keuntungannya pun berbeza.

Pelabur yang membeli saham-saham cyclical juga mempunyai portfolio pelaburan yang berbeza dengan pelabur-pelabur saham lain.

Ini menyebabkan ada pelabur yang membuat untung, dan ada pelabur yang membuat rugi disebabkan masing-masing menggunakan strategi yang berbeza pada masa yang sama. Apa yang pasti, pelabur wajib merasa kerugian dalam pasaran saham.

Berhenti cari strategi pelaburan yang sempurna.

Masuklah ke kelas saham dengan mind set yang betul. Nak belajar ilmu baru, atau mungkin nak buat ulangkaji dan bukannya mahu mencari strategi pelaburan yang perfect. Nanti kecewa.

Berhenti kejar untung dulu.

Sebaliknya belajar kawal risiko terlebih dahulu. Pasaran saham memang turun dan naik. Harga saham takkan naik hari-hari. Harga saham mesti jatuh. Siapa yang beli saham dan tak mahu tengok harga saham jatuh, ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya.

Berhenti dari ubah strategi setiap kali harga saham jatuh.

Sebaliknya, ambil masa untuk lihat semula kenapa strategi pelaburan itu tidak menjadi pada masa tersebut.

Gambar rajah ini menunjukkan cycle yang pernah berlaku dalam Bursa Malaysia, jadi pelabur yang membeli saham cyclical yang salah, pada masa yang salah akan mengalami kerugian pada waktu itu. Tapi itu tidak bermaksud strategi membeli saham cyclical itu tak boleh pakai.

Ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1, sektor teknologi dan kesihatan naik dengan banyak sekali. Manakala, pada 3 bulan pertama tahun 2022, indeks saham teknologi telah jatuh sehingga 20%. Ini secara tidak langsung menunjukkan ada saham-saham dalam sektor teknologi yang jatuh sehingga 40-50%.

Maka sebagai pelabur, kita perlu tahu lebih dari 1 strategi dan dari pengalaman, untuk menggunakan strategi itu pada masa yang sesuai.

Selain itu, pelabur juga boleh buat satu portfolio pelaburan yang bersesuaian dengan risiko yang sanggup diambil.

  • Pelabur konservatif, tidak sesuai melabur langsung dalam pasaran saham.

  • Pelabur moderate, sesuai melabur dalam syarikat blue chip.

  • Pelabur agresif, sesuai melabur dalam syarikat medium to small cap.

Apa yang pasti, semua pelabur akan merasa rugi. Sekiranya ada pihak yang menyatakan dia sentiasa untung, maka itu adalah red flag yang perlu kita berhati-hati.

Saya memilih strategi pelaburan yang simple. Beli saham syarikat yang fundamentalnya baik dan cuba membelinya pada harga yang lebih murah dari nilai. Saya tidak membeli saham dengan mengkaji carta saham.

Jadi apabila tuan puan mencari strategi pelaburan yang sesuai, ingat pesanan dari Charlie Munger ini:

"Take a simple idea and take it seriously."

-Pakdi

Penaja Podcast

Bagi membolehkan podcast ini dibuat secara percuma secara berterusan, sila layari pautan berikut dan buat pembelian:

1. Ebook Berani Trade sesuai untuk tuan puan yang nak belajar trade hari-hari di Bursa Malaysia. Alternatif terbaik untuk pelaburan forex. Kita mempunyai pasaran kelapa sawit mentah yang terbesar di dunia.

0 Comments
Nota Pakdi
Nota Pakdi
Nota-nota kewangan ini ditulis oleh Suzardi Maulan (Pakdi), licensed financial planner.
Listen on
Substack App
RSS Feed
Appears in episode
Suzardi Maulan