Nota Pakdi
Nota Pakdi
Peperangan Rusia - Ukraine
0:00
-3:36

Peperangan Rusia - Ukraine

Impak kepada pelaburan

24 Februari 2022 lepas, Rusia telah memulakan operasi ketenteraan ke atas Ukraine.

Ekoran itu pasaran saham menjadi sangat volatile. Banyak saham-saham di Malaysia dan seluruh dunia mengalami kejatuhan harga. Manakala, komoditi seperti minyak mentah, besi, hasil pertanian telah mengalami kenaikan harga.

Pasaran NASDAQ mencatat penurunan sehingga -16%, S&P 500 -11% dan Dow Jones -8%.

Harga minyak mentah mencatat kenaikan lebih dari $100 per barrel dan pasaran minyak kelapa sawit mentah mencatat kenaikan sehingga melebih RM7,500 per tonne seterusnya kita merasa kenaikan pelbagai harga barang harian.

Rusia merupakan pengeluar terbesar gandum, emas, baja serta elemen-elemen yang digunakan untuk semi konduktor. Penglibatan Ukraine dan Rusia sebagai pengeksport terbesar semi konduktor dunia sudah pasti memberikan impak yang besar untuk sektor automotif dan IT.

Ini semua berlaku dalam keadaan banyak negara termasuk Malaysia sedang mengalami gelombang Omicron dan masih dalam proses pemulihan ekonomi ekoran pandemik Covid19.

Situasi ini berlaku apabila Amerika dan NATO seolah-olah bersedia untuk menjadikan Ukraine sebagai anggota NATO. Tindakan ini sudah tentu mendapat bantahan Rusia yang mempunyai sempadan dengan Ukraine.

Oleh kerana Amerika dan NATO tidak dapat membantu Ukraine secara langsung maka kita melihat sekatan ekonomi banyak berlaku. Hubungan perniagaan dihentikan. Malah dalam sukan pun secara terang-terangan sokongan politik ditunjukkan.

Dari sudut perbankan, bank-bank Rusia juga disekat dari menggunakan SWIFT international banking settlement yang menyebabkan ramai rakyat Rusia yang berada di luar negara menghadapi kesulitan.

Justeru, portfolio pelaburan kita baik di Malaysia mahupun luar negara pasti akan mengalami volatility yang tinggi. Banyak uncertainty akan terus berlaku selagi peperangan ini berterusan. Inilah yang sedang dihadapi oleh semua pelabur.

Hakikatnya, peperangan merupakan satu realiti yang mesti diterima oleh semua. Sebelum berlaku peperangan Rusia - Ukraine ini, berikut adalah antara sebahagian konflik bersenjata dan peperangan yang pernah berlaku selepas Perang Dunia II.

  • 1950, Korean War

  • 1960, konfrontasi Malaya - Indonesia.

  • 1970, Vietnam War

  • 1980, Afghanistan War

  • 1990, Gulf War

  • 2000, peperangan pasca Sept 11.

  • 2010, peperangan di Yaman dan juga Cremia

Dalam wawancara Warren Buffett di CNBC pada 2014:

“You’re going to invest your money in something over time. The one thing you can be quite sure of is if we went into some kind of very major war, the value of money would go down. That’s happened in virtually every war I’m aware of. The last thing you’d want to do is hold money during a war. You might want to own a farm, you might want to own an apartment house, you might want to own securities. During World War II the stock market advanced.”

Jadi, sebagai pelabur pastikan mempunyai satu investment policy statement (IPS) dan bertindak sewajarnya mengikut IPS dari masa ke masa.

-Pakdi


Penaja Podcast

Bagi membolehkan podcast ini dibuat secara percuma secara berterusan, sila layari pautan berikut dan buat pembelian:

1. Ebook Berani Trade sesuai untuk tuan puan yang nak belajar trade hari-hari di Bursa Malaysia. Alternatif terbaik untuk pelaburan forex. Kita mempunyai pasaran kelapa sawit mentah yang terbesar di dunia.

0 Comments
Nota Pakdi
Nota Pakdi
Nota-nota kewangan ini ditulis oleh Suzardi Maulan (Pakdi), licensed financial planner.
Listen on
Substack App
RSS Feed
Appears in episode
Suzardi Maulan